Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 29 Oktober 2010

alhamdulillah

Alhamdulillah ya Allah. Kau sedarkan aku dari lena ini untuk yang sekian kalinya setelah jatuh dan bangun dalam menyusuri jalan dakwah yang penuh ranjau dan duri. Kau sedarkan aku betapa aku yang memerlukan Mu walau sedetik pun sedangkan Engkau tidak beroleh apa manfaat dariku dan aku hidup kerana rahmatMu, kerana KasihMu yang tidak bertepi. Mungkin Ya Allah saat aku petah memberi hujah betapa bahaya menaruh hati pada insan yang bukan halal aku teruji benar Ya Allah ia berat sekali, jika tidak kerana rasa malu anugerah berharga dariMu buat hamba-hambaMu yang bernama perempuan Kau titip padaku entah apa yang berlaku aku tidak tahu..masa pantas berlalu benar kata-kata pujangga "Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti." Ternyata ujian ini berat bagi seorang yang baru menjejakkan kaki ke alam pentarbiahan diri. Benar jika ingin membenci sekadarnya barangkali Allah akan menguji hati merasakan perasaan yang sebaliknya..namun ku bersyukur sekali kalau tidak kerana ujian ini pasti hati yang terlanjur angkuh padaMu mengira bahawa hati tidak akan mudah dibolak balikan..aku menyesal ..Ya kelemahan ini bukan untuk ditangisi tapi untuk diperbaiki. Seiring waktu paling lama 6 tahun paling cepat beberapa bulan untuk melupakan semua ini..Mujur Ya Allah saat hati merindukan maksiat Kau persulitkan..kata -kata hati untuk apa aku ukirkan semua ini..untuk ku kongsi pengajaran jauh sekali mencari populariti dari hari ke hari tanamkan azam perbaiki diri menjadi seindah mawar beduri.. buat dia yang pernah hampir mendekati hati semoga jika dia tidak membawa kebaikkan pada agamaku juga tidak terukir nama di lauh mahfudz buatku ku doakan agar hati ku tenang selalu dan mampu ku luputkan ingatan jauh dari mengenang semua yang berlaku “Ya Allah, Engkau telah takdirkan, dia bukan milikku… bawalah dia jauh dari pandanganku, luputkanlah dia dari ingatanku…dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah, ya Tuhanku Yang Maha Mengerti, berikanlah aku kekuatan, menolak bayangannya jauh dari hidupku..”
" Ya Allah jadikan musibah ini sebagai perladangan pahala buat ku, izinkan aku mencambah benih sabar dan taqwa agar ujian ini semakin mendekatkan aku padaMu, Ya Muhaimin lindungilah hatiku agar tidak jatuh berulang kali seperti selalunya..ampunilah aku yang selalu khilaf kerana jahil mengenalMu, aku yakin Ya Allah Kau tidak mengurniakan apa yang ku mahu, tapi Kau kurniakan apa yang Ku perlu, Ya Allah saat ini jika berhasil ku melangkah pergi jagalah Hatiku agar ia terhala hanya kerana cinta padaMu"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan