Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 5 November 2010

FAHAM

Banyak pekara kat dunia ni yang kita tak boleh faham. kenapa? sebab kita x pernah faham dan kalau ada peluang untuk memahami kita x nak peluang tu dan kita tolak peluang tu mentah-mentah. Anda tahu kenapa? kerana ego. Dan maaf kalau ayat kali ini agak kasar ..kerana KEJAHILAN kita sendiri tak nak buka mata hati untuk memahami. Macam mana nak memahami sedangkan kita lebih suka buat kesimpulan sendiri tanpa mengkaji. Astaghafirullah..,apa yang saya merepek ni. Ya..mungkin sebab tidak berpuas hati. Mungkin juga rasa letih atau kurang husnuzhon atau mengada-ngada. KENAPA SUSAH NAK FAHAM NI! kalau kita ingin orang lain memahami kenapa tidak mahu memahami?contoh satu pasangan baru nikah. Dan sewaktu si isteri menghidangkan makanan pada suami dan suami marah-marah kerana tawar atau terlebih perisa..susah atau rugi sangat ke nak beri kefahaman pada isteri dengan cakap baik-baik" awak masak sedap dah ni, tapi kurang garam lain kali lebih kan sedikit ye sayang" apa yang rugi? tenaga jimat dari marah-marah, emosi isteri terjaga, awak dapat pahala kerana sabar..CUBA FAHAM! INI LAH UJIAN..ujian untuk kita faham orang lain dengan lebih diplomasi..cuba fikir balik bukan semua benda tentang kita orang tahu. Juga buat isteri bila suami terlupa ulang tahun pernikahan. Apalagi muka yang merah padam yang terhidang buat suami yang pulang kerja dari keletihan. Berbaloikah dapat dosa kerana menyakiti hati suami semata-mata hal seperti ini. Tak salahkan kalau cuba faham bukan cuma hal ini yang suami perlu ingat!

Mungkin jika hidup begelar insan hal ini susah untuk dielakkan. Hubungan yang wujud sesama insan hanya akan mendapat keredhaan Allah jika kita mahu memuliakan dan menghargainya. Teringat aku pada satu ketika sewaktu persekolahan."kalau kau tak nak ambil borang tu dekat cikgu untuk aku, mulai detik ini kita tak payah berkawan" .Harga sebuah persahabat cuma dinilai dengan satu borang! Ya Allah murahnya mereka menilai sebuah persahabatan..

Sehingga kini masih tertanya-tanya..kenapa? kenapa? dan kenapa? mungkin hal yang yang dipandang oleh insan terlalu ringan menjadi sesuatu yang besar buat mereka..apakah kepentingan itu lebih berharga dari ikatan sebuah perhubungan? Berkecil hati itu lumrah hidup berhubungan..kalau belajar erti sabar susah benar nak memperaktikkan. Entahlah..manusia lemah memang selalu keterlaluan.
Cerminan..sahabat cermin pada diri sendiri..kenapa kita rasa susah insan untuk faham diri kita? jawapan pada diri dah ada kerana kita belum cukup memahami orang lain. Memang terkadang rasa tertindas tapi kenapa tak cari punca? kalau kita mencari punca insyaAllah boleh diselesaikan dan bukankah segala sesuatu berpunya dari Allah yang menciptakan? Nah , dari sini kita tahu SEMUANYA UJIAN..

1 ulasan:

  1. mood letih gila..tapi sebuah ikatan itu anugerah yang tak boleh sekali-kali dipersiakan..walaupun ikatan sebuah persahabatan..sementara masih diberi kesempatan belajar ikhlas menerima barangkali ini ujian atau masih punya salah yang tak dapat nak dia luahkan mungkin kalau dia luahkan mampu buat hati semakin terasa menyakitkan..Ya Allah ..kuatkanlah aku..besarkan lah imanku lebih dari besarnya ujian yang menyakitkan..semakin menjadi-jadi tekanan darah rendah..semoga normal balik semuanta

    BalasPadam