Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 28 September 2010

hati, owh hati

hati,
owh hati,
sabar dulu,
jangan mudah menyerah,
perancangan Allah sempurna,
sedikit pun tak menzalimimu,
jika kau rebah,
hanya kerana cemburu,
ternyata kau menzalimi dirimu,
juga Allah kerana tidak mensyukuri apa yang dikurnia pada mu,
apakah kah tidak kau malu,
pada Dia yang menciptakanmu,

hati,
owh hati,
ada perancangan Allah yang Maha Sempurna,
disebalik kesedihanmu,
disebalik kesepianmu,
disebalik kerinduanmu,
disebalik kerisauanmu,
Dia maha Tahu,
sedang engkau tidak tahu,
apa yang kau mahu,
tidak semestinya kau perlu,


hati owh hati,
apa lagi yang mengusarkanmu,
yang membuatkan kau cemburu,
ternyata nafsumu,
yang selalu kau manjakan itu.
mana mungkin baginya cukup,
kerana itu sifat nafsu,
gunakan akalmu,
anugerah Allah bukankah tidak terhitung,
cuba guna akal sihatmu,
mensyukuri apa yang telah dikurniakan padamu,
yang sedang dikurniakan padamu,
yang akan dikurniakan padamu,
perlukah engkau, wahai hati mendustakan itu,

hati,
owh hati,
belajar untuk bersyukur,
bukankah itu pemangkin bahagiamu,
yang membuatkanmu terasa malu,
kerana kebakhilanmu,
yang selalu mengatakan tidak mahu,
untuk mengakui nikmat Allah ternyata tidak terhitung diberi padamu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan