Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 30 Mei 2012

sekadar meluang masa

assalamualaikum...untung...dan ku rangkap sejumlah syukur yang tidak terhitungku pada Allah menemukan aku dengan sahabat-sahabat di Uitm dan juga peristiwa kerana sehelai purdah yang telah ku alami membawa ku menghadapi rentetan da'wah. Media sangat penting dan majoritinya pemikiran manusia dikawal oleh itu. Dan Demi Allah yang menciptakan segala-galanya, apa yang selalu dizalimi itu lah yang akan membentuk diri. Kerana itu pendidikan bermula dari rumah. Jika mahukan anak anda sihat walfiat islamnya, maka dedahkan mereka dengan arus keislaman bukan arus kekoreaan yang kononya up to date perkembangan zaman. Islam syumul setiap masa available tak ada istilah ketinggalan zaman. Bosankan? haha tetiba ayat fakta yang keluar.... kolej,,,,,,,,,, Cuma masih dalam rangka ingin menyuntik sedikit vaksin islam untuk mencegah penyakit takutkan mati dan cintakan dunia ramai orang( yang menulis pun ). Susah menembus dunia pemikiran manusia disini. Tempat aku menghabiskan sisa hayat yang mungkin cuma tinggal sedkit . Arobik korea,cakap korea, post fb korea, naik sewel aku dengan aku-aku terjangkit wabak korea. Astaghafirullah........ Kemana perginya suasana tarbiah dan iktibar dari setiap program dulu yang aku jalani. masa berlalu pantas dan tercampaknya aku disini barangkali ada hikmah. zaman tarbiah bersama kak shida, liqa' bersama kak farhana menjadi pengental semangat. Untung juga jadi orang yang degil. Dimata orang sekeliling katanya susah untuk mempengaruhi pemikiranku kerana aku berpegang dengan sesuatu yang utuh untuk diruntuhkan. Hanya asbab undang-undang aku akan jadikan ia satu keadaan yang darurat namun ku tahu Allah maha mengetahui hati ku bagaimana. Tudung labuh disini ketika pertama kali ku sarungkan air mata ku terasa seperti ingin menitis. Perasaan menyarungnya pertama kali ku rasakan berulang kembali. Namun berkat ketabahan kini , walau pun ada event hati kering ini ku rasakan bebas menikmati nikmat menutup aurat. Ada pengajarku yang menjeling atas bawah namun ada seorang pengajar yang menyokong bersimbul senyum. Ku tahu namun besar erti senyuman yang menyokong. Semoga Allah permudah kan urusanmu. Aku sebagai biro agama asrama sem 1 , dah banyak kali kene dengan senior untuk jadi imam dikalangan budak-budak sem aku walau jadual dah keluar. Pada aku positif, masih boleh sabar berhadapan kerenah senior lagipun gerak kerja agama ku rasakan mustahil untuk berkira. untuk jadi imam sepanjang sem ini pun padaku sahabat-sahabat satu angkatan denganku tiada masalah. Minggu lepas mencabar kesabaranku tak sampai suku penuh pun surau yang hadir untuk berjemaah dan membaca yasin. sem 3 tak payah citer lah...sorang pun tak ader, sem 4 dua orang..dan yang ramai pun sem satu. itu pun dikalangan orang aku ada yang tak pergi kerana makan buah dengan kuah rojak dalam bilik. Hatiku membahang panas. Aku tahu jika hal ini ku laporkan Pengajarku akan back up senior. Biasalah kat sini baru dapat ku lihat corak permainan kotor berdasarkan seniority. Aku dan Hayati memendam rasa namun kami tidak diam. Hospital ,,,,,,, Dengan kepala yang sedkit bengong-bengong kerana keletihan aku dan HAyati melangkah. Banyak gila kerja dekat wad waktu tu. Mujur senior yang bertugas dengan kami baik-baik. Namun ada pekara yang mengundang kami utnuk mengumpat. Sikap staff, kawan sekerja...arghhhhhhhhhh tampa usrah hati kami betul benar kegersangan iman. Ada sorang mak cik yang terkena penyakit diabetes. Baunya masyaAllah hanya jika tidak aku islam mesti muntah punya. Disebalik itu kawan-kawan setugas mula mengelak. Hayati sudah mula menunjukkan memek muka tidak senang dengan sikap mereka yang begitu. Aku juga kecewa namun bingkas ku bangun dan turut serta bersama muka yang selamba. Dan semalam Hayati meluahkan rasa sikap staff yang mengelak-gelakkan mak cik tu kerana tercirit atas kerusi. Jenuh mulut dikunci agat tidak terluah maki. Kenapa susah sangat untuk memanusiakan manusia lain?????? Muhasabah Cinta Album : Munsyid : EdCoustic http://liriknasyid.com Wahai... Pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dariMu Kupasrahkan semua padaMu Tuhan... Baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini kuharapkan cintaMu Reff. : Kata-kata cinta terucap indah Mengalir berzikir di kidung doaku Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya ilahi.... Muhasabah cintaku... Tuhan... Kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku denganMu Semakin lama hidup disini hidup tanpa usrah semakin terasa sepi namun terisi ibrah langsung paparan Allah utnuk kami. nikmat syukur selagi dianugerahkan kesihatan selalu kami ungkap. Alhamdulillah ....... BY THE WAY AKU NAK CAKAP PE NIH heheheheh sekadar meluang masa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan