Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 6 November 2010

lamunan hati

Alhamdulillah..diberi peluang bernafas...beerti masih terbuka pintu taubat..sepertinya ada kelapangan namun terselit kegusaran..indah kah hari jika ada yang disakiti ? Allah mengetahui serahkan semua pada Dia, Dia pemilik kehidupan dan kita cuma mengurus dan menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya dan jalani hari penuh amanah beserta zikrullah.

Subhanallah awan yang indah kelihatan dipagi hari. Teringat pada sahabat yang suka merenung langit biru, apa khabar dia hari ini? sihatkah? sejahtera kah? walau apa pekhabaranmu ku doakan kebaikkan dunia akhirat. Rindu juga pada gadis yang memelihara diri muslimah dibawah bayu. Dia bagaimana ya? sihatkah? semoga Allah memudahkan segala urusannya. Teringat pada warna , nama seorang kakak..bagaimana ya dia? persiapan walimahnya bagaimana? aku rindu ingin berjabat dan memeluk semuanya. Mahu kah mereka? rindukah mereka seperti kerinduan yang dihadir ke dalam hatiku oleh Allah?

Tercapai kah hasrat hati? jika cuma kerana sekeping ijazah aku tidak akan seresah ini. perjuangan islam melebihi itu. Dan dijanji Allah dimudah jalan ke syurga buat yang menuntut ilmu. Alhamdulillah ayah dan ibu memahamiku kini. Cuma kasihan pada ibuku, pasti dihubungi seharianku menanyakan makan minum kerana tahu benar dia ulahku jika asyik makan dan minum pun terlupa.
Ya Allah hati mula merasa nyaman dengan semua suasana ini. Cuma masih terasa kekurangan , dari insan yang terasa sakit denganku, jika dekat jarak pasti dia tidak akan ku biar diam mengelakkan kewujudanku yang tidak senang diri ini memperlakukannya begitu. Iya dia lain belum pernah bertatap mata langsung, seperti sahabat nakal Hafizoh yang ku rindu yang sering suka merajuk kerana kenal sifatku tak akan tinggal diam selagi rajuknya tidak kupujuk. Hinggakan dia pernah mengaku pada sahabat ku yang lain" aku suka merajuk dengan jannah , mesti dia pujuk aku punya walhal aku tak marah pun". Iya jujur aja itu antara pekara yang paling aku benci dalam hidup memujk tapi dalam masa yang sama kebencian itu seiring dengan ketidak tenangan selagi masih ada insan kesayangan yang terluka kerana ku. AKU TERSIKSA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan