Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Selasa, 8 November 2011

biarlah..aku ada Allah

Amirah duduk dibawah pondok dihujung rumah. Tempat dia dan neneknya selalu bersama suatu ketika dahulu. Rindu mula terasa. Hampir setahun nenek pergi. Namun sedih dihati masih sendiri, tiada yang dapat memahami seperti mana nenek ketika Amirah selalu dimarahi ibu, mak cik, kakak asbab kenakalan sewaktu Amirah masih kecil untuk mengerti.

" Sebelum tidur, nenek pergi mengaji kan Mira. Ustaz ada cakap baca ayat kursi baru syaitan lari dan terbakar. Jom kita baca.ikut nenek ya. lepas tu baca bismillah 21 kali" nenek mengajar kan Amira sebelum tidur.

Amira merasakan butiran jernih mengalir dipipi. Dibiarkan ia mengalir agar kerinduan terhadap arwah nenek semakin terasa disudut hati. Dari nenek Amirah belajar menghitung sekaligus membaca ayat kursi. Amkirah paling gemar saat itu. Saat telinganya tidak dibisikkan bed time story seperti sepupunya yang lain. Neneknya suka melayan cucu begitu. Mungkin asbab rapat dengan nenek dia merasakan kecenderungan beragama.

"Assalamualaikum, kau buat apa?" kedengaran suara kakak sulung Amira duhujung talian setalh Amirah selesai menghabis kan ujian pertengahan sem.

"Waalaikumusalam, aku baru habis exam."Amira mejawab pendek

" Kau dah tau belum?"

" tahu apa? Di benaknya Amira mula membayangkan pekara buruk namun dia beristighfar.

" Nenek dah meninggal" Kakak menjawab tenang.

Terlepas gengaman handphone bimbit Amirah. Saat itu dia terduduk. Amirah menangis. Disekelilingnya ada yang memerhati namun Amirah hilang peduli. Hatinya hancur remuk. Bukan kerana kesal. Tapi rindu masih belum terubat. Nenek tersayang sudah pergi.

"Dari dulu kau suka buat kerja pelik. Kak Riza masuk U jugak, tak macam kau over." Mak cik memuntahkan amarah.

Amirah hanya mampu menengkup muka dengan tangan. Perlahan dari meja makan Amirah masuk ke bilik air. Amirah menangis. Cabaran da'wah kian terasa. Apatah lagi berhadapan dengan keluarga yang selama ini sangat disayangi. Terasa kerdil jika dibandingkan dengan perjuangan nabi berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jika dulu nenek membelanya. Kini arwah nenek hanya tinggal kenangan . Amirah keluar dari rumah seketika mencari kedamaian.

" Sidaikan yang ni tersorok sikit, ye la macam kau nak jaga aurat" mak cik sekali lagi memerli Amirah ketika menyuruh Amirah menyidai pakaian comelnya.

Hati Amirah panas, namun Amirah cuba buat biasa. Amirah keluar bersama sepupu kecilnya menghibur hati. Dia merasa sangat sendiri. Perjuangannya terasa sepi.

"Biarlah kan Allah ada dengan aku" Amirah terbaca di halaman buku solusi bahagian remaja tulisan Fatimah Syarha.

Hatinya betul benar merasa tenang. Amirah terlupa akan Allah selama ini. Patutlah dia tidak sempat menguntum senyum kerana sibuk menghitung duka. Amirah pasrah. Allah selalu ada terlalu hampir. Amirah kini merasa tidak gentar.

" I love U Allah"...............................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan