Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 11 April 2010

kenangan indah

Syukur sungguh di hati ini kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengambil sedikit ilmu dimajlis perpisahan summer camp pokok sena….x pernah hati aku digetari perasaan sedasyat ini…walaupun Cuma diberi kesempatan 4 jam berada disana cukup untuk membuatkan hati ku sebak..mata ku pula basah...sungguh…! walau pun tidak lah terlalu ramai namun kehadiran keluarga dari setiap pelusuk negeri satu Malaysia yg sanggup berkorban banyak..ni membuatkan aku keharuan…ustaz disana Berjaya menghimpunkan zikir dan juga janji 2 tidak kira dari peserta 2 mahupun waris 2 yang menjemput anak 2 mereka bersama-sama untuk mencintai dan mengesakan Allah sepenuh hati alhamdullilah…suasana yang sungguh membahagiakan…terasa kasih sayang dekat benar dihati..terasa sebesar –besar rindu kepada Sang Pencipta …Indah…aku sendiri hanya melantunkan ucapan zikir yg diajak beramai 2 melafazkan nya didalam hati…kerana cuba mengawal perasaan yang luar biasa indahnya…hatiku basah…cuba mengawal dari kelihatan dipipi…tarbiah ustaz dari ustaz Indonesia itu benar 2memberi pngajaran..”mendidik anak ini umpama menjaga pokok..perlu dikawal perosak dan juga bajanya…faham lah aku..apabila diterangkan…mungkin juga aku yg masih belum berpeluang punya anak ini jadi ku ambil sebagai pengajaran untuk menasihati diriku sendiri..jauhi sahabat 2yg merosakkan..dan selalu bajai iman dengan amalan soleh serta lakukan ibadah yg wajib dengan sempurna dan serikan ia dengan ibadah sunat..subhanallah….sahabat memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi kita kerana sahabat kita adalah cerminan diri kita sendiri jadi perlu bijak dalam memilih…dan pedulikan kata org bila melakukan kebaikan…dan yg paling mengharukan apabila majlis penutupan dan penyampaian hadiah diajarkan pada hadirin yang hadir pada hari berbahagia ini..untuk merapatkan ukhuwah..fisi 2perempuan memeluk ibu 2yg ada disana dengan seerat 2pelukkan..aku jadi terharu,indahnya persaudaraan dalam islam..dicium tangan dan apabila memeluk membisikkan kalimah 2 yang baik 2 seperti cintailah Allah, janjilah jangan meninggalkan solat..apakah jika tidak merasa haru itu wajar? Tertumpah juga air mata ku cepat 2 ku kesat dengan tanganku agar emak dan ayah tidak melihat kerana aku rasa malu…selama ini jarang benar aku melakukan pelukkan itu dengan teman 2 ku..dengan saudara kandungku…juga dengan ibuku aku hanya mencium tangan Cuma itu….mungkin perasaan malu yg tak bertempat masih bersarang di hati ini…namun akan aku laksanakan secepatnya..aku ingin merapatkan hubungan dengan 2 akhowat yang aku sayang..terutama ibuku yang tersangat aku cintai .aku sengaja memilih tempat yg disediakan untuk waris perempuan supaya dapat melihat saudara2 ku yg mengenakan niqab…walaupun tempat ku sepatutnya ditempat waris2 peserta lelaki…indah…ada yg tidak mengenakan niqab ,tapi tetap juga indah…..menutup segala yg mempersona dengan pakaian yg menyejukkan mata..semoga berpeluang mengikuti pesona yg menyejukkan jiwa itu ….namun perlu diikuti perlahan 2 akan aku ushakan…perhimpunan itu indah kerana semua yg pergi itu berhimpun kerana Allah..semoga diizinkan Allah untuk aku berhimpun di majlis 2 seperti itu lagi…dan yg paling best waktu ustaz 2 disana menyarankan agar ada sesi berselawat atau membaca surah 2 dirumah bersama 2..insyaAllah bersama 2 kita cuba laksanakan …..amin…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan