Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 11 April 2010

tiada istilah couple secara islamic

Ibnu Athaillah:“la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun!” yang bermaksud “tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!” –rujukkan dari novel ketika cinta bertasbih 1 m/s 403 karya Habiburrahman El-Shirazy…… Bila terbaca yang ditulis sampai sini..aku lipatkan muka surat tu..menarik..untuk dijadikan peringatan…betul hanya rasa cinta pada Allah yang boleh sirnakan kecintaan pada manusia dan juga pada kesenangan duniawi…tapi umum kita juga cuma manusia biasa bukan malaikat suci yang bersih dari debu –debu dosa. Memang betul..fitrah..kecintaan itu fitrah..tapi jika kecintaan pada sesuatu melebihi Allah itu yang bahaya..sebab CINTA ITU BOLEH BUAT MANUSIA LUPA DIRI…aku akui..aku juga masih begitu..masih tak stabil…hati ini..terkadang lalai dengan keindahan duniawi yang sementara ..terpesona pada sesuatu..yang terkadang menyebabkan hati lalai..lalai dari memperkukuhkan cinta pada Allah…walhal sesuatu yang mempersona kan itu juga ciptaan Allah…dan seharusnya yang meniti dibibir ku adalah segala pujian hanya layak bagi Allah…tapi bila ditanya siapakah yang pertama dihati ini yang meniti di bibir ku jawapannya Allah…lemahnya hati aku…kata Allah pertama dihati tapi kecintaan pada sesuatu yang lain masih belum dapat tersirna..terkadang selalu terlupa…lalai…baru sedar perjuangan Handzalah, Sumayyah, Masyitah dan ramai lagi pejuang islam tak semudah yang disangka…BERAT ,TERLALU HEBAT teringat pada Firman Allah "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)." (Surah Al-Balad) tersedar…Hidup ini adalah untuk ibadah bukan untuk memuaskan hawa nafsu yang tak akan pernah puas sebab itu manusia lemah dan kerana kelemahan itu kita perlu berdoa agar Allah mudahkan segala urusan kita untuk lawan hawa nafsu..jihad terbesar….Ar-Rahman …turunnya ayat yang menjadi pengubat jiwa pada hati yang lemah"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28) tapi sedih..masih ada yang kolot fikirannya..couple..yang mendekatkan diri dengan Allah..adakah?..kalau iya buktikan..mungkin kalau selepas nikah..tapi aku ragu-ragu…katanya ada yang sebelum macam yang ramai amalkan sekarang ni…entahlah..barangkali aku yang silap..tapi..kenapa mengunakan alasan couple dengan Dia ni baru rasa dekat dengan Allah ,perangai lebih terjaga..ahhhh..alasan ni lama dah aku dengar…rasa macam aneh pun ader..jadi itukah yang dikatakan kerana Allah?...lakukan ibadah kerana Allah tapi bersyaratkan kalau couple dengan si dia ..kenapa aku kata bersyaratkan kalau couple dengan si dia?sebab alasan terasa dekat dengan Allah lah..kalau couple dengan dia..ni lah alasan nafsu untuk menghalal kan apa yang haram teringat aku pada satu firman Allah “Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui”.(Al-Baqarah ayat 42)…”kami jaga batas agama” ..selalu ini alasan yang diguna…..tapi..kita tak boleh nafikan kita manusia biasa bukan malaikat suci yang tak punya nafsu..dalam couple tu mesti contact juger kan? Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia…kalau couple tak ada istilah merindu, mengingati.,.membayangi wallahualam …lah..couple ke tu? Dan kalau tak contact langsung macam mana bleh tau diri sedang mabuk dengan dunia couple tu?sedangkan kawan –kawan dan kenangan lalu pun kita rindu..apatah kalau si dia yang katanya mendekatkan diri dengan Allah..macam mana leh kata jaga batas agama kalau zina berbagai jenis yang macam aku sebut tadi tu..tetap dilakukan..sedangkan yang masih berjaga –jaga hati dia dari tertawan dengan cinta manusia..pun terkadang terjatuh juga…tapi dipendam dan cuba hilangkannya.dengan Mengharap cinta Allah..sebagai manusia kita pasti akan diuji dengan situasi macam ni supaya cinta kita pada Allah lebih kuat…lebih mantap.. dan disini lah kita diuji untuk perangi hawa nafsu surah Al-Baqarah,ayat 216..Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui…sedar lah wahai sahabat-sahabat..untuk apa kita dihidupakan didunia ini..mungkin akan ader yang cakap..aku yang menulis ni memang senang cakap sebab Cuma cakap yang nak lakukan ni payah…tapi aku juga manusia…bercakap berdasarkan pengalaman bukan percakapan yang membabi buta… Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)”..Firman Allah ni yang berjaya buat jiwa yang dulu nyer tertipu dengan dakyah syaitan ni bergetar…apatah lagi bila tahu bahawa tiada couple islamik semua tu mengarut…mujur…Allah selamatkan aku perasaan malu sebagai perempuan masih menebal…kalau tak aku juga mesti hanyut..mujur..Aku tak seberani..itu untuk mendekati lelaki..sebab teringat pesanan mak.aku .lelaki kalau bersungguh –sungguh akan mengkhitbah…tak akan bawa ..angkut pi..angkut mai…..heheh..dulu pesanan mak aku ni la yang buat aku takut nak dekat dengan lelaki.dan menjaga aku dari bergaul secara bebas dengan lelaki kerana takut jatuh hati pada lelaki yang tidak-tidak .dan Cuma bila ader keperluan..tapi..itulah manusia tak boleh lari dari nafsu tapi bila tahu..dan dalami sebenar-benarnya secara islam…rasa lebih bermakna..bahkan lebih terjaga, ..islam dah tetapkan bagaimana cinta sejati..itu berlangsung antara lelaki dan perempuan..“Cinta sejati adalah cinta sepasang pengantin yang telah diredhai Allah dan didoakan seratus ribu malaikat penghuni langit. Tidak ada perpaduan kasih lebih indah dari pernikahan.”..Dan kalau masih juga nak couple padahal tahu itu adalah haram renungkan pula firman yang satu ini “ Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang berdusta lagi banyak berdosa, dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat kami, maka ayat –ayat itu dijadikan olok-olok, merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan . dihadapan mereka Neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka, sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan , dan tidak pula berguna apa yang telah mereka jadikan sebagi sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan orang yang kafir kepada ayat-ayat tuhannya bagi mereka azab iaitu siksaan yang sangat pedih., (Surah Al-Jaatsuyah ayat 7-11)…sebab itu lah aku taip..juga yang ni..beleter panjang untuk kengkawan yang aku sayang sangat-sangat ni…bukan aper..kalau ader yang non-muslim bertanyakan….atau yang baru sedar couple ni salah..tetiba ader pulak couple islamik..adoi..kan dah salah faham…sedangkan dah terang lagi bersuluh TIADA ISLTILAH COUPLE DALAM ISLAM…KALAU ADER PUN LEPAS NIKAH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan