Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 11 April 2010

sabar menunggu

Wahai zaujku,Aku mengerti kau sedang menungguku,Aku mengerti kau merinduiku,Namun segalanya kau tundukkan kerna kau tidak mengenal siapa aku.Aku tau kau sedang berjuang,Kau sedang lelah berdakwah,Ke sana sini dengan pelbagai program dakwah,Sehingga kadang kala kau merasa lemah.Namun sabarlah,Aku sedang menunggumu,Aku juga sedang letih seperti kamu,Kerana setianya padaku,Aku menolak untuk terlibat dengan mana-mana aktiviti yang mengundang maksiat hati,Aku menolak bicara dan pelawaan mana-mana yang mahram dgnku,Kerana perasaanku telah aku simpankan untukmu,Walaupun aku tidak tahu siapakah kamu.Zaujku,Persiapkanlah dirimu dengan ilmu,Kerna, aku mendambakan seorang zauj yang mampu mendidikku dan anak-anak kita nanti, Bukan paras rupa semata-mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan