Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 8 November 2013

Muhasabah cinta

Butiran jernih mengalir dipipi terus menerus . Firdaus merindukan kerinduaannya pada suatu masa lalu. Dia begitu menyesali apa yang berlaku. Dia terlalu mengikut kata hatinya. Dulu bermain cinta itu sangat dibencinya ketika zaman sekolah, bahkan dia pernah dituduh bermacam-macam kerana mengelak sesuatu yang bernama cinta kerana ingin meraih cinta selepas pernikahan. Namun pendiriaannya berubah ketika bertemu dengan Wardah. “Allahurabbi, kembalikan keteguhan hatiku, aku sedar aku telah lama menyepi dari merindukanmu.” Firdaus sujud lama ketika itu. Semenjak Wardah mengkhabarkan berita itu hatinya begitu perih. Bagaimana lagi mahu melupakan Wardah. Wardah yang bakal bertunang dengan seorang Guru lulusan Universiti Alexandria Mesir, dua minggu lagi. “ Allah apakah ini balasan kepadaku setelah apa yang aku lakukan padanya?” Air matanya terus mengalir . Matanya sembab, kerana terlalu banyak menangis. Selesai menunaikan solat taubat dia berbaring di atas sejadah sambil mengengam tasbih, berharap agar keindahan menyebut nama Allah mampu meluputkan nama Wardah dihatinya. Cinta manusia itu indah terasa, zahirnya sementara, namun warnanya melekakan, Hingga tersungkur leka, apakah taubat ku akan diterima, aku ditinggalkan cintaku, MUngkinkah balasan perih hati ini, kerana aku melupakanMu, Air mata Firdaus terus mengalir. Dia merasa begitu lemah, bahkan lebih lemah dari apapun. Diketika itu Dia merasa alangkah indahnya andai kematian menjemputnya saat itu, saat dia mula sedar akan kesalahannya. Tit..Tit..Tit…inbox ( 1 massage) “Salam, Firdaus ok tak?” Firdaus hanya memandang sepi telefon bimbitnya. Jika dulu dia sangat menjaga,kini wanita yang singgah dihatinya itu bebas menghubunginya. Dia sangat kesal, kalau diikutkan dia ingin sekali membalas mesej wanita itu, namun imannya menghalang. “Ah dia bukan sesiapa bagiku” ******* ********************** Hafiz merenung wajah Firdaus dihadapannya. Lelaki yang tampak kurus dihadapannya itu hanya menunduk lemah. Dia merasa aneh sekali, Firdaus tidak pernah meninggalkan solat, bahkan Firdaus juga bukan lelaki yang suka mencuri pandang wanita-wanita sepertinya. Tapi Firdaus memilik satu sikap yang tak mampu meraih hormatnya . “Engkau ni kenapa?” Firdaus masih tunduk, entah apa yang difikirkannya. “Hoi, patutnya engkau yang tegur aku, ini buat kerja lemah je aku tengok. Aku tahu Kau tak minat. Tapi terimalah takdir yang rezki kau kat sini.” Firdaus merenung wajah Hafiz lama. “Engkau tak akan faham, hati aku. Aku datang sini kerana terpaksa. “ semua itu hanya tersimpan kemas dalam hatinya. Dia tidak mahu lagi berkongsi dengan sesiapa pun, kerana dulu pernah ditertawakan oleh rakan-rakan sekursusnya. Hafiz terdiam, malas ingin bertanya lagi. Dia tahu benar Firdaus, bila ada masalah lebih senang berkongsi dengan sahabat seuniversitinya, dari mereka dikalangan ahli skuad. Firdaus membelek-belek Handphone nya, Berharap mesej dari wanita kesayangan nya itu menghubunginya. Walhal Dia tahu bahawa Wanita itu akan dimiliki orang lain yang jauh lebih soleh, namun nafsunya masih belum mampu melupakan wanita yang telah menakluki hatinya. Hafiz hanya diam membisu melihat sikap Firdaus. Dia merasa aneh sekali, Firdaus boleh dikatakan mempunyai potensi untuk maju lebih jauh. Bekas pelajar di sebuah Universtiti tempatan ini tampak bijak sana dan mampu menyempurnakan tugas yang diberi pihak atasan. “Aku pelik dengan engkau ni, mungkin kau teringat awek kat tempat blajar dulu kot.” “Aku penat la, nak balik dulu. Kau nak makan apa-apa lagi tak kalau nak kau pesan je, hari ni aku belanja.” Mengharapkan sedekah ini mampu menghilangkan kesedihannya. “Ok nasi Arab satu, bungkus ea. Kau nak balik dulu ke?” “ Ha ah, aku penat la. Aku balik dulu” Sambil membayar bil mereka tengahari itu. ************************************* “Assalamualaikum, saya nak minta tolong awak boleh? Bawakan fail untuk proposal tu. Petang karang tunggu dekat masjid saya ambil.” “Waalaikumusalam, Firdaus. Boleh dah hampir separuh saya siapkan.Nak minta tolong awak boleh? Belikan tiket ke KL jam 6 ptg ni?’ “Boleh In Syaa Allah saya usaha kan, pukul 4 ptg ya, bawa teman awak sekali ya Assalamualaikum” “In syaa Allah, waalaikumusalam” Firdaus tersenyum, senyuman yang tak mampu ditafsir. Dia beristighfar, Dia bersegera ke kelas. Dari kolej hingga ke kelas jarak yang bukan dekat. Syafik tidak ke Kelas hari ini .Kebiasaannya dia akan dibawa tumpang. Ketika itu Firdaus mula terleka. Syaitan mula menyuntik benih-benih kejahatan pada hatinya. Mengingati perempuan yang tidak halal baginya. Virus Lagho mula menular. Masih segar dalam ingatan , wanita itu ketika pertama kali dia kenal sangat membuatkan dia rimas. Ketika Dia ditugaskan bersama beberapa sahabat muslimin untuk menguruskan jadual rombongan, wanita serta sahabat nya sering tertinggal kerana leka dengan tempat yang mereka singgah . “Awak, minta maaf, Wardah dah kehabisan duit, Dia terlajak berbelanja, boleh minta pinjam?” Hana bertanya “Berapa nak” Firdaus menjawab acuh tak acuh, ingin menyegerakan urusan. Bimbang fitnah wanita. “RM50 je. Nti dah masuk elaun , dia akan bayar pada awak sendiri.” Hana tersenyum malu. “ Nah ambil, cepat sikit, rombongan dan tunggu awak berdua” Firdaus menunjuk riak wajah yang kurang menyenangkan. Wardah tertunduk. Mungkin rasa bersalah. Setelah selesai urusan rombongan, sahabat seusrahnya mengajak pulang. tit..tit…inbox (1 message) “salam, Asiff susahkan awak. Nanti masuk elaun saya bayar balik sendiri kat awak ye. “ reply.. “wassalam. Tak perlu. Awak simpan je duit tu.tak pun beri pada tabung surau” tit..tit..inbox (1 message) “eh mana boleh macam tu, itu duit awak. Nanti saya pulangkan, terserah awak nak buat apa pun.” Firdaus tidak mahu memanjangkan urusan dengan membalas mesej tersebut . Sebaik sampai dibilik, dia melihat biliknya begitu bersepah. Niatnya mahu mengosok baju untuk ke kelas esok ditangguhkan dulu. Dia mencapai tuala. tit.. tit..inbox((1 message) “ Esok mesyuarat ahli MAHASISWA ISLAMI..pada pkul 8pm.” reply... “ In syaa Allah jazakallahkhairan khatiran.” **************************************************** Firdaus bangun dari tidur. Dia terlewat. Subuh terlepas Dia bingkas bangun mengambil wuduk. Lalu solat dengan segera. Terbit penyesalan, Niat mahu mentadaburi Al-quran selepas Subuh hanya tinggal pahala atas niat. Dia mencapai sejadah untuk solat. Haris berteriak sambil menegur sebaik sahaja melihat dia mencapai sejadah. “Abang, jangan, Lan tumpahkan milo basi dia atas sejadah abang. “ Firdaus beristighfar panjang. Dia berlalu ke bilik sebelah menjenguk Mat Nor untuk pinjam sejadah. Benggang dengan sikap rakan sebilik. Selesai solat dia bersiap ke kelas tanpa berkata sepatah. Firdaus berlari-lari anak untuk ke kelas. Kelas citu Nun Jauh di bangunan bendahara. Masih awal bagi rakan sekelasnya yang lain namun jika dia, dia sudah terlambat. Terburu-buru menaiki tangga,tiba-tiba matanya menangkap pandangan imej seorang muslimah yang sangat sopan. Dia sangat mengenali muslimah itu “Wardah, dia nak buat apa tu , kenapa menangis.” Tiba-tiba kaki nya terpelesek. Dia jatuh tangga. Firdaus mengaduh kuat. Mat Nor menghampirinya. “Mana mata engkau letak ni Firdaus. Pandai kata kat aku jaga pandangan, tapi kau tengok pompuan sampai terseliah kaki.” Firdaus malu sendiri. Dia hanya diam. Kata-kata Mat Nor ada benarnya. Pesona Tangisan Wardah ditepi tasik menumbuhkan simpati. Lantas Allah menghukum kaki terseliuh kerana leka memandang sebesar-besar fitnah. Boleh sahaja Dia menghubungi sahabat usrah rakan wanita yang lain, jika benar ambil berat. Boleh sahaja dia berlagak tidak tahu, barangkali Wardah sedang bermuhasabah. Untuk apa dia peduli. “Maafkan aku. Jom balik, nati kalau kaki aku bengkak lagi susah ni” Mat Nor memapah Firdaus. Tanpa diduga Wardah menegur. “Awak ok?, macam mana boleh jadi macam ni” “Dia terseliuh leka pandang pompuan mana entah. “ Mat Nor menjawab sambil tersengih. “Awak, budak skuad saya pandai mengurut. Awak stay kat masjid, ke mana-mana pondok ke nanti saya minta tolong dia.” Wardah tampak risau. Firdaus tunduk dan Cuma mengeleng. Dia ingin segera pulang ke bilik. Mat Nor terus memapah setia. Muka Firdauh berkerut menahan rasa sakit. Apatah lagi meminta simpati Wardah. Berasbabkan Wanita itu dia terseliuh. ************************************************************************ “Kenapa dia menangis, ?” “ Ah aku peduli apa?” “kesian kot?” “tapi sebab dia aku jadi macam ni.” Hati firdaus tidak keruan, wajah si solehah itu terus bermain difikiran. Lantas dia mencapai handphone nya. Nama Wardah tertera lantas dia menekan butang call. “Assalamualaikum, awak ok?” “Waalaikumusalam, Firdaus ke tu?” “Ye tadi saya Nampak awak menangis, kenapa?” “ tak ada pape. Kaki awak dah ok?” “Err belum, sebenarnya sya nak minta no kawan awak tu minta dia datang ke asrama.” “owh..kejap ye..ok..016 4376543 namanya Wail” “Baik lah terima kasih ya, Assalamualaikum.” “Waalaikumusalam” Hatinya berbunga. Suara wardah membuatkan dirinya hanyut dengan angan-angan. Dia beristighfar, nombor rakan Wardah dihubungi untuk mengurut kakinya yang kian membengkak. Petang itu kakinya diurut Wail. Hari ini sahaja dia ketinggalan tiga kelas. Mat Nor membantu Firdaus menguruskan keperluan hidupnya selama kaki terseliuh. Kerja-kerja banyak tertunda. Sehari selepas itu bengkak dikaki Firdaus mula reda. Firdaus menghabiskan masanya selama dibilik dengan mentadabur. Bayangan Wardah juga tidak lagi begitu menganggu. Ramai sahabat-sahabat menziarahinya. Musibah yang menimpa Firdaus itu manjadi kesempatan Firdaus Untuk mengenali rakan bilikknya. Lan dan Haris diam takut menegur Firdaus. Kesempatan ini Firdaus mengenali rakan biliknya dengan lebih akrab kerana sebelum ini Firdaus sering hanyut dengan kesibukkan akademik juga persatuan. “ Abang makan, Haris belanja.” Farid lantas turun dari katil tingkat dua mengambilkan sudu untuk Firdaus. Untuk kesekian kalinya Firdaus makan secara berjemaah dengan roomatenya. Dua hari itu cukup untuk menjadikannya semakin akrab dengan rakan sebilik. Bahkan rakan sebiliknya juga mula mengenal rakan seusrah Firdaus. Tautan hati berlandaskan da’wah mula terasa. ************************************************************** Sem baru bermula. LGM mentaklifkan Firdaus memegang Amir Biro Sukan. Amirahnya dipegang oleh Linda. Firdaus mengisyaratkan pada Linda untuk mengasing kan ta’ruff, namun Linda tidak bersetuju. Hari-hari Firdaus diisi dengan pengajian. Terkadang Masjid dijadikan rumah , dan biliknya ibarat rumah kedua. Firdaus bahagia dengan kesibukkan dirinya yang terasa sangat bertuah memiliki kesempatan memperoleh ilmu dunia akhirat. tut..tut..inbox( 1 message) “Assalamualaikum ya akhi, meeting kali ni bagaimana? Owh sihat?;)” Firdaus beristihgfar dalam hati. Gangguan dari Linda ini terlalu. Kalau tak dibalas dia call. Reply. “waalaikumusalam. Malam nti kana da post mortem. Enti cakap je la time tu.alhamdulillah ana sihat.minta diri dulu ya.” Sewaktu meeting Persatuan Mahasisiwa Islami, mereka dikenalkan dengan seorang sahabat bernama Farhan. Farhan dilantik terus menjadi amir biro tarbiah kerana ketiqohannya. Dia dikagumi kerana keaktifannya pada palapes, serta jawatan di kolej. Farhan akrab sekali dengan Firdaus juga Nabil. “ anta kenal muslimat yang pegang jawatan setiausaha biro tarbiah?” Farhan kelihatan berminat dengan Nur Al-Wardah. Nama yang pernah mengetarkan hatinya. “Alhamdulillah, ana kenal, kenapa bang?” Nada suara Firdaus bertukar sayu , namun dia cuba mengawal. Dia sendiri keliru.| “ Ana ingat nak ta’aruf, ana nak Berbaitul Muslim dengan muslimat tu” Farhan tenang meluahkan. “Alhamdulillah bang, tapi pada saya istikharah dulu, dia wanita solehah, insyaallah menjaga.” Firdaus mengawal hati. Entah kenapa terasa sebak. Dia menyedari dirinya bersama Wardah hanya satu angan-angan yang melalaikan. Firdaus singgah di Masjid al-Hikmah menumpahkan tangisan. Sungguh dia keliru. Firdaus mengelak dari bertemu Wardah. Urusan surat menyurat juga dserahkan total pada Amirah Biro. Namun hal ini tidak disenangi Wardah. Dalam menguruskan perasaannya Firdaus tersalah tingkah.Dia menjadi semakin akrab dengan Amirah biro. “Assalamualaikum, Firdaus boleh awak ambil saya” kendengaran suara Linda dihujung talian. Firdaus serba salah. Linda seperti terlalu akrab. Firdaus menekan butang off pada handphonenya.Firdaus terasa sesak, Bahang Fitnah wanita mula terasa. Firdaus tidak mampu lagi mengelak. Dia menyalahkan dirinya mebuka lebar pintu Fitnah. Handponenya berbunyi terterna nama akh Farhan “ Salam, anta ana perlu penjelasan dari anta, apa yang anta dah buat pada Linda!” “wassalam, ana tak faham, bang.” Firdaus segera berangkat ke Masjid. Sahabat-sahabat usrahnya merenung tajam. Cuma salah seorang dari mereka kelehatan tenang, akh Naim. “Assalamualaikum, maafkan ana. Ana tak tahu ada meetin g ana tak dapat mesej?” “Waalaikumusalam, Kau buat apa pada Linda.” Firdaus kelihatan binggung. Masa kan hanya meletakkan phone menutup pintu fitnah dia dihukum seolah-oleh menghamilkan anak orang. Firdaus menjawab tenang. “ Ana letak pnone, bila dia suruh ana jemput dia.Lagipun akhowatkan ramai? “KAu berzina dengan dia kau tak nak kahwin dengan dia.” Akh Ashraf menengking sambungannya.....

Khamis, 7 November 2013

tangisan

Hari ini air mataku tumpah, entah siapa yang ku rindu aku tidak pasti. Kehidupan ini, makin mendatang makin mencabar. Cuma tangisan ini harus ku cabar menjadi sesuatu yang membawa kebaikkan bukan lagi kelemahanku. Aku menangis saat tidak dapat lagi menyertai usah. kerinduaan yang membuak-buak tak dapat ku tahan. Aku tahu..aku sudah berhadapan dengan hidup yang realiti. Bukan lagi praktikal. sejak Allah menghadiahkan dia padaku. Dia mengubah banyak persepsi dalam hidupku. Kiranya aku semakin fleksible dan cara sudut pandang aku juga berbaza. Apakah engkau takdirku? Mungkin ramai lagi teman-teman yang boleh ku kongsi rahsia hati. Namun dia cuba memahami denga sudut pandang yang membuatku sejuk. Iya aku sangat menhampiri islam dengan kerinduan ku pada usrah. Itu lebih dikiria beruntung dari mereka yang berdekatan usrah namun melalaikannya. akhir-akhir ini air mata ku sering tumpah. Aku bakal kehilangan insan yang amat aku sayang. Perhatiannya kini mungkin sudah beralih. dihari jumaat yang mulia ini membuat kan aku teringat. Bukan akan dia. Tapi trademark..Allahuamasollialamuhammadnya. Dia menyukai andai berselawat. Dia mampu menghiburkan keluargaku dengan ibrah yang tidak mampu aku singkap tadbirnya ketika aku bersama keluarga. aku menghargai pemberiaannya saat aku keluar dari protokol kerja. Aku ingin begitu berbakti padanya. seperti mana sang solehah di waktu sahabat. Aku ingin meraih pahala seandainya Allah mengizinkan ku. Aku ingin meletakkan dunia ditangan bukan dihati sepertinya. Disebalik kesedihanku terselit satu keyakinan. Ku yakini, Kau bukan memilih malah kau menerima. seperti ku .Aku juga menerima tanpa memilih. Asalkan haluan kita sama. Aku yakin.. jika diterima beerti kau menerima segala lebih dan kurang aku . Aku yakini kau seorang yang memelihara. Walau aku kurang menjaga dan tewas akan kehendak hati, aku bertekad untuk menerima segala baik dan burukmu. Bersama kita menuju jannah. izinkan aku melakar warkah ini sebelum kita bertemu

Sabtu, 23 Februari 2013

Sahabat MA disini menjemput rindu mengunung pada kalian,

menulis-dan terus menulis sepuasnya ..Ya Allah lapangnya hati...lega!!!!
meluah rasa dengan mengukir kata..
merindukan sahabat-sahabat dimelaka,
Sahabat MA disini menjemput rindu mengunung pada kalian,
sahabat islami, sahabat yang tidak malu memeluk sahabatnya ketika berjumpa walau kita dipandang aneh,
hanya beberapa detik berjumpa,
erat pelukkan seolah mengenal lama,
walau warga kolej memandang... aneh,
memecah tradisi,
bawa adat usrah ,
memeluk ketika berjumpa,
bersalam ketika bersua,
menjaga tatabicara,
membawa rindu usrah mengunnung dihati,
mewujudkan izzah islam ,
saat hati gersang pada kekuatan yang didamba,
bukan kesempurnaan ku damba,
tapi izzahnya membawa adat usrah,
menampakkan keindahan dalam berukwah,
akhowat tidakkan malu membawa islam,
bahkan bangga dengan keindahan islam,
cumanya kita dianggap aneh bukan kerana mereka jahil,
tetapi mereka tidak tahu,
dan kita yang malu membawa agama yang jahil,
kerana kita tahu,
tapi kita malu pada indahnya islam ,
hanya kerana tidak mahu asing

Jumaat, 22 Februari 2013

belajar

belajar dari pengalaman,
tapi bukan untuk dapatkan pekerjaan,
belajar bukan untuk dipandang,
tapi belajar untuk tidak dijijak,
belajar bukan untuk membina kesombongan, 
tapi belajar mengajar apa ertinya saya islam,
belajar bukan semata untuk menjadi tuan,
tapi menjadi hamba bertuhan,
belajar bukan bererti bermegah-megahan,
tapi hakikatnya disisi Allah darjat diangkat bagi yang berilmu pengetahuan,
belajar, dan terus belajar membina iman, amal, dan tawadhuk,.....
TERAS KETAQWAAN ILMU , IMAN DAN AMAL..

yakini lemah

jalan yang bakal kita tempuh,
mungkin tidak sama,
lagi mudah jika tidak berhubung,
agar tersirna sengketa kita,
jangan terwujud segala curiga,
biar bercambah rasa percaya,
bila kehadiran mu membakar emosi,
hanya pada-Nya berserah rasa,
kekuatan yang ada,
dicambahkan dengan keberadaanmu,
yakini hadir menerbit sejuta rasa dan rahsia,
mungkin kah akan menjejaki syurga,
walau permulaan ni langkah kecil bersama,
berperang dengan diri,
menewaskan dosa semalam,
membina harga diri,
insafi dosa kita,
latar belakang yang sangat berbeza ,
bersatu rasa kerana satu yang kita percaya,
kesempurnaan bukan milik kita,
ia milik Allah yang Esa,
jika perjuanganmu menempuh susah,
yakinilah rasa itu melengkapi,
melengkapi sifat insani
 yakini lemah,


Selasa, 20 November 2012

kosong...

Lewat ini hati terasa kosong tanpa tarbiah.umpama mendung mula menaungi hati. tiada cahaya. Dingin membeku kesedaran. Umpama manusia yang semakin rugi dari hari kehari. Cabaran kerja membuat aku terleka. CAbaran kerja memaksa aku meninggalkan dunia tarbiah. Astaghafirullah.


Entah lewat ini rindu Uitm Lendu membuak-buak. Rindu memandang awan yang mencerahkan langit mendung dihati suatu ketika dulu. rindu membuat sandwich untuk dijual ditengah padang bertamu. Entah sahabat disana bagaimana hati dan perasaan mereka. Aku membina kerinduan dan mereka meneruskan hidup membina kenangan untuk menjadi bekal bersama adik-adik yang setia berpesatuan. Dan aku masih disini bahkan menjadi jahil dek kelalaian yang sukar sekali untuk diperbetulkan.

Entah hati terasa kosong saat solat . Bukan menjana rindu namun ku kerjakan atas alasan wajib sebagai hamba. Mungkin virus kekufuran mula menular. Dan aku sedang menerima penyakit berikutan keputusan yang aku pilih. Aku lemas dalam kegelapan.Ibadah makin menyusut. Memang sah! hatiku sedang tenat dengan iman yang mula membarah. Kecenderungan beribadah tidak lagi menjadi hiburan bagiku. Aku terhibur dengan arus hanyut duniawi.

Mungkin kata-kata sahabat bhawa kerana kita tak menjaga diri,makanya salah sendiri kerana itu sampai hanyut. Kekuatan yang ku jana merosot bagaimana mahu komited andai tali da'wah berpaut pada dahan da'wah yang tidak kukuh. Aku kekontangan tarbiah. Iman ku ibarat tanah yang kemarau dengan simbahan iman.

Murabbi, aku rindukan murabbi, murabbi yang mendidik agar jiwa mula dibanjiri bah keimanan.. aku perlukan kata-kata penguat iman., Perjuangan islam. Bilakah lagi mampu jiwa ku menikmati ibadah sebagai hiburan. Agar cinta Allah menyala-nyala,. MAjlis ilmu telah terlalu lama aku tinggalkan hingga hati ini terasa mati saat mardhootillah cuba diingatkan...entahhhhhhhhhhh kosong

Ahad, 18 November 2012

aku dan non-muslim



Aku dan non-muslim

Sedang asyik menonton tarian moden korea. Dia mencari cara bagaimana mahu menguruskan masalah berat badan yang kian bertambah bimbang mencecah obesity tahap satu. Aku hanya tersenyum dan terus tersenyum. Dalam keadaan begini aku dan dia saling menarik. Namun perlindungan dari Allah sangat ku yakini dalam niat ku menyebarkan agama Allah.
Kami berbual hingga jam mencecah satu pagi. Begitulah rutinku setelah kawan sebiliknya posting ke jitra, aku menjadi penghuni  tumpangan baru. Membuat teh , memasak makanan mudah. Dia bahagia mengemas yang cekap dibilik kami berbekalkan pengalamannya yang bekerja di hotel sebagai pengemas bilik no satu.
Sejak akhir ini aku semakin memahaminya. Benar anutan kristian menjadi penghalang untuk aku bersamanya mengenal makrifatullah. Dia mengenal Yesus sebagai tuhan. Insyaallah  aku sungguh dan sangat yakini Allah yang Esa untuk aku sembah. Selalu topic ketuhanan menjadi perbincangan. Dan dia saat dia mula keliru dia akan menghentikan perbincangan. Aku merai’kan agar tidak terlalu memaksa.
Dari seluar Jeans dia beralih ke slack coklat walau agak sedikit ketat, namun tidak seketat jeans yang dipakai. Sewaktu perhimpunan malam itu dia diperhatikan oleh rakan-rakan dikelas kami. Langkah ku yang tidak menghiraukan pandangan orang membuatkan dia tersipu-sipu mengikut. Aku buka file tentang perbezaan janin sebelum dan semasa dipasang Al-quran padanya. Dia kurang rasa percaya setelah melihat. Aku hanya tersenyum. Dalam hati menguntum doa terus. Seperti kata-kata watak Aisya, dalam filem ayat-ayat cinta. Ada diri muslimah dalam jiwa Maria. Keyakinan ku juga sama. Dia berjiwa muslimah. Cuma masih belum mengenal Allah.
Semasa rehlah ke Alor Setar. Aku dan rakan ku mengajak dia bermain Bowling. Niat ku ingin membuat dia merasa nikmat memakai stoking. Walau bukan menutup aurat seperti memakai tudung tapi bagi saudari seislam itu agak memberatkan. Jadi ku ajak dia, dia menolak. Aku meraikan dalam senyuman. Aku dan rakan ku bermain . Kami mengawal sedaya mungkin akhlak seorang muslimah d pusat permainan itu. Kami berempat namun hanya tiga bermain. Rakan sekursus ku menolak, dia lebih suka memerhati berikutan skirt  labuh agak tidak sesuai dengan permainan ini. Dia ragu-ragu dan menolak. Ku pujuk agar terpecah segala ketakutan . Bukan ingin memodenkan dirinya dan menyuruh dia membuang adat nya  sebagai orang Asli.

Aku memuji pakaian slack nya. Namun pujian ku mengajak dia agar lebih indah jika yang dibelinya lebih longgar. Dia menganguk bersetuju. Apatah lagi sunburn hanya kelihatan diwajah dan pergelangan kaki. Membezakan antara wanita yang menutup aurat atau tidak. Dia membuat keputusan untuk turut memakai stoking dan sarung lengan agar kulitnya terjaga dari sunburn. Aku tersenyum , taktik Nabila sahabat usrah di UiTM berhasil, walau dia non-muslim in syaa allah terhasil…….