Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Isnin, 12 Julai 2010

kau berikan

suatu ketika dulu,
diberi aku satu perassan,
yang terlalu sukar untuk ku tafsirkan ,
lalu bertanya pada diri,
mengapa aku merasa begini,
aku semakin tidak mengerti mengapa dia ku pandang indah,
aku jadi tidak keruan,
memandangnya menyesakkan aku namun membuahkan sejuta kebahagian,
saat aku bertemu,
tiada kata yang mampu kututur,
kerana malu menguasai hati,
aku hanya mampu pasrah ,
semoga dia akan aku miliki,
namun dalam diam dia ku kagumi,
gelisah yang kurasa semakin membuat aku tidak mengerti,
bukan kerana makan tidak ku kenyang,
juga bukan kerana tidur ku tidak lena dan mandi ku tidak basah,
tapi kekhusyukkan padaMu semakin tersirna,
aku keliru,
aku menjadi takut,
apakah kerana dia ku minati,
lantas hilang keseronokkan menghadapMu Ilahi?
semakin pudar rasa rindu padaMu ketika aku leka dalam anganku,
angan yang memabukkan jiwa mudaku,
yang menurut dan memanjakan nafsuku,
aku menjadi malu padaMu Ya Rabbi,
Ku biarkan hati ini mabuk pada suatu yang tidak halal bagiku,
lalu terasa dunia ini mengejiku,
lantaran aku terleka pada perhentian yang menghentikan aku menuju redhaMu,
Ku tahu Engkau cemburu,
jika dihati makhluk yang kau kasihi,
ternyata menduakanMu,
Ampunkan aku Ya Rabbi,
aku tidak mahu sirnakan anugrah yang telah Engkau Beri,
sidia cuma ujian buatku,
agar aku semakin cinta padaMu,
Alhamdullilah dia kini bukan lagi dihatiku,
Yang ada kini ingin ku kuatkan rasa resah rindu menatap indah wajahMu,
Ayat-ayat cintaMu mengubat rasa pilu,
semakin aku merasa cinta KepadaMu,
dulu aku penasaran mengapa ku diuji begini,
baru kutahu,
merindu diriMu ternyata jauh lebih indah dari yang dulu,
syukurku ku panjatkan buat Mu,
semoga lafaz cintaku pada Mu meniti dibibir dan helaan nafas ku selalu.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan