Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 13 Jun 2010

bicara bab polygami...kenapa ramai membenci?

Poligami @ bernikah lebih dari satu dihalal kan oleh agama islam namun,sejauh mana masyarakat islam terutamanya golongan wanita mampu terima istilah poligami dalam kamus harian hidup mereka.Ana tidak pasti adakah kesemua golongan lelaki yakin benar bahawa poligami mampu diamalkan oleh mereka. Tapi yang pasti isu ini akan memanaskan hati kaum wanita tanpa mengira status samada sudah bernikah atau belum.Ana sendiri masih belum menikah jadi Ana sendiri jahil untuk membincangkan hal ini, namun ana menjadi hairan pada manusia akhir zaman ini, manakan tidak yang halal dibenci tapi yang haram digalakkan.
Ketika menulis artikel ini di blog ana, ana sendiri risau apakah pandangan ana ini akan diterima umum ? namun ana usaikan perasaan risau itu dengan keinginan ana untuk menyampaikan pendapat ana. Semoga kita semua diberi petunjuk oleh Allah S.W.T.
Ana masih teringatkan diskusi ana bersama teman-teman di dalam kelas agama ana sewaktu ditingkatan 5. Yang paling bersemangat belajar tentang poligami sudah tentu lah kaum ADAM. Dan yang kuat membantah tentulah kaum hawa. Indah sekali kenangan itu dan sudah pasti tidak ana luputkan dari fikiran ana. Ana masih ingat salah seorang teman rijal ana di dalam kelas itu berkata pada teman nisa’ ana yang sangat membantah poligami bahawa siapa yang membantah poligami akan membawa murtad kerana menidakkan sunnah nabi.. Ya ustaz membenarkan kata-kata rijal itu. Dari cerminan wajah teman nisa’ ana, ana tahu dia masih belum berpuas hati ,lalu duduk diam membisu.
Tapi poligami tidak semudah yang anda fikirkan ustaz ana menyambung hujahnya. Sekiranya anak-anak tidak menyempurnakan solat,maka si ayah dan ibu akan menanggung dosanya. Dan sekiranya anak-anak dan si isteri tidak menyempurnakan solat maka si ayah@ si suami akan menanggung dosa mereka yg berada dibawah tanggungannya .Tapi, sekiranya si suami tidak menyempurnakan solat maka dosanya tidak akan dipertanggungjawabkan oleh anak dan isterinya. Seraya teman nisa’ ana bersemangat mengajukan persolan yg berbaur sindiran pada si rijal tadi.Ustaz kalau begitu lelaki yang berkahwin 4 dan punyai anak yang ramai sekiranya kesemua yang menjadi tanggungjawab lelaki itu tidak sempurnakan solatnya maka dosa kesemua mereka itu dipertanggungjawabkan si suami dan si ayah tadi? Benar jawab ustaz.Rijal tadi masih belum berpuas hati lalu mengajukan soalan ,tapi ustaz sekiranya yg x menunaikan solat itu terdiri dari isteri2 lelaki tersebut dan anak 2nya, tapi beliau menunaikan solat,bagaiman tu ustaz? Lalu dengan bersahaja ustaz ana menjawab masih menjadi tanggungjawab bagi si lelaki tadi. Dengan diskusi yang mantap dari teman-teman seperjuangan ana faham lah ana mengapa poligami dan tanggungjawab rijal lebih berat . Hanya yang kuat iman dan mampu dari segala aspek bagi ana layak mengamalkan sunnah rasul junjungan kita.

Ana sendiri pernah dengar dari guru tusyen ana yang menceritakan kebodohan seorang sahabat isterinya kerana membenarkan suami sendiri bernikah lagi satu dengan sahabat sendiri pula tu.Ana jadi hairan kalau yang mengatakan semua ini adalah wanita mungkin ana boleh faham tapi ini dari lelaki. Lah.. mengamalkan sunnah rasulullah dikatakan bodoh ,lalu apa yg bijaknya? Bukankah si isteri itu mengambil tindakkan untuk tidak menzalimi pernikahan mereka dan menzalimi suami sendiri kerana ketidak mampuan melahirkan zuriat buat suami.Dan sekiranya si lelaki berkata begitu,bagaimana dengan perempuan yg harus hidup bermadu apabila suami sendiri menikah lagi? Bertambah tersiksa perasaan si wanita tadi. Namun lain pula dengan keadaan muda –mudi sekarang yang bercouple, itu dipandang biasa di mata masyarakat sedangkan terang –terang dalam al-Quran menetang hubungan percintaan ini seperti yang terdapat dalam Surah Al-Israa'(17) ayat 32: "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Sekali lagi ana confuse,mana satu yang benar ni? Yang halal dicela yang haram diterima lalu bagaimana?

Namun ana sebagai hawa sendiri faham bagaiman perasaan seorang wanita apabila si suami menyatakan keinginan untuk menikah satu lagi setelah segala rasa cinta dan pengorbanan telah dicurahkan pada si suami dengan sepenuh hati. Love is never without jealousy. Namun fahamkah insan bernama suami pada perasaan seorang insan yang bergelar isteri? Aisyah R.A. sendiri punyai perasaan cemburu inikan pula insan
biasa bernama isteri. Dan sekiranya kita semua kembali dan mengambil iktibar dan contoh dari perkahwinan rasullulah sudah tentu para suami akan merasa cukup dengan apa yang dimiliki. Alasan si suami untuk bernikah satu lagi dan apabila hal ini tidak mendapat kerelaan si isteri maka si suami akan menuduh yang si isteri tamak dan tidak mahu berkongsi kasih sayang. Benarkah?mungkin tapi pada pendapat andai suami mengerti perasaan si isteri seperti rasullulah s.a.w ,pasti mereka akan berfikir 1000 bahkan 1000000 kali untuk mengucapkan perkataan keramat itu, walau mengamalkan poligami ,rasullulah cukup bijak dalam mendidik isteri ,Dan pada ana sendiri kalau ana berada di zaman itu pasti ana akan mengkhitbah rasullulah seperti mana yang dilakukan oleh isteri2 rasullulah.Baginda menikah bukan kerana untuk penuhi nafsu syahwat tetapi untuk melindungi wanita. Buktinya kesemua isteri baginda janda kecuali Aisyah R.A.

Dan lebih mengkagumkan ana adalah sikap rasullulah ,tidak kesemua wanita yang mengkhitbah baginda diterima. Inikah yang dikatakan rasul junjungan kita bernikah kerana nafsu syahwat semata-mata.?pernikahan itu berlangsung semuanya kerana Allah. Dan sekiranya lelaki pada hari ini melaksanakan poligami seperti yang dilakukan rasul junjungan kita ,masih adakah wanita membantah?mungkin sekiranya ilmu di dada wanita itu masih lemah.tapi kesemua wanita yang menjadi madu Aisyah R.A terdiri dari wanita yg hebat dan beriman.tapi kalau dilihat pada situasi hari ini fahamlah ana mengapa isu poligami sensitive bagi kaum wanita yang jahil,mahupun yang alim.yang boleh terima boleh ana katakan Cuma ada 1 dalam sejuta dikalangan wanita yang membenarkan suaminya mengamalkan poligami.Manakan tidak? si suami ingin menjadikan perempuan dangdut, janda 2 segak bergya dan juga gadis seksi sebagai madu, bley ke si isteri terima?Benar perangai manusia bley berubah tp wajah nan ayu tidak ayat ni pnah ana dgr dr seorang rijal knapa wjah jd plihan utama tapi pastikah wajah nan ayu itu kekal?pastikah perangai buruk manusia bley diubah si suami andai isteri kedua diantara pilihan yg macam ana huraikan tadi?mungkin coz Allah maha penyayang tapi soal hidayah itu hnya Allah yg layak tentukan siapa yg akan terima hidayahNya sedangkan bapa saudara nabi kuat membela islam namun , tidak menerima hidayah Allah…meninggal dalam keadaan kafir dan yg memberikan dakwah itu nabi sendiri..kalau insan biasa berdakwah lalu bagaimana?adakah sume lelaki yg menikah even dgn pompuan baik2 pun kerana nak ikut sunnah rasul..x sume kan? Salah siapa andai perkahwinan kedua meroboh masjid yang dibina bersama isteri pertama?inilah yang dikatakan si suami yang tidak tahu bersyukur. Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka.Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)”
Kerana sikap segelintir manusia rakus seperti ini yang menyebabkan islam itu kelihatan seperti menindas kaum wanita sedangkan yang dapat ana lihat islam itu indah,tapi yang menutupi keindahan itu adalah adat dan sikap sesetengah manusia yang mengabaikan tanggungjawab.manusia tidak mahu memuhasabah diri lantas merasa diri layak untuk melaksanakan sesuatu yang disuruh agama tanpa mahu menyelidik untuk apa suruhan itu perlu dilaksanakan. Dalam kelas agama ustaz ana pernah memberitahu ana sesuatu yang sememangnya dalam perkahwinan itu memberi kelebihan pada kaum wanita. Tanggungjawab menyediakan makanan,pakaian,dan keperluan untuk berteduh adalah kewajipan si suami,bahkan kalau wanita tidak masak tidak berdosa baginya sperti kegagalan sisuami tuk beri nafkah dgn sengaja kerana dalam islam tanggungjawab perkahwinan bagi si isteri Cuma melayani suami , , membantu urus hal rumah tangga menguruskan anak-anak serta menjaga harta dan maruah suami sepanjang ketiadaannya. Tapi Allah itu maha mengetahui ,diciptakan wanita itu mempunyai fitrah penyayang, lembut hatinya, dan juga rajin. Jadi adakah sifat2 ini akan menjadikan si isteri tadi egois lantas membiarkan keperluan rumah tangga diurus suami sendiri? Jadi untuk apa Allah mengurniakan pahala kerja rumah yg diurus si isteri andai tidak untuk membantu suami.Bahkan rasul junjungan kita sendiri menjahit pakaiannya tanpa meminta isteri baginda melakukan hal itu,dan memerah sendiri susu dari ternakkan seandainya baginda dahaga dan setakat ini belum pernah ana mendengar riwayat hadis yang menyatakan rasulullah meminta isterinya melakukan pemerahan susu ternakkan dan menjahit pakaian baginda.semua itu dilakukan sendiri oleh baginda tanpa perlu meminta pada isteri.
Tapi yg jelas apa yg dapat ana lihat pada hari ini lelaki 2yg egois ini memandang serong pada perbuatan membantu isteri,kene queen control lah, kene bomohla.,dan nasi kangkang.Apa salah berbuat baik dan menghargai isteri sendiri?Tidak ada riwayat hadis yang menyatakan bahawa menbantu isteri akan menghilangkan kelakian seorang suami.sungguh ana belum ketemu hadis seperti ini. Maka bila para rijal ingin mengamalkan poligami fikirlah kembali mampukah kalian mengamalkan seperti ape yang diamalkan rasullulah?satu isteri juga belum tentu inikan 2,3 bahkan 4.1 isteri belum tentu mampu dididik inikan kalau lebih.Atas dasar ini wanita sangat berkira dengan si suami.Solat belum tentu cukup tapi Sunnah yang satu ini bersungguh-sungguh ingin amalkan.Tanya diri sendiri pernikahan kali kedua untuk apa?apa keperluannya? Dengan siapa? Sekiranya nya kene dengan sunnah rasullulah dan sikap si suami yg bersungguh-sungguh perjuangkan agama Allah dengan berusaha sebaik mungkin untuk mencontohi rasulullah ana rasa tidak perlu nyatakan keinginan bahkan isteri pertama kalian akan mengkhitbah calon isteri kedua anda.Bertepatan dengan firman Allah. Jika kamu mensyukuri nikmat dariku maka akan aku tambah lagi nikmat kepadamu. Jadi besyukur dan terima lah isteri anda dengan seadanya dan curahkan lah kasih sayang seperti mana baginda rasulullah s.a.w lakukan pada isteri2 baginda dan bersabarlah seperti firman Allah dalam surah al-Imran ayat 14-“dijadikan indah sesuatu yang mencintai pada apa yang diingini dan dicintai sepertiwanita,harta dan keturunan di dunia ini,namun keindahan yang terdapat dalam syurga adalahsesuatu yang akan dicintai buat selama-lamanya”. Dan apa yang perlu wanita ingat adalah pelihara maruah diri anda kerana islam mengangkat mertabat wanita seperti dalam firman Allah Suraj an-nisa ayat 15-“ wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menguasai wanita dengan paksaan dan janganlah kamu mengambil pada apa yang telah kamu berikan padanya.walaupunada sesuatu yang tidak kamu sukai yang ada pada mereka,bersabarlah sesungguhnya masih terdapat pekara baik yang ada pada mereka”.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir).
Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinan kita. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah suisnya.
. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak menjadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan.

Wat sahabat2. ana Cuma 4ward mender ni dari blog orang laen dan copy paste sesikit …ape yg patut. Sesungguhnya yg baik itu datang dari allah dan yg khilaf itu dari ana sendiri-Assalamualaikum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan