Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 17 November 2010

ambil berkat




Di halaman nubari



Ada pohon cinta subur merendang



Mekar rimbunan bebunga setia



Kerana disirami keikhlasan






Dan keikhlasan itu



Lahir dari cahaya keimanan



Tanpa ragu yakin ku berteduh



Bawah pohon cinta yang terkukuh






Oh Tuhan kerana rahmatMu



Terjalin dan bersatulah cinta dalam redha







Oh kasih kerana budimu



Ikrar ku menjadi teman hidup yang solehah






Bukan kilauan intan permata



Dan bukan juga wang yang berjuta



Cukup sekadar setulus cinta



Membuat ku bahagia






Hanyalah satu permintaanku



Pimpinlah daku menuju restu



Moga simpulan kasih abadi



Kekal ke syurga nanti






Andainya berguguran



Dedaun kasih dihembus dugaan



Teguhkan kesabaran



Saling percaya dan bekerjasama



Memugar cinta






EHEHE..HARI NI NYANYI LAGU NI..KENAPA YA? ENTAHLA MOOD KOT...SEBAB MEMBER SEBELAH UMAH NIKAH 3 HARI SEBELUM RAYA HAJI . MUDA SETAHUN DARI PADA AKU..ADOI HAI..YANG TAK BEST...HALWA HANTARAN..TAK FASAL JER JIRAN AKU SURUH MAK AKU AMIK PAST TU SURUH AKU DENGAN ADIK AKU CICIP SIKIT..KATANYA AMIK BERKAT MANA TAU LEPAS NI GILIRAN KAMI. YANG BEST ADIK AKU BOLEH PULAK BUAT SELUMBER BADAK CICIP HALWA TU ..YANG AKU NI TERMALU-MALU NAK RASA WALHAL HALWA TU SEDAP TAHAP TAK INGAT HEHEH..MASA MULA-MULA PROTEST JUGA DEKAT MAK.."APE NI , ALA ADAT JE PUN BUKAN BETUL..JODOH KAN SEMUA ALLAH DAH TETAP". MAK AKU PULAK CAKAP BENDE YANG BUAT AKU TAK TERKATA APA" HANG TAK NAK KAHWIN KA? BENDE NI KALAU BETUL PUN BUKANYER RUGI"...ALAHAI MAKAN JE LA....bila cakap fasal bab ni...sebenarnya berbalik pada matlamat. Apa matlamat hidup kita. Ada kawan yang nak kahwin kerana rasa dilindungi. Ada yang nak kahwin sebab cinta mati. macam-macam reason lagi,,,tapi jarang yang kata nak kahwin sebab nakkan zuriat yang soleh yang dapat pejuangkan agama.semua nya untuk diri kita sendiri..untuk perjuangan menegakkan agama Allah dimana? ni baru bab kahwin ..bab lain ..entah lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan