Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 23 November 2010

OPAH





Musa berkata kepada kaumnya:”Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. (QS. 7:128)








Merenung masa depan.."andai tiada iman dan islam nikmat agung dari Allah entah apa jadi kat aku"...memikirkan masa depan..normalkan? bahkan kerisauan psti tak berkesudahan jika manusia itu sedar pengengam takdir itu adalah Allah yang Maha Mengetahui segalanya..hari ini barangkali tudung dan jubah menjadi pilihan hari esok t-shirt ketat siapa yang tahu? banyak dah bende-bende macam ni berlaku..hati milik Allah mudah saja Dia bolak-balikkan jika Dia mahu..Hidayah..dalam ramai-ramai manusia yang ada dimuka bumi ini..hanya insan yang terpilih dan ditapis melalui dugaan yang Dia beri akan menerimannya..INGAT! bukan kerana usaha tapi kerana rahmat-Nya. Sepanjang menyusuri kehidupan , ada pengalaman yang memeritkan..juga ada pengalaman yang mengembirakan tapi semuanya tidak kekal..kerana jika gembira Allah mahu mengingat kegembiraan didunia sementara kebahagiaan abadi bila dapat kita tatap wajah mulia-Nya. kalau sedih kenapa tak kekal? kerana Allah mahu hamba-hamba-Nya tidak putus asa.Putus asa pada rahmat Allah beerti telah sesat . bukan aku kata tapi terkandung dalam Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr, ayat 56) Sedar diri sendiri bukan pelajar sekolah agama. Bahkan terlalu jahil berbicara bab agama. Entahla...terasa rindu benar pada suasana terbiah penuh kasih sayang. Macam masa zaman kecik-kecik dengan Opah..Melalui dia terhafal..ayatul Qursi, Ikut kelas agama..dia bimbing tangan waktu pergi dan balik kelas..sayu jer..sekarang Opah sakit kene kanser ovari tak boleh dah dia pimpin tangan aku macam dulu..cuma Aku gantikan tugas dia..kalau dulu dia ajarkan ayat-ayat al-quran selalu ajak aku zikir sebelum tidur sekarang ni bila balik kampung..aku akan baca terjemahan Al-Quran yang baru aku beli..aku tadabur tepi opah sebab opah aku buta huruf..dia tak pandai baca rumi..sekarang opah kurus..aku sedih tapi apa daya aku?kalau dulu opah yang tahu aku kuat makan waktu kecik bila lapar cepat je dia masakkan..bila paksu pegi kedai dia suruh paksu belikan makanan ringan..tapi sekarang aku nak bancuh susu untuk dia je pun tangan aku terketar-ketar takut salah sukat..kadang-kadang dia hairan kenapa aku tak nak campur dengan anak-anak di kampung tu ..bukan berlagak tapi aku lebih suka duduk tepi opah dengar dia cerita apa yang diajar dalam kelas agama yang ada di kampung. Fasal kisah nabi-nabi, zikrullah yang dia selalu ajarkan.."opah kak cik minta maaf, kak cik tengah usaha untuk jadi cucu solehah, anak solehah, adik solehah, kakak solehah , anak saudara solehah, tapi nurul belum mampu jadi isteri, menantu dan ibu solehah macam yang opah nak tengok, tentang tu masih terlalu jauh nurul takut nak fikir, opah nak cicit dari nurul kan? tentang tu nurul tak boleh janji. opah doakan nurul berjodohan dengan bakal ayah pada bakal cicit opah yang mampu kawal nurul dan urus emosi nurul yang cepat tersinggung ni yer, opah nurul banyak nak cerita pada opah macam masa kecik-kecik dulu. tapi cerita tu terhenti bila opah sakit terus lepas bedah buang ovari tu, tak boleh buat chemo" opah selalu menyejukkan hati bila tengok nurul susah hati sebab interview tu kan?opah pun cakap kalau dah rezeki tak kemana. nurul nak jadi opah macam opah...nurul rasa tak sabar nak tengok muka opah masa muda. kata mak , muka kita sama..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan