Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 14 November 2010

mood rasa nak tulis novel je...

Assalamualaikum...alhamdulillah hari yang indah, Allah masih membuka pintu taubat buatku detik ini kerana nafas masih mampu ku hela...hurm..mood macam nak tulis novel...sebelum pergi, dan barangkali tak punya peluang untuk menulis lagi, nak tempa saat yang menyibukkan diri. Menyibukkan diri agar usia terasa singkat, masa terasa cepat juga tak memikirkan sesuatu yang tak punya faedah pada diri. Berkarya?mood rasa nak tulis novel je..tajuknya"Kerana cintamu syarat menuju firdausi" ehem, baru sikit jer...masih kekontangan idea .Tentang wanita yang dah bertunang . 4 hari lagi nak kahwin baru tahu sebenarnya tunang dia bertunang kerana mak tunang dia , bukan kerana ikhlas . Lastly, suami dia ni jatuh hati kerana baru faham kenapa sbelum bertunang, waktu bertunang, dia x nak solek, jarang nak berbual dengan lelaki sebarangan dan bermula saat jatuh hati dari hati naik ke mata. Namun ketika 4 hari sblum nikah dia ada hntar e-mail mnyatakan tmpoh pernikahan diorang. ketika hari terakhir dekat tmpoh penceraian yg diyata suami dalam e-mail dulu baru siisteri membalas e-mail suaminya yang sebenarnya dah dibaca 3 hari sebelum menikah...nantikan..heheh itu pun kalau ada idea mengarut(mengarang)

surat bakal husband untuk isterinya dalam novel yang bakal aku karang kalau larat

assalamualaikum saudari Elya Maisarah binti Ahmad Husni,

"kehadapan engkau yang bakal aku nikahi. Maafkan aku kerana tidak jujur padamu selama ini setelah kita bersama melewati detik pertunangan selama 6 bulan tanpa ada berhubung sama sekali sepanjang tempoh itu. Menjelang lagi 4 hari kau ku beri peluang untuk memutuskan ingin berdamping denganku namun sengsara menikah denganku tanpa aku punya rasa cinta sama sekali terhadapmu atau kau punya peluang memilih seseorang yang akan mencintaimu kelak dan kau hanya perlu beritahu pada orang tuaku kau tidak mahukan pernikahan ini. Maafkan aku detik kita bakal diijab kabul terlalu hampir, namun masih belum mampu ku pujuk hati untuk membuka ruang walau sedikit terhadapmu, walau aku mengenalmu perempuan yang baik-baik dan kita hanya bicara ketika bertaa'ruf aku masih belum dapat membuka hatiku untukmu. Ya aku tahu kau mawar terpelihara, namun wajah mu masih belum mengetarkan jiwa lelakiku, keibuanmu tidak pernah terlihat olehku dan sikap mu yang cuma bercakap ketika kau hanya punya perlu menguatkan kata hatiku. Kita tak mungkin akan serasi dan bahagia dengan sikapku yang mahukan insan penuh pengertian serta mampu menghiburkan hatiku dengan telatah manja serta wajah terhias yang mampu meghilangkan keletihan ku ketika pulang dari kerja. ku lihat pada mu sejak mula ku kenal siapa engkau , sedikit pun tidak ada yang menarik hatiku untuk ku dekatimu apatah lagi menjadikan engkau isteri sungguh tidak pernah terfikir olehku. Pastinya engkau kehairanan jika aku tidak mahu kau menjadi isteriku mengapa kau ku lamar, sesungguhnya itu mahu ibuku. Aku menolak dengan sepenuh hatiku, namun aku tersepit dan tidak mahu menjadi anak derhaka. Aku harap engkau kan mengerti dan kata ibuku pernikahan ini hanya akan terbatal CUMA JIKA KAU MENOLAK. .Namun jika kau masih meneruskan pernikahan ini, aku ingin kau tahu kau tidak pernah punya peluang mencuri hatiku dengan pucat wajahmu, mencuri hatiku dengan pakaian yang hanya layak dipakai wanita seusia ibumu. Pergaulanmu yang terlalu terbatas tidak mengetarkan inginku, juga sikap dinginmu padaku seperti mana ketika kita pernah terlibat bersama dalam sebuah kumpulan dketika dizaman persekolahan membuatkan aku terfikir apa kau tidak tahu makna cinta sejati antara lelaki dan perempuan? apa kau tidak punya keinginan? senyum yang menjadi pemikat lelaki sejati tidak pernah kau hulurkan kecuali pada ibu dan kakakku,kenapa kau begitu hipokrit? Kau sendiri tahu dari dulu Balqis yang aku mahu, Balqis wanita idamanku, wanita solehah namun terhias wajah dengan busana muslilmah yang mengetarkan jiwa setiap lelaki yang memandang serta ramahnya membuat kelakianku begitu ingin memilikinya. Bandingkan dia denganmu, kau tidak mampu menjadi dia yang mencuri hatiku. Namun kau menghancur segalanya disaat menerima lamaran ibu untukku,mengapa? Jika kau masih mahu menghancurkan peluangku memperisterikan Balqis, aku akan menyiksamu dengan pernikahan kita yang sementara. genap enam bulan pernikahan kita kau akan aku CERAIKAN!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan