Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 27 Oktober 2011

bila rinduuuuuuuuuuuuu

Assalamualaikum....
Segala puji bagi Allah tiada Tuhan selain yang Maha Agong. Terukir rindu dihati pada akhowat yang berjuang di jalan Allah. Sepanjang dua semester bersama kalian, Pelbagai suka duka kita tempuh dan masing-masing semakin kenal maka semakin ingin kita saling dimengerti tanpa perlu melafaz berulang kali. Adakah persahabatan yang baru menjangkau usia setahun ini membuatkan kita betul benar perlu dimengerti tanpa kita sendiri berusaha memahami.

Pelbagai suka duka yang kita tempuh selama bersahabat. Namun masing-masing antara kita lupa, persahabatan kita masih terlalu muda. Terlalu muda untuk kita kenal satu sama lain, terlalu muda untuk kita menganggap kita saling memahami, terlalu muda untuk kita katakan ukhuwah semua ini kerana Allah. Terlalu muda sahabat. Hati kita perlu belajar benar apakah yang dikatakan ukhuwah kerana Allah. Tercapaikah marhalah kita dalam berukhuwah?

Sahabat yang terlalu dirindui, percayalah sesunguhnya manusia itu suka menghargai sesuatu yang tiada. Mengapa aku mengatakan sesuatu seperti itu? kerana hati ku juga bertinta begitu. Ketika disekolah rendah kita menghargai sahabat tadika. ketika disekolah menengah kita menghargai sahabat sekolah rendah. Dan masih berlalu kehidupan kita dengan membandingkan sahabat silam kita dengan masa yang sedang kita lalui. Terfikir dibenak ku satu pekara. Kenapa kita tidak mencuba dan mensyukuri nikmat yang terhidang di depan mata oleh Allah. Kenapa kita tak hidupkan suasana lalu yang dirasakan lebih baik dimasa kini andai kita merasakan suasana lalu itu lebih baik.
Adik yang aku kagumi. Kini sedang menhayati perjuangan di matrikulasi. Dulu kecik-kecik suka sangat bergaduh. Bila masing-masing dah besar jadi rapat. Satu-satu nya adik perempuan yang memahami inginku. Semenjak dia ke USM di tingkatanb lima merubah segalanya. Asbab wanita bertudung labuh dan berniqab.
Adikku begitu bersemangat. Yang menjadikan aku kagum padanya dia tidak membandingkan antara naqibah disana juga ditmpat terbarunya. Bahkan suasana yang terpelihara itu cuba dibawa. ku doakan suatu hari nanti andai dia berniqab, smoga itu akan menjadi asbab itu ramai pemudi sepertinya berubah.

Aku jadi belajar darinya satu pekara, Apabila dia merindu kakak niqab nya itu, dia berusaha mencontohi kebaikkan kakaknya agar haruman kebaikkan yang dihidu dari kakak noqabnya mampu dihidu orang lain. bukan mendatangkan sakit dihati insan yg barangkali tidak kita sadari diperbandingkan. Dia mencontohi wanita yang dikaguminya, bukan membandingkan dengan kakak-kakak atau insan sekelilingnya. Seperti Nabi, jika kita rindu, sangat mustahil jika ingin kita bandingkan baginda dengan sesiapa. Tapi kita mencontohi baginda.Itulah rindu yang terpuji, mencontohi kebaikkan. Bukan dengan membuat perbandingan.

Disebalik menceritakan tENtang keRInduan..aku menjadi rindu sekali tentang dia, dia yang kukagumi kerana keibuanya, dia yang sejak pertama kali ku kenal sangat menyenangkan hati. Ingin ku luah rindu dengan mencontohi sirah kehidupannya selalu. Yang mengajarkan putra-putrinya mengaji, yang menjana kekuatan da'ie juga da'ieah saat persatuan ditempat pengajian menjadi pincang dek arus profesional ideologi barat melanda. Dia yang mewakafkan harta dan jiwanya kejalan Allah. Walau kerap kali ku ketuk benak ku mana mungkin ku jadi seperti dia. Ibu muda yang tak pernah mengalah. Yang mengembangkan sayap da'wah disaat insan seusianya meredah arus menakluki dunia. Dia punya caranya yang tersendiri. Meraikan setiap insan yang berhajat semampunya walau kesempitan waktu.

Dia yang memositifkan sekeliling. seperti kata sahabatku di tingkatan lima dahulu. Kalau Allah bagi hidayah kat kita, Hidayah tu kan macam cahaya...kita boleh terangkan kehidupan orang lain. Janalah hidayah tu dengan kesungguhan kita mencarinya. Aku yakin sekali perwatakkan insan yang aku kagimu kesolehahannya ini adalah cahaya yang menyuluh hatiku yang semakin malap dek hati yang kelam kerana dendam semalam menjengah.
Susah istiqamah saat tiada tempat rujukkan. Namun aku belajar erti sesuatu kini. mengkaguminya di kejauhan. seperti mana Jannah sahabtku. Itu jauh lebih baik. jauh lebih mudah mempraktikkan cuma hati gersang kan nasihatnya seperti dahulu. Cuma aku merasakan jika jutaan kata2 hikmah terlafaz pun jika tidak praktik itu kosong..


nota kaki: bila rindu blajar erti rindu..agar setiap sudut memositifkan pemikiranmu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan