Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 30 Oktober 2011

terkadang harus berdegil....

assalamualaikum..

berkongsi cerpen luahan isi hati seorang wanita yang membuak keinginannya menyuburkan benih da'wah pada masyarakat walaupun dicerca kerana keadaan nya yang diuji. Semoga dapat kita contohi beliau.

Hari ini ku bertinta lagi....
mengisi ruang yang lapang agar kesibukkan tidak lagi menyeruku untuk menghentikan perkongsian bersama sahabat. Kerana jika masih rezekiku Allah tentukan belajar disitu. Dengan limpahan syukur aku menyambut. Segala puji bagi Allah yang mengajarkan aku tarbiah secara langsung. Yang mengajarku erti pergantungan langsung tanpa mengharapkan makhluk yang diciptanya. Aku ingin menjadi pencinta-Nya yang setia. Namun arus dunia yang fanatik akan nikmat yang sementara turut menghanyutkan ku.
Jiwa ku entah binggung membuat penyataan. Hakikat dunia ini ku tahu segala kegagalan sekarang adalah pengajaran lansung dari Allah mendidik sabarku. Kehendak dunia pada dunia bekerjaya sedikit sebanyak memberi tekanan. Jesteru itu terkadang mulut terlanjur menyalahkan insan disekeliling yang tidak faham. Takdir ini Allah telah memilihku. Yakini bukan inginku menjadi insan yang tidak beroleh apa-apa tanpa usaha. Allah ingin menyimpan rezekiku dialam sana. Namun kegusaran hati dengan hutang pengajian dan juga keadaan usia yang semakin bertambah menyuburkan gelisah. Aku pasrah.
" Macam mana kau isi borang SPA? adik kau ndah dipanggil interview. Kau?" aku terus dileteri adik perempuan bongsu ayahku. Aku hanya mampu diam membisu walau hati sedang menahan sabar dari menyumpah seranah.
Secara totalnya selama hidup. Zaman kejatuhan benar-benar terasa kini. Zaman dimana rezeki untuk mendapatkan pekerjaan tetap masih Allah ghaibkan dari pandanganku dan insan sekeliling. Mahu gila jika memikirkan terus. Namun ku ubati lelah menunggu dengan rezeki yang tak ternilai dari Allah yang barangkali masih kabur dari pandangan insan yang tersayang. Rezeki untuk ku curahkan bakti pada jalan mendekatkan diriku dan juga orang lain dijalannya. Nikmat apalagi yang harus aku dustakan? Walau pun imbalnya bukan wang. Namun terlalu banyak hikmah mampu ku cungkil jika sabar menemaniku.
Saat ini dewasaku semakin mengila. Aku tahu jaminan rezeki bukan setelah mendapatkan pekerjaan tetap. Aku sangat yakin akan janji itu. Namun bagaimana aku ingin menyakinkan insan disekelilingku.
" Kalau dapat SPA tu, mak teh rasa kamu dah tak payah susah hati. Buat apa sambung belajar tinggi tapi akhirnya kamu mengangur?. Cuba lihat sepupu kamu, kamu baru diploma. Usia dah 22tahun . Macam mana?. Sepupu kamu degree lagi. Dah keje minta berhenti tekanan. Kalau dia dengar cakap mak teh dulu pergi interview pembantu pegawai perubatan, sekarang mesti dah ada kerja." aku terus dileteri.
Saat itu begitu banyak pekara bermain difikiranku. Akidahku mula mempersoalkan. Namun segera aku beristighfar dan mengingati Allah dalam suasana aku sangat-sangat tertekan. Lalu ku ingatkan diriku bahawa Allah sedang menguji kasihnya padaku. Barangkali pengajianku kali ini harus ku laksanakan sehabis baik kerana ini akan aku prsembahkan kepadanya . Allah ingin menyucikan niatku belajar semata-mata kerana-Nya. Bukan kerana ingin mendapat kerja.
Berkata-kata itu mudah. Hati sangat-sangat inginkan ketenangan dari memikirkan kemustahilan memiliki harta dunia yang menjadi kegilaan. Bukan berputus asa, namun hati dah terlalu letih mengharap tanpa ada kata jelas. Namun hikmahnya aku belajar erti tawakal juga erti pengharapan bersandar hanya kerana Allah.
Mungkin ini pengajaran direct dari Allah kepada aku. Sepandai-pandai manusia merancang, Maha Bijaksana lagi Allah. Apa yang terjadi dalam hidupku membuahkan iktibar bahkan lebih berharga lagi masa depan yang kononnya menjamin hidup bila bekerja tetap. Keserabutanku dipikul ibuku. Aku merasa jenuh untuk menjelaskan, rezeki yang bukan milikku ini sudah jenuh ku usahakan. Bahkan setiap kali hal ini disuarakan aku mnenjadi sangat-sangat tertekan. Aku tahu sekali ini menjadi kerisauan pada anak daranya yang seperti tiada masa depan. Apatah lagi kini status wanita berkerjaya menjadi ukuran buat laki-laki yang inginkan pasangan. BAhkan rakan sepermainan ku juda sudah punya anak!
Aku memutuskan degil untuk mengharungi samudera kehidupan.Kerana aku percaya ada pasang surut kehidupan.Allah memberi kesusahan disini kerana nikmat dan rezekiku yang masih tersimpan barangkali diFirdausi sana walau selaykknya aku ini tak mampu untuk berharap lantaran dosa,.
Ku tutupi tirai resahku dengan doa agar sekeping hati ini tenang. Ku coretkan pengalaman agar bisa dijadikan pengajaran. Ku yakini tidak ada yang namanya jaminan selagi ia bukan dari jaminan Allah. Ku yakin sekali walau kerja disektor kerajaan yang berpendapatan. Sekiranya Allah menetapkan itu bukanlah rezeki maka tidak akan jadi rezeki. YAng penting usaha meraih redha MAha Dia yang MEnetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan