Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 29 September 2010

rindu

"manusia itu hidup dimuka bumi Allah ini kerana izin dari Allah s.w.t, seperti kamu, cuba lihat betapa ramai ibu mengandung tapi gugur, mati sewaktu melahirkan, kamu hidup disini kerana itu kehendak Allah"..benar..pandanganku tertunduk pada lantai..suasana demam peperiksaan, ketakutan sewaktu ujian pencapaian, debaran menanti keputusan, kerja rumah,..debaran menanti keputusan peperiksaan.argh...semua itu aku rindu Ya Allah...Aku benar2 merindukan ..terlihat gambar dilembah nil..subhanallah..aku ingin sekali untuk ke situ..cuma mimpi..peluang ada hanya bagi yang mampu materialnya..namun saranan dia terus berbisik lagi di telinga" menuntut ilmu hingga ke liang lahad, usahakan, saya umor dah masuk 28 baru kesini,..dekat sini yang baru datang dari malaysia umo 47 pun ader sorang mak cik ni masa masih ada lagi, dekat sini tak kira usia semua boleh belajar tinggal cuma mahu ,usaha, juga wang..untuk kesini datang la, insyaAllah saya menunggu "perkenalan lewat ruang maya ini membuka mindaku dan terus menyubur resah rindu untuk memuliakan diri dengan ilmu , agar diterima amalku disisi Allah ..Ya..aku lihat didunia itu indah namun bila teringat pagi tadi ceramah yang ku dengar membuka minda..mimpi indah melihat bahagianya mereka itu cuma fatamorgana..hakikatnya lewat fatamorgana itu ada panasnya yang membakar, namun terhias indah dengan sesuatu yang ku pandang kerana itu tersembunyi segala susah payah,..fatamorgana dunia yang ku ingin ini cuba menipu untuk aku kufur pada nikmatmu ya rabbi..hatiku masih sukar untuk bersyukur." Adik belajar lagi?" mak cik diwarung yang selalu kukunjungi setiap pagi untuk membeli sarapan buat ibuku bertanya"tak mak cik , saya dah bekerja" jawab ku biasa." senang la macam tu".seperti yang kufikir lagi..indahnya cuma fatamorgana hakikatnya dia belum tahu betapa rindunya diri ini pada dunia akademik yang telah berlalu meninggalkanku."mungkin indah yang dia lihat aku tak nampak, susahnya engkau hendak bersyukur, dia yang bukan dirimu saja nampak akan keindahan yang ada pada apa yang kau jalani, kenapa tidak dirimu..kau hanya tahu memandang keseronokkan nikmat yang ada pada yang lain hingga terlepas pandang apa yang Allah kurnia padamu" hatiku menghukum perbuatanku...teringat pada kisah nabi zakaria yang inginkan cahaya mata terus berdoa tanpa putus asa walau umornya mustahil untuk punya anak..Allah kurniakan anak buat baginda dengan rahmatnya..terfikir .. jika terus berdoa tanpa putus asa dari rahmat Allah walau mustahil..dengan Izin Allah tiada yang mustahil..ku jadikan iktibar memujuk hati yang sarat dengan rindu untuk kembali ke medan jihad itu..walau tidak lagi perjuangan ku melalui belajar secara formal, namun ku peroleh banyak hal tidak sewaktu aku masih belajar , terlalu banyak, mungkin disaat hati disirami hujan ukhuwah rahmat Allah yang mencurah dari teman-teman berbekalkan keinginan untuk kembali ke jalan pulang ku perolehi ilmu mengenal Allah..Ya Allah segala puji bagiMu. terbuka seorang profile sahabat yang barangkali punya nasib sepertiku..peluang untuk dia kembali menyambung pelajaran diusia dewasa membuat aku bersyukur..mungkin gambaran bagiku diusia ini bahawa akan ku sambung keinginan ini diusia sedikit tua berbanding teman-teman..pandang pada sudut positif Alhamdullilah Allah mengurniakan kelebihan ini agar aku merasa muda..belajar bersama adik-adik mungkin disaat itu aku sudah bersedia dan pemikiran lebih matang juga dari segi kewangan tidak lagi membebankan kedua orang tua, barangkali lebih istimewa aku menanggung pengajianku hasil dari titik peluhku, tidak sesusah teman-teman yang membuat pinjaman Allah maha Tahu, boleh jd kamu mbenci sesuatu, padahal ai amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu myukai sesuatu, padahal ia amat buruk bg mu.. aku berpegang pada firman Allah yang ini untuk ku pujuk hati..semoga Allah memudahkan urusanku sepertimana urusan professor sidek baba yang begitu susah payah menyambung pengajian yang dulunya terasa mustahil..semoga Allah mengabulkan doaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan