Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 24 September 2010

mawar sepertimu

mawar sepertimu,
mana mungkinkan layu,
jika dirimu tidak semudah itu,
mematahkan duri yang ada padamu,
dengan mengugurkan agama dari hidupmu,

mawar sepertimu,
harum mewangi,
menjadi idaman sang kumbang,
tidak mampu kau didekati dengan mudah,
selagi kau memagarkan diri,
dengan agamamu,
yang menjadi duri,
untuk mereka dekati,

mawar sepertimu,
kan terus mekar,
mejadi mawar berduri,
yang hanya akan dimiliki,
sang kumbang sejati,
selagi kau memagar diri,
nescaya kau tidak akan dikhianati,

mawar sepertimu,
jika tidak disunting sekalipun,
itu cuma didunia,
tidak perlu kau ragu,
pada Dia Yang Maha Satu,
kerana setiap insan dijanjikan pasangan,
dan jangan sesekali kau gugurkan durimu,
hanya kerana keraguanmu,
kerana diakhirat sana ,
sikumbang setia,
menanti dan mempersiapkan sesuatu,
untuk membahagiakanmu,
kerana kesabaranmu,
perteguhkan pendirianmu,
cintamu hanya pada Dia yang Maha Satu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan