Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 29 Oktober 2010

duhai jiwa yang sedang berbicara

duhai jiwa yang sedang berbicara,
tanpa sedar kau telah membiarkan dirimu binasa,
mungkinkan ini ujian membuktikan kata-kata,
kau benci pada sesuatu yang bukan tempatnya,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
Allah tak pernah menguji melebihi kemampuan hamba-hamba-Nya,
yakinilah Dia pemilik segalanya,
adulah dan tangislah meminta pada-Nya,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
kau benci pada sesuatu yang belum tepat pada masanya,
adakah ujian ini hanya membuatkan engkau terhina,
kerana janjimu pada diri sendiri tidak dikota,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
jika ada yang bertanya padamu bagaimana hilangkan resah dijiwa kerananya,
engkau petah sekali berhujah tentangnya,
mengapa bila diuji rasa itu bagaimana,
engkau terbaring lemah tak berdaya,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
tuhan-Mu menguji benarkan engkau setia,
apakah kerana rasa ini membuatkan kau ingin musnahkan segalanya,
bukankah cita-citamu menjadi bidadari terpelihara,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
hatimu kosong dari mengingati Dia,
kerana itu rasa yang haram bagimu mengisi ia,
penuhkan dihatimu kembali cinta yang mengingati Dia,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
walau dihatimu sedang derita,
Allah tahu segala-galanya,
tidak semestinya apa yang kau mahu terbaik semuanya,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
berhentilah bicara tentang cinta selain-Nya,
kerana ia bersifat sementara,
Cinta Allah kekal selamanya,
duhai jiwa yang sedang berbicara ,
buktikan kau mampu contohi serikandi yang syahid kerana cinta kepada-Nya,
bukan mati yang sia-sia,
kerana menanggung rasa yang binasa,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
tak malukah engkau bila mengenangkan apa yang pernah kau perkata,
sesuatu yang haram tentang cinta bukan pada tempatnya,
buktikan kata-katamu kerana ia akan dipertanggungjawab pada yang Maha Esa,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
lihat sumayyah yang teraniaya,
kerana mempertahankan agama dengan setia,
berkorban rasa cinta untuk dipersembahkan pada Yang Maha Mencipta,
duhai jiwa yang sedang berbicara,
Asiah mati tidak tersia-sia,
berkorban hati meninggalkan cinta,
suami zalim tidak dipedulikannya,
asal cinta Allah termiliki selama-Nya,
Duhai jiwa yang sedang berbicara,
lihat khadijah yang berani dan beribawa,
kerana agama taatkan suami sepenuhnya,
sanggup serahkan jiwa dan raga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan