Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 11 April 2010

lihat pada makhluk

HADIAH DARI SEORANG SAUDARA YANG KU CINTAI DEMI ALLAH- SEDEKAH PALING AGUNG ADALAH DENGANMEMBERI SESUATU PADA ORANG BARANG YG PALING KITA SAYANG BUKAN SENANG TAPI SEKADAR PERKONGSIAN KERANA ITU SAMPAI LAH QUATUM DOA KE TANGAN KU….ALHAMDULLILAH LALU TERINGAT PADA BAHAN BACAAN YG SEDANG DIBACA SAAT INI BERKISARKAN TENTANG HAKIKAT ILMU KISAH HATIM DENGAN GURUNYA SYEIKH AL-BALKHI: Suatu hari syeikh syaqiq al-bakhi bertanya kepada muridnya hatim al-asam “sudah berapa lama kau belajar dengan ku” jawab hatim“tiga puluh tiga tahun wahai guru”jawab hatim .tanya syaqiq“ lalu berapa banyak ilmu yang kau petik ?” jawab hatim “ hanya lapan masalah sahaja wahai tuan guru” terkejut gurunya sraya berkata “ tiga puluh tiga tahun kau belajar hanya lapan masalah sahaja kau petik?” Namun permasalahan yg dipetik hatim ni yang ku faham dengan akal ku yang sangat lemah ini Cuma satu..masih cuba fahami yang selebihnya…semoga dipermudahkan oleh ALLAH MELIHAT PADA MAKHLUK. Setiap orang punyai barang kesayangan tetapi bila sampai kekubur, nescaya berpisah. Jesteru itu aku jadikan kesayanganku segala kebajikanku supaya ia kekal bersama ku didalam kubur. Faham la diriku tentang kesayangan yang sepatutnya yang kita sayang..yang akan kekal bersama kita disaat kita menempuh alam akhirat….banyak barang yang disayang sampai sayang nak guna sudahnya..tak guna pun sebab tak muat ni bab baju.. akhir sekali membazir..dan buku juga merupakan harta kesayangan pada manusia tapi lebih berharga kalau kita petik ilmu dalam tu dan kemudian sebarkan pada yang lain.. ada contoh tentang kisah sedekah ni padaku ..alhamdullilah boleh ikut contoh macam ini ..semoga guruku itu mendapat bahagia Dunia dan akhirat.. dan yang paling penting kita jadikan kebahagian yang kita dapat peroleh kurniaan dari Allah ini kerana ingat kat Dia selalu sebagai kesayangan..insyaALLAH untung dunia akhirat…^_^ tiada yang indah jika tidak kerana Allah..wallahualam…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan