Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 13 Jun 2010

maria@ maryam

Ramai benar yang mengkagumi Aisya..watak perempuan yang solehah dalam ayat-ayat cinta..tapi aku lebih mengkagumi si Maria..sikapnya, kecintaanya, kecemerlangannya kesetiannya, kezuhudannya..…kekagumannya juga keanehannya..walau gadis kristian katholik…entahlah..aku ingin sekali mencontohi watak gadis itu..maria versi islam melayu..bukan pada kecintaanya buat lelaki yang didamba..tapi pada sesuatu yang ..logik..pada agama yang menjadi pegangan..walau tidak pernah ponteng ke gereja..dia dikurnia Allah hidayah..berkat nama yang indah..maria..yang lebih dia suka jika dipanggil mariam..berkat kerana nama..yang diukir pada al-Quran..surah maryam yang dihafal..aku sendiri..lahirnya sahaja sudah islam..ayat-ayat lazim juga tidak banyak yang dihafal…tapi watak ini membuat aku terpana..seorang yang bijak..walau ditawari..dengan tawaran sebagai wartawan di sebuah akbar terkemuka..dia lebih suka menjadi penulis bebas…iya..menyebarkan ilmu secara itu padaku lebih terasa nikmat..semua boleh berkongsi ..dan memudahkan mereka yang perlu rujukkan tapi tidak punya belanja yang cukup buat membeli bahan ilmiah.ketegasan saat ayat2 cinta Allah diperlekehkan orang islam..dia merasa cemburu kerana pengamatan yang mendalam pada ayat-ayat cinta Allah..dia dapat merasa keindahannya..tekadku..insyaallah belajar menjadi dia. Watak yang membuat hatiku tertarik..sikap pendiam..juga tertutup..bukan beerti sombong tapi terkadang bila mengasingkan diri pemerhatian akan menjadi lebih tajam..disaat hati ingin berkata-kata..walau tiada orang disebelah..kita tahu kita sentiasa bersama Allah..disaat itu mata akan mula memerhati, akal akan mula berputar…dan jiwa mula bergerak…hati mudah berkata-kata saat bersendiri..fikiran akan terbang pada kenangan nan lalu..tentang anugrah yang pernah diberi oleh Allah buat kita, tentang dosa-dosa kita , juga pada orang-orang yang pernah melewati sejarah hidup kita..juga fikiran kita akan tertumpu pada masa depan..yang paling kudamba..saat kematian sepertinya..lafaz Allah, Allah, Allah dan Allah terus..dia merasa penderitaan sebelum menikahi fahri..dan bila dia mula merasa kebahgiaan seorang insan yang bergelar isteri maut menjemput..aku menjadi…semakin..ingin seperti dia..bukan seorang maria yg cantik..tapi seorang maria yang bijak memilih..WALAU BAHAGIA CUMA SEMENTARA disini….TAPI KUDAMBAKAN IA KEKAL HINGGA KE AKHIRAT SANA…INSYAALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan