Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 11 April 2010

cerpen pertama

“Hanya puasa solatnyer tidak..boleh ke masuk syurga?...bukan kah solat itu tiang seri?” “alah atuk nanti tua sikit Ila solat lah! Ila muda lagi tuk Kan ila solat tadi waktu subuh …maghrib pun Ila solat..yang atuk nak bising –bising ni kenapa? Atuk suruh ila ke kedai beli sabun atau aper pun ila ikut ajer tak kira hujan ke ,panas ke apa tak cukup baik ke tok? Atuk nak ila macam mana lagi? Ila Cuma manusia biasa tak sempurna tok…kira baik ila tak ikut lelaki , macam seha kat sekolah tu dekat rumah baik macam malaikat..bila belakang mak dengan abah dia tukar teman lelaki macam tukar pampers budak kecik..ajer..atuk nak ila jadi macam tu? Ila bukan munafik tok inilah ila cucu atuk,ila tak bleh jadi orang lain tuk” suara ila sedikit keras.“ ila memang tak boleh jadi orang lain tapi ila boleh jadi lebih baikkan? Adakah kerana seha berperangai seperti itu jadi ila menjaga jarak dengan agama Allah? Ila ,.kesalah fahaman mu dalam islam terlalu besar cu, bukankah Allah telah berfirman bahawa solat itu mencegah perbuatan yang mungkar? Ila tak yakin ke dengan firman itu?”“ bukan tok Ila tak seberani macam yang atuk ingat ila takut Allah tapi Ila tengok kawan-kawan ila yang tak solat yang tak cover aurat pun tak macam dia diorang jauh lebih baik dari seha tuk .”“apa?kaber aurat? Kaber tu apa ila?”“cover la tuk,cover tu,tutp aurat la”ila tersenyum…“ owh atuk tak paham ila sebut kaber -kaber ni.ila jangan skiping London ,atuk tak paham,…ila kak aisyah mu boleh dijadikan contoh dia jaga auratnya,solatnya juga puasanya tapi atuk tengok baik budaknya..’jangan disamakan semua orang cu, hanya solat yang sempurna mampu menjaga akhlakmu,”‘maknanya solat seha tak sempuna ke tok?” ila diserang perasaan ingin tahu.“ jangan Tanya pada atuk ,sempurna atau tidak Cuma Allah yang boleh nilai, tapi kalau cucu nak faham kesempurnaan yang macam mana atuk cakap, atuk boleh terangkan cu…umpama mandi kalau tak bersabun tapi kerap, bersih dan sempurna tak cu?’“tak tok apa kene mengena mandi dengan solat tok?” “ dan kalau mandi bersabun tapi seminggu sekali baru mandi sempurna dan bersih tak?”“dua-dua tak bersih tuk” jawab ila kehairanan‘ Tapi kalau mandinye kerap dan bersabun bersih dan sempurnakan? Begitulah solat sempurnakan solat insyaAllah akan terjaga perilaku kita dikhalayak atau ketika bersendiri..sepri mandi kerap dan bersabun ,wangi jer kan tak busuk …”Buktikan pada kawan-kawan ila insan yang sempurna solat dan terjaga aurat tu tak serendah dan sehina seperti yang ila fikirkan sebelum ni, jangan biarkan kawan seperti seha itu meyebabkan kawan –kawan ila jarakkan diri dengan agama Allah..tapi jangan juga biarkan seha terus hanyut..mungkin dia lupa ingatkan dia”.Ila cucu atuk berjihad dan menyampaikan dakwah itu kewajipan buat orang islam tapi ila sendiri perlu betulkan diri dulu ,tunaikan tanggungjawab mu sebagai muslimah yang baik” jangan takut untuk berubah, benar kita tidak semaksum nabi Muhammad tapi kita boleh jadikan Baginda sebagai contoh cu, terpulang pada mu tepuk dada Tanya iman adakah ila ingin terus macam ni,ila yakin hidup ila sampai usia tua?dan rasa tua ila itu bila? Sebab manusia terkadang tidak sedar usia mereka dah tua…? Usia muda memang menyeronokkan tapi itu lah dugaan ,atuk pernah lalui zaman muda juga cu,atuk tahu cabaran nya dasyhat..tapi alangkah indah andai usia muda tu kita penuhi dengan sesuatu yang berfaedah yang membawa kemajuan umat.contoh yang buruk banyak cu,tapi contoh baik juga tidak kurang jadi jangan siakan masa muda mu dengan malas solat, tapi jadikanlah masa mudamu sebagai pembentuk masa tua mu agar engkau tidak menyesal..masa muda ini jadikan pelaburan saham akhirat mu untuk belajar dan sebarkan ilmu”Ila tersenyum kenangan bersama arwah atuk tak mungkin luput..terima kasih tuk…walau atuk Cuma sekolah pondok tapi nasihat atuk terkesan pada hati sehingga hari ini..ila akan sampaikan aper yang atuk ajar pada student ila…ya solat itu tiang seri, hidup ila tenang kini tuk, perasaan seronok beribadat ila dah dapat rasa tuk…kalau atuk dapat lihat ila mesti atuk bangga…melaksanakan ibadat juga tidak boleh separuh-separuh kene buat sebaik dan sesempurna yang kita mampu…umpama tubuh badan takkan lengkap kalau tak ader telinga walau ada deria lain tetap juga cacat ,macam tu lah ibadat kalau dibuat ala kadar dan separuh-separuh akan cacat..ila akan pesan pada student ila islam bukan sekadar status agama tapi sebagai umat yang mengakui islam agama mereka Allah adalah tuhan mereka,Muhammad nabi mereka, al-quran kitab mereka dan kaabah kiblat mereka perlu bahkan wajib kerjakan perintah agama ,,,ila akan teruskan perjuangan ni tuk insyaAllah…Malu rasanya mengatakan cintaKepada dia kekasih AllahKerana dia insan muliaSedangkan diriku insan biasaKu pujuk jua hati dan jiwaMeluahkan rasa cinta membaraDidalam pujian ucapan selawatTanda penghargaan seorang umatSelagi upaya ku turuti ajarannyaApa terdaya ku amalkan sunnahnyaMoga didunia mendapat berkatDi akhirat sana beroleh syafaatKerana peribadinya aku terpesonaKerana budinya aku jatuh cintaRindu ku padanya tiada terkataNantikanlah daku ditaman syurgaSesungguhnya apa yang ku dambakanAdalah cinta Allah yang EsaKerana cinta kepada RasulullahBererti cinta kepada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan