Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 16 November 2010

bos (versi muslim & non muslim)

Assalamualaikum...

Hari ni rasa terharu pun ader alias hairan bin ajaib. Terhenti idea menulis novel untuk masa skrang. Sebab minda ku tertumpu pada satu peristiwa kebelakangan ni.dulu masa mula2 carik pengalaman kerja..dengan yakinnya kaki ini melangkah...heheh..kan bos melayu nak solat mesti tak banyak songeh punyer..tak kan dia tak tahu kewajipan hidup kat dunia ni untuk aper kan...dah masuk waktu zohor...aku tgok senior kat tempat keje still wat dono..aku pun wat la..dono..hai dah masuk setengah jam ni..aku minta izin beransur nak gi solat dulu..muka bos tu bertukar menjadi merah..heheh(alah tak takut pun boleh buat aper la sangat kalau dia marah) sambil berkata" kau nak g semayang boleh tapi kalau short kau bayar! kalau kau cayer dekat kawan kau boleh tinggal duit ni dekat dia..." istighfar panjang aku..dengan berbekal kan tawakal fasal short ke long ke duit tu aku gi la solat dekat stor sempit tu..korang tahu perasaan aku? sedih pun ader bos kita islam tu...lps tu sehari je terus aku minta berhenti..masuk keje campur dengan mak cik pak cik, kakak. adik2 kat satu syarikat terkenal la sangat tu..yang best bosnya semua melayu satu bos lelaki dan perempuan ni aku respect abis..diorang ni mmg baik..solat diutamakan kerja lps tu. bos yang lain sedih skit..keje no1..solat ke tak korang kalau ada prob waktu keje habis kan tu dulu..." tension2...tapi tahan gak aku lima bulan sambil air mata ber cucuran (kene buli dengan orang tua perangai bebudak korang bayang kan!) ...akhirnya dengan penuh rasa haru aku berhenti rezeki insyaAllah Allah dah sedia buat aku...fobia jugak la nak keje lepas tu disamping kerinduan membuak2 nak g study n kerinduaan pada tarbiah macam zaman sekolah dulu..jadi la penanam anggur tidak komersial ..waktu tu rasa lapang...jadi rezeki ..dapat keje lagi best..tapi risau bost dia non-muslim..faham ker dia bila aku kene break kejap..ehem ..ku bulatkan tekad ku padukan tawakal..lantak lah...rezeki ditangan Allah try dulu...selama aku keje dengan dia sampai skrang kalau nak berhenti nak solat..dia izinkan..tak puas syukur aku panjatkan..siap ada surau dekat tempat keje ni..kalau terkenang kene solat distor dulu..sedey wo...ada hari tu rakan sekerja baru berhenti tinggal la aku dan dia dkt tempat keje..dah masuk solat zohor..ada kerja aku kene buat tetiba dia handle..aku pun tunggu macam ada problem ker? dia buat keje aku tak pandang aku pun...tengah buat keje dia cakap" aiya Jannah you pergi sembahyang dulu nanti I mahu keluar ha"...korang tahu..aku rasa haru bos non-muslim faham dari bos muslim sendiri....waktu gi ke tmpat solat tu mengalir air mata keharuan tu...Ya Allah kalau lah bos tmpat dulu macam dia......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan