Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 26 Oktober 2010

rindu

tanpa sedar bercambah benih yang meracun halaman hati. ku cungkil semampuku lalu ku lontar sejauh-jauhnya agar tidak kepikiran lagi. Aku membenci resah rasa ini..kerana ia membuahkan dosa yang akan menghancurkan aku selama-lamanya..kenapa rasa itu muncul lagi? sedangkan ianya tidak kuingini sama sekali apakah alasan normal untuk ku rasa lalu ku biar resah ini meracun hati?tidak aku harus bertegas pada diri sendiri CINTA HAKIKI HANYA JIKA DIREDHA ILAHI bukan kerana hati yang menyukai hingga aku tertipu lagi..YA ALLAH aku merindu dan ingin menjadi bidadari..namun masih tersembunyi segala hikmah kenapa aku diuji begini .Aku ingin melangkah pergi dan melindung hasrat hati semampu ku kerana aku inginkan walau cuma secebis rasa cinta Rabiatul Adawiyah buatMu Ya Rabbi..lelah kelmarin masih ku rasa..mengapa YA ALLAH..adakah telaga khausar yang kau kurniakan akan menyembuhkan lelah hambaMu, menyegarkan badan yang letih setelah bergelut dengan serigala dunia yang ingin menerkamku..apakah aku mampu meneguk titisan kasih rahmatMu itu..wahai Tuhan yang ku rindu...YA ALLAH..aku perlukan pendukung cita-citaku untuk terbang menatap wajah INDAHMU..aku sayap kirinya..manakah sayap kanan ku..adakah dia sudah terbang meninggalkan aku disini..aku cuma inginkan rindunya YA RABBI..bukan pada sayap-sayap yang tidak ditakdir buatku..hadirnya mereka dugaan berat buatku..kerana jiwa ku bergelodak sama..mungkinkah, mungkinkah kerana jiwa kotor ini menghilangkan resah rindu hanya buatMu..layak kah diri sehina ini dihadiahkan sayap kanan untuk ku menumpang kasih serta memandang wajahnya lalu membuatkan hati merasa lapang kerana kesolehannya?...YA ALLAH Kau penentu takdir terbaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan