Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 17 September 2010

belajar menjadi khadijah

assalamualaikum...
hari ni terasa ingin ku nukil serba sedikit luahan isi hati dan sedikit ulasan buku yang baru ku beli ketika berkerja...dugaan...terkadang datangnya dia menyebabkan kita jatuh tergolek-golek dan berdarah sehingga terkadang terasa cukup langkah sampai disini tak ingin aku teruskan lagi, kerna pasti akukan jatuh lagi...ayat power dari seorang ukhti solehah betul-betul buat aku pandang diri ku.."husnuzhon pada diri sendiri" ku kira husnuzhon cuma pada Allah dan insan sekeliling ternyata pada diri juga perlu husnhuzhon..Alhamdullilah kini setiap kali lemah ku katakan pada diri" husnuzhon jannah kau pasti boleh mengukir sejarah..." aku bangun kembali..power ayat dia...
balik kepada bab beli buku ttg siti khadijah , sementara tunggu giliran bayar bill aku membelek kembali buku yang baru dibeli..rupa-rupanya rujukkan buat wanita..untuk menambat hati suami..juga mertua...nak patah balik tak mungkin giliran membayar tinggal sorang lagi jer merungut-rungut aku dalam hati..sebab beli tanpa tengok betul-betul..hajat singgah di kedai buku temani kawan yang ada urusan kolej buat aku membeli buku secara kelam kabut..ambil jer tak tgok betul2...YA Allah malunyer..casher dia lelaki..tersenyum-senyum tgok aku ambil buku tu..dengan muka selamba aku buat dono jer walhal dalam hati malunyer hanya Allah yang tahu..apa lah yang casher tu fikir..
bila belek balik buku.tu
hum tak lah seteruk yang aku fikir bila baca keseluruhannya..yang ada cuma menegur sikap isteri agar mampu menjadi solehah mungkin dimata suami juga disisi Allah..juga menceritakan bagaimana nya hebat dugaan menjadi lelaki...membuka mata dan fikiran..bila membaca ciri-ciri isteri solehah idaman suami yang soleh...terasa..alahai..layakkah aku menikah? ciri-ciri solehah dan menyejukkan mata suami...macam tiada satu pun ada padaku..terserlah sikap buruk aku yang suka pandang rendah pada lelaki yang tidak aku kenal..rupa-rupanya menjadi lelaki tak mudah..dugaannya jauh lebih parah..apatah lagi sekarang zaman fitnah , fitnah wanita yang terlalu susah untuk insan bergelar muslimin mengelak, tak hairan lah..perogol, pencabul , penzina lelaki berlambak..mukadimah zina nya banyak..apatah lagi wanita yang berjalan megah memperagakan tubuh mudah menyerah..alahai lelaki, jika sedetik lalai pasti kau kan rebah...
byk yang boleh belajar dari buku tu..kenapa suami boleh jatuh hati pada pembantu rumah, suami mudah berpaling tadah...dan macam-macam lagi..baru terfikir , sekali pandang kalau suami mengatal dengan pembantu rumah tentulah nampak jahatnya dia tak sudah tapi bila dipandang dari sudut mata lelaki baru kutahu..ternyata isteri juga punya salah...buku ni buka minda...syukur bila terbaca buku ni sebenarnya sesuai untuk yang belum atau sudah menikah...dalam buku ni ada cakap lelaki adalah makhluk Allah yang paling complicated untuk difahami..rasanya dekat part tu ada kebenaran..buku ni seolah-olah seperti lelaki menceritakan dengan jelas isi hati dan apa yang sebenarnya dimahukan diorang pada insan bergelar perempuan...bila baca buku ni trfikir dan berangan heheh bagaimana ya khabar bakal jauj ku?apakah dia sedang berusaha perbaiki diri sepertiku atau masih leka atau dia lebih baik? ku husnuzhon kan saja mungkin dia lebih baik..agar aku berusaha menjadi bakal zaujah yang terbaik buatnya...terasa nak ku nukil sebuah sajak buat bakal zauj ku..mungkil kelihatannya gak mengada-ngada..tapi aku insan biasa bukan malaikat yang tidak punya nafsu

buatmu insan yang terlalu asing buatku,
akan sampai waktunya kau menjadi paling dekat padaku,
hingga kini aku gusar,
meneka dirimu siapakah gerangan,
yang ku yakin anugerah agung dari tuhan,
yang memeriahkan hati ku tatkala kegersangan,
namun ku usaikan rasa resah ini,
dengan mendamba rindu Ilahi,
kerana aku tidak mahu meneka dirimu tanpa sempadan,
hingga terjatuh aku ke jurang kemaksiatan,
dan kekecewaan tanpa sempadan,
jika kau dan aku tidak disatukan,
didunia ini yang penuh penipuan,
aku yakin itu adalah anugerah dari tuhan,
bukankah cinta disana lebih berkekalan,
terkadang aku risau,
hati kotorku masih mudah terpana,
pada dia yang mungkin dirimu atau tidak,
lalu ku tegaskan pada prinsip ,
kau hanya akan muncul dalam kehidupan,
setelah selesai kita dinikahkan,
bukan kerana anganku memanjang,
cuma aku yakin pada janji Al-wadud,
setiap makhluk yang Dia ciptakan pasti punya pasangan,
lalu tidak mahu ku siakan masaku singkatku disini,
dengan menyuburkan benih pengharapan,
menemuimu sebagai pasangan,
dimuka bumi yang penuh dengan penipuan,
kerana tak semua insan menyatu ,
bahkan ada yang masih bujang tatkala menemui ajal
ku yakin kan hati ku,
tatkala cemburu datang bertandang,
melihat pasangan soleh yang ku pandang,
di lauhul mahfudz semua telah ditetapkan,
jika terjadinya pertemuan itu,
terselit ujian yang mampu kita harung,
dan jika tiada sebarang pertemuan menyatu,
ku yakin Allah menyiapkan sesuatu,
yang jauh lebih hebat dari pintaku pada sujud ,
mendamba kehadiranmu sebagai imam,
mungkin kehendak hatiku masih terlalu,
mendamba kedatanganmu sebagai insan,
yang inginkan cintaku,
agar disatukan dengan cintamu ,
agar bahagia bersama ketika mengadap redha Tuhan,
namun aku masih sahaja merasa diri ini gagal,
membentuk akhlakku setulus khadijah agar kau menjadi acuan rasul,
jika tiada pertemuan, yakinlah dengan janji tuhan,
disana pertemuan kita pasti jauh lebih membahagiakan..
buatmu bakal zaujku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan