Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 10 November 2010

seiring perjalanan waktu

seiring perjalanan waktu,
semakin dekat ia menghampiriku,
ilmu yang bermanfaat agar kekal ku bawa mati,
masih belum mencukupi,
buat bekalan di akhirat nanti,
kekal kan harta dengan mewakafkannya masih perlu dicari,
lalu peluang apa yang masih ada lagi?,
Ya Allah aku masih mencari,
pada apa yang mampu ku bawa menghadapMu nanti,
jujur sahaja aku terlalu takut untuk mati,
sedangkan dia hadir semakin menghampiri,
Ya Allah jangan biar hambaMu ini rugi,
bila tiada satu mampu ku bawa hasil dari perjalanan ini,
Ya Allah perjalanan ini meletihkan sekali,
inginku bawa hati ini untuk mencintaiMu sampai mati,
namun syurga dan neraka berada dikanan dan kiri,
tersalah kata memakan diri,
Wahai Engkau yang Maha Mengetahui,
ku adu resah kerana Engkau Maha Memahami,
Resah melihat peluang meraih syurga tidak dipeduli,
bahkan Seenaknya peluang itu dicaci maki,

Sedang aku masih menunggu,
Menunggu peluang syurga yang ada disitu,
namun kesempatan terlalu awal untuk diizin padaku,
ku yakin segala aturan Mu terbaik buatku,
Ya Allah sementara aku masih belum memiliki kesempatan itu,
Tunjukkan jalan satu persatu,
Agar mataku tidak terlindung jalan menuju redha-Mu,
Mungkin berjuang sendiri ketika ini terbaik buatku,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan