Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 26 September 2010

cerita hati

menyusuri jalan berliku,
terkadang ku lemah,
disaat hati ku bermujahadah,
namun masih ku pujuk hati agar semangat ku tidak mudah patah,
untuk apa aku berubah,
jika hati begitu cepat rebah,
ingin ku pinjam tempat besandar,
disaat air mata mengalir,
bahu siapakah yang sanggup memikul tangisan,
pada aku yang hina,
yang terlalu banyak menyisa dosa dari pahala,
siapa aku dimata mereka,
aku tidak tahu,
yang ku tahu mereka jauh lebih mulia,
dari aku yang selalu berbuat dosa,
tawa mereka pada prinsipku kerana mereka tidak tahu,
Ya Allah mudahnya hambamu,
melatah marah,
jika ditanya pada gunung -ganang sekali pun,
mereka tidak mahu memikul,
sememangnya manusia itu lemah dan bodoh,
Alasan insan yang suka menyerah
" aku cuma insan , nabi Muhammad tu pesuruh Allah mana sama"
jika begitu siapa lagi yang mahu dijadikan contoh,
jika bukan nabi Muhammad sebagai ikon,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan