Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 9 November 2011

baitul muslim harapan ummah

jauh perjalanan semakin terasa,
namun mantera bersendiri semakin kuat terasa,
bukan membenci kurnian Allah s.w.t,
cuma belajar mencintai nikmat kini yang diberinya,
aku sedang belajar,
belajar mengatasi jemu,
agar dapat ku sempurnakan separuh agamaku,
hanya kerana mencintai,
apa yang dicintai oleh-Mu,
ya cinta adalah kekuatan,
namun cinta juga mampu melumpuhkan,
lalu harus ku atasi kejemuan,
saat rindu masa mudaku datang menjelang,
aku mudah jemu,
lalu ku panjatkan syukur masih diberi peluang,
agar saat tiba dihalalkan bercinta dengan mu wahai imam,
jemu ku akan terubat,
jemu yang menjadi hempedu,
bertukar manis menjadi madu,
kerana mencintaimu wahai imam adalah ibadah,
sempatkah hati ini menelaah?
segala yang ditarbiah langsung dari Allah,
dalam membentuk diri menjadi wanita solehah,
agar bertemu denganmu mewujudkan mawarddah, marahmmah dan juga sakinah,
baitul muslim harapan ummah
antara cinta dan .....ketika jemu datang bertandang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan