Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 30 Oktober 2010

berubah

Assalamualaikum, malam yang sejuk teringat saat aku berani memulai langkah akhirnya aku tiada pilihan lain melainkan melanjutkan pengajian walau harus ku ulang kembali untuk meyakini ke dua orang tua ku. Saat ini ku rasakan dunia ini aneh sekali. Dulu drama bersiri jepun berkisarkan suka duka hidup sebagai seorang paramugari menyebabkan aku pernah menyimpan angan-angan untuk punya kerjaya glamour seperti itu. Apatah lagi jalan untuk aku menyusuri kehidupan sebagi paramugari sangat terbuka luas dengan kehadiran kenalan rapat pak cik ku yang akan membantu Cuma tinggal setuju dan harus kredit bahasa Inggeris.
Ternyata aku tidak punya fikiran matang saat itu. Aku tidak memohon langsung kemasukkan ke universiti juga politeknik aku tidak punya hati untuk membuat pinjaman bagi meneruskan pengajian aku benar-benar ingin bekerja. Punya pendapatan lalu aku akan fikirkan untuk lanjutkan pengajian dengan wangku sendiri . Aku diberi peluang menyambung pengajian ke tingkatan 6 aliran sains . Apa tidak gila, aku benar-benar hanya meneruskan pengajian kerana aku punya target bahawa sebelum STPM aku harus mendapatkan kerja sebagai seorang jururawat mahupun paramugari yang dulu aku idam-idamkan namun ayah ku bekeras dia mahu aku belajar dulu jika punya peluang mendapat kerja dan ditawarkan biasiswa untuk pengajian kejururawatan dia akan mengizinkan untuk paramugari katanya“ tangguhkan dulu, ambil STPM”. Aku tidak hampa kerana aku menaruh harapan tinggi untuk menjadi seorang jururawat Cuma itu . Lalu ku gunakan masa di tingkatan 6 sebagai pengalaman dan untuk ku penuhi masa lapang.
Alhamdulillah ketika aku mula beranjak usia menjelang 20 tahun selesai mengambil STPM, Aku sedang mencari –cari identiti diri. Iya masa muda ku ketika 18 dan 19 tahun ku habis kan dengan sia-sia ku lakukan pekara yang tidak punya faedah sama sekali. Jiwa ku kekontangan tarbiah, tambahan pula di sekolah ku pelajar tingkatan 6 Cuma 20 orang dan melayu perempuannya Cuma 2, aku benar-benar kesepian mencari teman menuju cinta Allah..ku lewati hari-hari di sekolah dengan pekara yang sia-sia namun aku masih beruntung punya ustazah-ustazah yang aku kenali jika punya waktu senggang ku bertemu namun Cuma sebentar kerana dibebani tugas sebagai pengawas sekolah kerana dipaksa wajib bagi pelajar tingkatan 6. Jika dulu berpeluang menghadiri ceramah-ceramah disekolah masuk tingkatan 6 , selama 2 tahun aku hanya hadir sekali ketika qiamullai itu pun setelah aku diberitahu lewat lalu aku berkumpul bersama-adik-adik kerana sahabat ku ketika itu keadaan tidak mengizinkan untuk menyertaiku.
Dan ketika selesai STPM aku mengalami krisis jiwa yang hebat. Aku benar-benar merasa kosong dan aku mencari jawapan kekosongan itu. Ketika itu aku terpandang iklan di freindster tentang penjualan niqab. Ya jujur aja sekadar suka-suka aku ingin milikinya satu. Aku pernah terbaca tentang satu artikel dari ukhti yang menjual niqab ini dan pernah ku copy paste nya di file ku lalu ku buka subhanallah “Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.” Aku benar-benar terpana! Hebat nya, wanita rupanya begitu istimewa disisi Islam. Lalu ku putus kan aku harus berubah! Dan diwaktu ketika yang sama aku melewati laman web jaringan sosial freindster tentang "tiada istilah couple secara islamik oleh seorang ikhwan". Aku banyak menanyakan soalan mengenai itu kerana aku masih keliru, ku kira istilah itu wujud kerana rakan seperjuangan ketika disekolah dulu ada yang begitu sopan menutup aurat namun bercouple jadi ku kira ini tidak salah mungkin aja aku anti sosial sedikit kerana bersikap terlalu tegas dengan lelaki.
Masa terus berlalu seiring dengan waktu aku terus mengkaji tentang sejauh mana tiada istilah couple secara islamic melalui internet...dan bertanyakan pandangan ikhwan itu . Dia minta agar aku berbincang hal ini sesama perempuan lebih mnjaga kesucian hati. Kusambut baik pandangannya. Alhamdulillah Allah mengurniakan teman yang baik kepadaku dia si penjual niqab yang baik budi darinya dan nota-nota yang pernah dipost dibuliten freindster ku copy satu persatu dan kubaca. Alhamdulillah terbuka hati untuk aku mula serius menutup aurat setelah tahu betapa seorang wanita itu terlalu berharga dari dipandang dengan pandangan kotor dan menjijikkan.
Ketika mula hendak istiqamah menjaga auratku aku diuji dengan panggilan untuk ditemuduga sebagai seorang paramugari. Tambahan pula aku yakin bahawa keputusan STPM yang bakal terumum tak mampu membuatkan aku melanjutkan pelajaran kemana-mana kerana aku tidak serius belajar sepanjang tempoh dua tahun. Hatiku benar sarat kebimbangan antara kerjaya yang tetap juga dengan redha Allah yang mana harus ku pilih?
Lalu ku putuskan untuk menunggu keputusan STPM yang dah memang pasti dasyat teruknya. Sepanjang melewati saat terdasyat dalam hidupku apabila rakan -rakan satu sekolah melangkah kaki ke universiti aku mula menyesal . Aku lewati sisa-sisa hari dengan bekerja. Lalu ku putus kan untuk itu aku harus dalami islam sedalam-dalamnya kerana banyak yang aku tinggalkan sepanjang waktu ketiduranku(leka).
Alhamdulillah kedua ibu bapaku bersetuju untuk aku sambung belajar apa bila aku menunjukkan keseriusanku namun sekali lagi tawaran pekerjaan yang ku idam-idam dulu datang bertamu. Ku putuskan tidak mahu . Aku yakin sekali rezeki itu ketentuan Allah aku dapat lebih dari yang ku mahu. Aku ingin perjuangkan islam selama hayatku. Iya aku juga mungkin akan mengatakan hal yang sama seperti mereka suatu ketika dulu" bodoh kerana menolak rezeki". Namu aku yakin jika mereka tahu hakikat ujian ini aku akan dikatakan lebih bodoh jika menyetujui ingin bekerja sebagai paramugari.
Bukan menghina cuma aku tidak mahu lagi sesuatu yang glamour seperti itu. Aku lebih selesa bagini. TIADA IKHTILAT ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN JIKA TIDAK PERLU, TIADA LAGI PANDANGAN MATA PUNYA NIAT JAHAT MEMANDANG , TIADA LAGI MEMANDANG KEINDAHAN YANG HAKIKATNYA PALSU. ..semoga Allah mengistiqamahkan hatiku dalam memperjuangkan islam.


aku adalah aku,
memperjuangkan sesuatu yang aku yakini sebagai peganganku,
Allah tuhanku yang satu,
Muhammad s.a.w , aku adalah ummat mu,
islam agamaku,
al-Quran kitabku,
kaabah qiblatku,
maafkan aku , aku bukan penipu,
kerana aku tidak mahu kembali pada silamku,
aku cuma mahu berubah pada sesuatu yang lebih baru,
sesuatu yang membawa kebaikkan pada diri dan pesekitaranku,
jika syadid tuduhanmu padaku,
ternyata ia tuduhan palsu,
mungkin kau tidak memahami kehendak jiwaku,
lalu sesuka hatimu membuat pertuduhan itu,
jika kau merasa bahagia berbuat begitu,
teruskan perbuatanmu jika ia menenangkan hati yang tidak mampu kau tipu,
engkau yang aku kenali dulu,
sehingga detik ini sayang tetap tidak berubah bahkan mendalam berbanding dulu,
maafkan aku jika kau terluka kerana itu,
bukan niatku menyakiti kau yang sentiasa ku rindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan