Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 6 Oktober 2011

( yang lebih Mulia)bila keyakinan ku datang-copy from ayat-ayat cinta)

assalamualaikum...

Bila keyakinan ku datang..
best part ni..tersirat beribu makna dari ayat ni, personaliti seorang kristian khatolik yang agak dikagumi dalam ayat-ayat cinta..Hugrh..BOSAN..lagi-lagi cinta..seperti sifar ibrah yang dapat dipetik dari lima huruf ni.

Sifat pengasih, sifat pecinta..al-wadud..antara asma Allah kan? tak dapat nak singkir kan dari kehidupan kalimah keramat ni. Kerana asas CINTA ITU ADALAH KEYAKINAN. seperti rukun berukhuwah..ada husnuzhon, begitulah rukun cinta..pertama-tamanya adalah keyakinan. Kenapa mesti ayat ni? CINTA? bosan bagi yang menjaga..namun relevenkah bila cinta ditolak secara total? opsssssssss!!! jangan buat kesimpulan dulu...bukan cinta jika tidak ada keyakinan. Cinta bukan definasi ikatan cuma antara lelaki dan perempuan kan?

Ibrah.
jika hati pernah dikotori,
bukan beerti perlu bunuh diri,
bahkah cinta zulaikha pada yusuf juga mengenalkan dia pada kecintaan hakiki,
jadi pemangkin cinta kepada Allah bila dia menyedari,
penyucian hati perlu berlaku setiap detik,
hati yang berkali-kali istighfar kerana dosa nan lalu,
jauh lebih baik dari hati yang angkuh,
sememangnya bila berkata-kata Allah kan menguji,


tersentak kata -kata sahabat dahulu, saat dirinya beruzlah. Apa tu? bersendiri dari kelompok manusia. Jadi aneh bila harus begitu. Fahamilah...setiap manusia itu ujian nya berbeza. Bahkan tanpa rasa malu diri yang menulis ini menghukum orang sama. Angkuhnya diri ini melaksanakan kerja Allah. Kerja apa? kerja menghukum apabila diperlihatkan oleh Allah akan kelemahan manusia. Tanya diri sendiri, layakkah kita?

Barangkali hari ini dia insan yang terburuk didepan mata, namun kehidupan dunia macam roda, posisi tu boleh bertukar dengan kita pada bila-bila masa.

Teringat sahabat dulu yang pernah hanyut. Dibuai arus cinta remaja. Bukan cuma hati yang menderita, tapi tubuh yang suci turut menjadi tidak bermakna,terjerumus dalam lembah dosa, dan kini dia dipandang hina. Namun begitu,terselit kekaguman buatnya, dia diuji namun dimuliakan hatinya oleh Allah. Jauh sifat berkira-kira apatah lagi sifat suka mengata. Kesabarannya subhanallah, cuma itulah dia, kalah diuji dengan lawanan jantina. Dia tiada kekuatan. Masih juga tiada lafaz hamdallah yang disebut. Dia yang dirasakan lebih mulia dari yang berlagak menjaga kerana hatinya tunduk tanpa menghina sesiapa. Semoga lafaz taubat yang selalu disebutnya menjadi doa yang termakbul bahkan keinsafan dirinya pada dosa lebih dikagumi seharusnya dari mereka yang merasa terlalu banyak sumbangan da'wah dan merasakan diri termulia. Bukankah hakikatnya keangkuhan kerana merasa mulia itu sifat jijik makhluk yang seharusnya tiada? Bukankah Allah lebih muliakan Adam yang dipandang mata jijik tak terkira kerana asal lumpur dirinya dia?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan