Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 5 Oktober 2011

rindu tinta ku

Bismillahirahmanirahim...

Yusra bertinta dengan penuh rindu. keaktifannya berpesatuan sejak menuntut membuatkan dia ketandusan idea. Kekontangan pemikiran berombakkan kesibukkan assigment menumpulkan ketajaman penanya. Sudah lama tidak berblog menjadikan dia bertambah rindu....dia memasukkan alamat email dan kata laluannya ..lalu tintanya mula terukir..

assalamualaikum....
Hari ini penaku bertinta lagi, kugugur kan pena da'awah dari diari hidupku.
Gelaran itu terlalu berat. Mana mungkin insan serba kekurangan seperti ku memperangan kan diri meninta pena da'awah. Jauh masih tidak layak. Terbuka blog sahabat ku. Sautul Anis dan munif Nor. Sarat dengan tarbiah. subhanallah...Aku jadi muhasabah akan niatku bertinta lagi. dalam perjalananku menyiapkan cerpen cinta berunsur da'awah , keinginan membuak darah remaja pada fitrah manusiawi ku, aku jadi sedar. Memiliki cinta itu sebenarnya tidak mudah. Cinta itu tanggungjawab. Aku malu pada Allah, malu pada rasul-Nya, malu pada hak-hak yang harus aku tunaikan. Dan aku sudah minta akan kedatangan tanggungjawab yang baharu hanya kerana fitrahku yang mengikut telunjuk nafsu. Siapakah aku untuk memiliki cinta?

Erti kata cinta,

Ramai yang ingin memiliki,

tanpa cuba mengetahui,

sebenarnya cinta itu apa,

malah ramai juga yang tertipu,

antara cinta dan nafsu,

hingga tergadai maruah diri,

hilang segala sesuatu,

yang lebih utama untuk dicintai,

bukan kah cinta itu kurnia,

kerana itu nafsu mengaburi mata,

cinta disalah guna,

hingga ramai yang menderita,

tanpa mengira sesiapa,

dibutakan tanpa sedar,

sedangkan cinta itu tidak menuntut,

tapi penyerahan secara rela,

dengan hati yang terbuka,

tanpa rasa terpaksa,

bahkan sesekali tidak mengadai agama,

cinta itu berat sekali jika ada yang mengerti,

sukar untuk memahami,

tak mustahil untuk dimiliki,

kerana Allah itu Maha Adil,

apakah cinta itu keseronokkan semata,

salah sama sekali jika itu yang diduga,

cinta itu adalah pertanggungjawaban,

mampu menjadikan si pencinta itu gila,

bahkan buta tanpa sedar,

di perbudak dengan redha,

cinta itu mendatangkan bahagia,

tanpa disulami nafsu semata,

cinta itu tanggungjawab pada kenyataaanya,

hakikatnya jika mencintai Allah ,

Dia lah pencinta sebenarnya,

jika didada penuh rasa cinta kepadaNya,

akan tersingkir cinta dunia


Subhanallah, lafaz tasbih yang perlu ku wajipkan pada diri sendiri. Hamba yang zalim pada Allah. Dia tidak menganugerahkan sesuatu yang tidak mampu. Walau wanita berpewatakan masculin atau macho gelaran yang pernah diperolehku, bagiku tidak ada masalah cuma perlu diperbaiki. Inilah kehendak Allah padaku. Aku redha walau sahabat terkadang sendiri salah sangka dengan caraku. Mempersoalkan hakikat hatiku, perwatakkan ku yang terkadang masculinnya seakan lelaki. Ini bukan pintaku. Bahkan diri ini pernah menangis kerana sukar diubah tabiat diri. Namun jiwa wanitaku tersirat infiniti rasa malu. Kenapa jika bicara soal lelaki seperti menyampah? Itu didikkan ummi wa abiku. Masih ku ingat kakak ku yang bercerita ikhwan disekolahnya dahulu. Lantas ditegur oleh abi dan ummiku. .

"tak manis jika anak dara asyik sembang tentang lelaki, hari tu mak cik Nor tu menyampai kata anak acik Lijah asyik sembang pasal jantan. Jangan malukan muka mak"

Merah padam aku dan kakak ku ditegur, sejak itu kami tidak lagi berbicara mengenai lelaki yang tidak punya kena mengena dengan kami. Dan bertambah perinsip diriku mengenai kesucian hati. sejak terbaca muka buku fatimah syarha tentang mesej dengan lelaki.
'kalau kita suka mesej lelaki, kita akan dapat suami yang suka mesej perempuan"

aku membuat kesimpulan ku sendiri, jika kita suka cakap fasal lelaki, kita akan dapat suami yang suka cakap fasal perempuan. Fobia ku bertambah, apatah lagi jika ikhwan sefikrah tidak memahami tuntutan memelihara maruah akhowat melebihi yang tidak melazimi usrah. Aku mudah bengang. Emosiku mudah membahang jika perkaitan ikhtilat, walau perwatakan macho ku miliki, maruah wanitaku tak akan aku perjudi. Aku harus tegas dalam merubah diri, dan akan ku seru orang lain. "

Yusra menghentikan penulisannya. Klik Publish post.

"Alhamdulillah..." dia melafazkan hamdallah.

Diam-diam perasaannya pada Umar menjalar tanpa sedar. Dia menangis. Masih teringat detik dimana Umar membuat keputusan menyambung pengajiannya diluar negara dalam bidang kejuruteraan kimia. Yusra binggung sendiri. Impiannya memiliki cinta Umar semakin kabur apatah lagi ingin membuktikan pada orang-orang sekelilingnya bahawa dia punya hati dan perasaan pada kaum Adam, walau dia mengetahui tiada istilah " couple islamic" dan walau pun Umar hanya menunjukan isyarat hati melalui tingkah laku tidak langsung terlafaz dibibir.

"aku mengaku, suka dia. Dia ada ciri-ciri isteri yang aku ingini. Tapi aku nak pergi jauh. Aku takut jumpa orang lain. dan aku ingkari janji pada dia. Kesian dia menunggu"."Itu yang aku dengar dari mulut Umar kata Elya.

Yusra semakin sakit hati. Dia membuat keputusan ingin melupakan Umar .

Tit...Tit..

" assalamualaikum, [surah as-saff:11"kamu beriman kepada Allah dan rasul Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui''] minta tolong kejutkan tahajud.

reply

"waalaikumusalam, jzkk atas perkongsiannya ya akhi, kenapa tak minta tolong roomate?"

send

tit..tit..

"diorang tak bangun ^_^."

reply

"baiklah ^^,"

tit..tit..

"terima kasih, "

"astaghafirullah" Yusra beristighfar . Dia keliru, apakah itu muhasabah atau hatinya jauh masih merindu. Dia membenci dirinya sendiri mengkhayalkan sesuatu yang tidak halal baginya. Butiran jernih mengalir. Berdosa benar hatinya dirasakan saat itu. Kerana itu dia ingin benar menutup pintu komunikasi yang bertopengkan ukhuwahfillah dengan mana-mana ikhwan. Dia benar-benar merasa terpukul dengan ayat-ayat yang di pamerkan oleh Fatimah Syarha. Penulis yang dijadikan idola dalam bidang penulisannya. Sejak itu dia terputus dari berhubung dengan mana-mana ikhwan termasuk dengan Umar dimana lelaki itu satu-satunya yang diberi ruang untuk mengenali dirinya sebagai sahabat. Namun jiwa remajanya tewas. Dia mengaku akan hakikat akhowat dan ikhwan mana mungkin bersahabat kerana yang menghalangnya adalah cinta.

Sejak itu dia berjanji pada dirinya sendiri, hatinya cuma pada pemilik cinta Ilahi jika Allah mengizinkan..yang ada cintanya kini adalah agamanya. mengajarnya berdiet dengan berpuasa, bersenam dengan solat...mengurangkan sesuatu yang mudharat. Itulah cintanya. Cintanya yang mengajarkan dia erti kembara. Cinta nya itu kan mengajar erti setia, cinta yang ingin sekali dia menjadi buta kerananya.

"kan ku kumpulkan kekuatan. memelihara maruahku, kerana cintaku hanya untuk dia selepas ikrar cintanya pada Dia yang satu."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan