Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 20 Januari 2012

Da'wah bukan sekadar dibibir

Sudah hampir sebulan aku bergelar jururawat Masyarakat pelatih. Perasaan ku masih seperti ketika mula-mula masuk. Namun kelegaan menghindari pertengkaran dengan ikhwan mampu melegakan hati yang sakit dimamah nafsu amarah.

Hampir sebulan disini, selama itu iman ku begitu sengsara. Ibadah wajib ku jaga, namun tidak seiqamah rinduku pada Allah seperti di zaman kampus. Mungkin dosa yang menggunung membuat aku terpaku dari mengerjakan sesuatu yang patut.

Iman ku mula goyah, sahabat sefikrah disini juga alhamdulillah masih mujahadah. Namun kekontangan tarbiah mengajar erti da'wah sebenar. da'wah bukan sekadar dibibir.

Pada minggu pertama aku disini saat lapor diri aku merasa diuji. Tudungku lantas dipersoal. Kau nak ke sini nak jadi Ustazah atau nak jadi jururawat? Imanku mengajar aku membisukan diri. Melawan dalam diamku. Hati memberontak jiwa penuh amarah hanya ternampak pada riak wajah yang gelisah.

Petang sewaktu hari pendaftaran ku lihat sahabat ku Nurul memakai tudung labuh. hati ku puitis mengucap hamdalah. Lalu dirinya ku tegur, dia dari Sabah. Mantan pelajar UKM jurusan Ekonomi. Asbab ingin menjadi jururawat muslimah menghantarnya ke sini. Hati ku pantas berbunga rasa. Impian menyebarkan cinta agama yang berkubur ku rasakan kembali bertenaga.

"Hei, apasai you pakai tudung macam ni? I tengok macam blanket naik bas! Kan I suruh pakai selendang putih? Nanti You punya senior kasi U tudung baru." Pengarah kolej Kangar menghunus kata-kata.

Nurul tertunduk malu. Pengajar-pengajar tidak membela kami walau seorang. Puan Mahani lantas bersuara menjernihkan situasi. Puan Azizah hanya mampu menunjukkan riak wajah tidak suka. Aku hanya mampu terdiam. Tudung labuh ku juga sudah melayang berasbab undang-undang. Aku memutuskan aku harus bertegas esok.

Ketika sedang sarapan di kafeteria aku ditegur. Fashion tudung atas dada yang tidak ku ikut terpaksa aku seragamkan. Kerana tudung putih ku labuh ia menjadi sangat aneh namun aku bahagia. Riak wajah ketua ku membuah rasa amarah. Aku hanya membisu.tegas dengan pendirian.

" Dekat sini bukan ada orang laki pun, apa salahnya pakai? kita kena ikut undang-undang. Tak reti biar akak pakaikan. Siapa duduk bilik sekali dengan dia?"

Tidak ku tahu air muka ku mula berubah seperti apa. Dia memijak maruahku seenak rasa. Pantas sahabat seblik ku merapati membetulkan tudungku seperti arahan. Lalu teman ku yang berlainan agama menegur.

" Alah tutup aurat juga." Sundari berkata-kata.

" itu akak tau tapi peraturan tetap peraturan."

Sejak hari itu aku merasa sangat susah melaksanakan agama. Akal ku diprovok. Betapa agama membatasi gerakkan manusia.

" Ada senior tegur kata awak pakai kain batik dekat level, betul ke?

"Bila kak?tak boleh ke?"

"tak boleh!"

Sundari yang semakin rapat dari hari kehari membela ku. begitu juga dengan sahabat yang baru ku kenali kak Ika.

" ala kak dia bukan pakai seluar pendek. I pakai seluar pendek tak pe pun"

"entahla dah peraturan nak buat macam mana?


Ku lihat Nurul juga Goyah. Pada hari Minggu aku ke bandar. Saat itu hati ku berbalah dengan logik akal. Hati ku memilih fatwa bertahan. Hanya berpakaian seperti itu ketika talifan sebagai jururawat. Lalu tudung labuh bulat pemberian sahabatku, Nisah ku pakai. Linda ternganga, mereka seperti tidak percaya identiti ku aku adalah wanita yang melabuhkan tudung menutupi dada. Namun ukhuwah fillah masih terasa, aku berlagak seperti biasa agar mereka selesa.
Di persimpangan jalan ketika melintas kami dikejutkan dengan pertanyaan non-Muslim yang keluar bersama-sama.
" Kenapa Orang islam tawaf ka'bah ya?".......





to be continue..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan