Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 8 Disember 2010

ikrar yang solehah

assalamualaikum....

alhamdulillah langit hari ini cerah dan ceria...seindah pemandangan hati ..bila sedar tugas hakiki....

namun terselit sedikit gundah...apakah ikrar yang solehah mampu ku laksana....

astaghafirullah..betulkan persepsi diri..yakini..setiap muslimah boleh......

sedih..persiapkan diri menjadi mukminah sejati untuk orang lain?...

lantas bila insan yang ditunggu

bayangnya sahaja belum muncul apa lagi

sosok yang dinanti

terhasil la..ayat-ayat lara dan sepi..

adakah hidup seorang wanita cuma akan sempurna jika dinikahi...

lantas merasa kecewa jika masih belum menemui,

sidia yang diharap menjadi pembela diri,
Ya Allah.........
betulkan lah perspektif insan yang berfikiran begini,
mensolehahkan diri demi insan yang tidak pasti,
sedangkan mungkin sahaja malaikat maut-Mu menjemput,
disaat berubah untuk insan yang mereka cinta,
ya Allah....
jadikanlah mereka serikandi sejati,
menyedari tugas yang hakiki,
jika tidak disunting disini,
diakhirat janjiMu itu pasti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan