Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 28 Oktober 2011

perjalanan hidup yang tidak pernah kan sempurna

Bismillahirahmanirahim...alhamdulillah segenap rasa cinta dan rindu ku halakan disaat hati sedang mengila menghasilkan kata-kata yang mempersoalkan banyak benda yang bermain di benakku. Menurut kajian dari Universiti di London menulis antara terapi yang melegakan jika banyak pekara yang tak terluah kan secara lisan. Jadi ingin sekali ku ukirkan Kisah perjuangan yang entah bila bahkan mungkin tiada penamatnya bagi kehidupan seorang da'ie. Aku ingin menjadi seperti dia, walau sebahagian dari kisah kehidupan seorang wanita yang tidak pernahkan sempurna.

Aku ingin mencontohi murrabiah ku yang kukuh walau terkadang merasa lemah. Katanya terkadang kita terpaksa berpura-pura kuat demi menggalas tugas agama. Aku ingin sekali mencontohi dan mengikuti jejak langkah murabbiah kepada murabbiahku. Dia menjadi seorang hamba Allah, wanita yang solehah, isteri yang bertanggungjawab, ibu yang memikul amanah, dan juga da'ieah yang menjadi contoh terbaik yang pernah ku saksikan seumur hidupku walau tidak pernah berpeluang kenal lama. Jika dipadang masyar kelak aku ingin sekali menjadi saksi atas kesungguhan dia memperjuangkan agama. Berpegang dengan kata-kata murabbiah ku yang acap kali diulang kan kini menjadi azimat ku untuk ku kukuhkan pegangan dan menjadi seorang yang tegas berhadapan dengan rintangan.

"Tiada ketaatan pada kemungkaran"

Perjalanan ke Khaulah centre banyak mengajar erti tawakal, sabar dan percaya pada diri. Aku menjadi semakin yakin akan erti Perjuangan. Semakin tinggi tawakal kita pada Allah, membuat kan kita semakin percaya diri. Maka hapus sudah rasa ragu dan su'uzhon pada diri. Sesuatu yang mustahil setelah perjalanan kesana mengajarkan aku erti keyakinan tanpa pergantungan lagi pada makhluk. Bezanya apa sahaja pengalaman baru mampu ditempuh asalkan bermodal ilmu. Atas sebab itu juga Al-Iqra menjadi wahyu pertama sebelum islam tersebar, menunjukkan bahawa asas pada apa jua pekara adalah imu.Apa itu ilmu?ilmu adalah pengetahuan tentang sesuatu.

Jika ingin bercinta juga perlu tahu ilmu tentang apa itu cinta? Padaku yang memudahkan perjuangan adalah jika dihati itu punya cinta. Apa itu cinta? Cinta ku terjemahkan dengan kata-kata idola penulisan yang tersohor dek penulisan motivasinya Fatimah Syarha.

"Cinta adalah kecendrungan terhadap sesuatu"

Benar sekali tafsiran itu dan sangat bertepatan dengan hati menterjemahkan kata cinta. Jika mencintai Allah, maka kecenderungan hati akan menghala semata kerana Allah.Matlamat adalah kerana Allah.Maka sangat mustahil jika didunia ini tidak ada yang punya rasa cinta atau kecenderungan. Lah lagi-lagi cinta??? Kenapa cinta? Adakah nilai cinta itu terlalu kotor sehingga teliga alergik mendengar, tekak loya membicarakan?

Namun atas nama cinta dan rindu kerana Sang Pencipta ku harap berkekalan yang akan mejana keinginan ku untuk perjuangkan agama. Tautan hati novel tarbiah terbaik selalu menjadi peringatan buatku bahawa hidayah Allah itu punya tapisan. Semoga diri ini sentiasa beringat dan diperingatkan agar sentiasa menjana cinta Ilahi.

Dalam menempuh suka duka kehidupan ketika di usia 19 tahun sangat banyak tarbiah yang menghimpun. Yang mendidik hati memahami rukun iman yang keenam. Yang mengajar erti syukur, yang mengajar erti bahagaia yang hakiki. Namun seiring masa berlalu tarbiah yang bertambah tak mampu selalu diamalkan. Apatah lagi dunia ini yang sesat membuntukan jiwa seorang yang mencari redha Ilahi. Sedar diri terlalu sangat bukan seorang pemuja dan juga hamba Allah yang baik. Namun fitrah tidakkan pernah lari dari ingin menjadi lebih baik.

Jiwa yang sering menangis menghimpun kekuatan. Semakin lama semakin diri semakin kegersangan tarbiah. Sepertinya sahabat yang mengelilingi mengikut kehendak hati tanpa disedari. Namun bukankah Allah maha Megetahui? Barangkali diri sendiri yang masih belum membangunkan khatijah seperti yang diingini. Bukankah berulang kali diperingati bahawasanya mana mungkin merubah orang lain menjadi kehendak diri melainkan mengubah diri sendiri. Ku pinta iman ku bercambah kembali.

Benar berubah memerlukan teman terbaik. Namun sebaik apa pun teman tidak ada yang akan kekal hingga akhir nanti. Semoga doa yang menjadi pengubat rindu dihati. Kenangan bersemi bercambah manis. Ukhuwah terukir mengharap redha Ilahi.

Mendua - Hampir Ke Situ

Aku sadar bukan mudah

Untuk mengejar mimpi indah

Pernah suatu ketika dulu

Ku punya harapan besar

Kini aku tak pasti

Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh

Kekalkanlah impian lalu

Mungkin ada hikmat

Yang akan menunggu

Di penghujung jalan

Biar nanti kecewa

Setidak-tidaknya mencuba

(korus)

Jika halangan menduga perjalanan kita

Janganlah kau putus asa

Karena ku ada di sisi setia menemani

Andai semangatmu gugur

Genggamlah tanganku

Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa

Ketabahan tak setegar

Tetapi apakan daya

Berhenti separuh jalan

Percayalah padaku

Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan

Rapuhnya harapan

Bukan mereka tentukan lagi

Kau ada aku dan aku punya kamu

Amanlah akhirnya tetap bersama

Oh…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan