Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 23 Disember 2011

kenangan semalam

“ Kau tak fikir nak kahwin ke?, ada rumah ada kereta macam orang lain?”

Pak Lang melontar soalan demi soalan melihat aku seperti tidak kisah akan masa depan ku. Aku masih terus memandang kearah lain tanpa melihat tepat muka Pak Lang. Hatiku yang masih membara dek luka tiga tahun yang lalu masih belum terubat. Lebih baik diam dari menjawab jawapan yang kurang tepat apabila berhadapan dengan orang tua. Aku pantas bangun.

“Entahlah? Masa depan saya tak terbayang berapa buah rumah, berapa biji kereta! Tapi masa depan saya adalah perjalanan jerih mendapatkan balik apa yang telah terpaksa saya tinggalkan!”

Jawapan singkatku sarat makna kecewa. Pak Lang harus tahu itu. Dia antara individu yang berkeras sehingga membawa aku pada keadaan hari ini. Bukan tidak redha. Cuma hatiku masih sakit. Lantas bayangan tiga tahun lalu seperti bermain dihadapan kaca mataku.

“Surat tawaran sampai hari ini. Cepat settle urusan berhenti. Sebab banyak dokumen kau kene urus!” Mak Usu memerintah.

“ Mak Usu, beri saya masa fikir dulu. Sekurang-kurangnya istikharah dulu” Aku masih memujuk berharap agar diberi peluang memilih.

“Istikharah apa benda lagi? Benda ni dah tentu dapat kerja. Kau tak fikir nak pakai rumah? Tak fikir nak pakai kereta? Tak fikir nak kahwin? Kau bukan muda lagi. Tahun depan dah dua puluh dua tahun!” Mak Usu melontarkan amarah.

Aku lantas terduduk. Pada hari pertama setelah mendaftar kolej untuk sem tiga berita buruk sampai padaku. Air mata mula berlinang. Aku mencapai Handphone yang ada di atas meja. Pantas ku hubungi insan terdekatku.

Ain : “ Assalamualaikum, Ummu Sarah. Ada kat mana ni? Balik U bila?”
Ummu Sarah: “Waalaikumusalam kak, Ada kat rumah lagi . Nanti pak cik Ummu hantarkan petang ni Insyaallah”

Ain : “Akak ada berita kurang baik”

Ummu Sarah : “Apa kak?”

Ain : “Akak mungkin tak lama, akak dapat SPA”
Ummu Sarah : “Ha?”

Air mataku bercucuran. Terasa nyawa seperti direntap.Seperti tidak adil jika perkhabaran ini hanya diberitakan pada Ummu Sarah. Pantas ku menghubungi Anis . Seperti Ummu Sarah, Anis sangat terkejut.

Tepat jam menunjukkan pukul satu tengah hari Anis masuk kebilik. Dia meluru ke arahku yang masih bergenangan air mata. Dia pantas memelukku dan menyatakan simpati juga kekesalan. Aku hanya mampu terdiam sambil melayan senduku. Anis meminta izin untuk keluar dari bilik sebentar untuk bertemu orang tuanya.

Hari pertama masuk kelas di blog baru tidak begitu mengujakankan seperti sem dua. Aku merasakan hari-hari yang berlalu seolah-olah hari seorang banduan. Dimana semakin hari semakin dekat dengan tarikh hukuman gantung yang telah ditetapkan. Anis sahabat sebilik menguatkan ku. Dia kelihatan kecewa apabila aku mudah pasrah.

“Akak, belum tentu pergikan?”

Anis terus memujuk. Aku melangkah ke kelas dengan langkah yang terasa berat olehku. Air mata ku bergenang lagi. Sahabat sekelas menyapaku. Aku sekadar menjawab berbasa-basi. Alasan kepenatan menutup sedihku.

“Projek MPPI macam mana?”

kedengaran suara NYDP Cik Nurul dihujung talian. Ketua akhowat kesayangan ku ini begitu mengambil berat.

“Insyaallah masih dalam proses. Nurul Jangan risau ea. Ain masih settle dengan adik-adik. Takut pun ade jugak ni. Yela, First and Final project Ain kot.”

“Ape Ain merepek ni, First project ok, but not last.”

Nurul ketawa ceria. Dia mengajak aku menyertai mesyuarat selepas isyak. Aku pantas setuju.

“weyh, kau macam mana nak pergi atau tak?”

kedengaran suara sepupuku dihujung talian. Ketika itu aku berada didalam kelas.

“aku tengah fikir. Nak buat istikharah dulu.”

Jawapanku ringkas. Bersebelahan tempatku ada Jenny. Aku sempat tersenyum menyapa.

“Istikharah apa lagi?duduk U belum tentu ada kerja”

Sepupuku masih mendesak. Desakkannya membuatkan aku terdiam, Malas ku layan pertengkaran.

“Woi pekak ke??” suara nya mula keras apabila respond ku Cuma membatu.

Jenny menoleh ke arahku. Barangkali suara keras dari talian kedengaran. Aku menjadi sangat malu. Pantas ku tutup talian ku. Malas melayan pertengkaran. Cermin mataku menutup genangan air yang bertakung di kelopak mata.

Ku biarkan bateri telefon bimbit ku habis. Sengaja aku tidak mengecas handphone ku kerana bagiku luahan tidak puas hati akan sikapku yang hanya mahu diminta waktu akan kedengaran lagi.

“Akak, jangan lupa malam ni meeting. Semua dah ready ke?"

Anis menyoalku. Lagaknya dah seperti s/u aku bukan s/u persatuan. Aku hanya tersenyum.
Malam meeting itu aku telah dimalukan. Sengaja akhi itu mengenakan ku. Kertas projek ditangannya tidak diserahkan langsung padaku. Lantas bila bertanya tentative program aku menjadi termanggu. Nurul Masih belum kelihatan. Semakin hilang thiqah adik-adik padaku. Anis mengisyaratkan tidak puas hati pada perbentanganku. Aku cuba berlagak tenang. Walhal dalam hatiku Cuma Allah yang tahu. Kamilah segera menghulur bantuan padaku.

“Er, Ana dah siapkan Cuma tak sangka tentatif dalam proposal tak sama dengan tentative yang ana tetapkan”

Mukaku terasa panas. Entah bagaimana kelihatan aku tidak tahu. Nurul datang membawa laptopnya. Aku gengam tangan Nurul mengisyaratkan keadaanku. Nurul hanya menganguk. Minta mensyuarat diteruskan.

“Nurul, saya tak sentuh langsung proposal waktu cuti hari tu. Bercanggah dengan tentative yang saya dah buat sekarang. Macam mana ni? "

“Ain relaks ea. Ada dalam file saya ni”

Nurul menjawab tenang walau diraut wajahnya juga kelihatan gelisah.


“awak camni ni? Ikhwan dah desak saya ni”

“ehem, kejap ea. Ada masalah sikit kat sini. Boleh kita pecah biro?”

Nurul mula bersuara.Ikhwan persatuan menganguk tanda setuju.

“Kejap awak, nanti saya cari”

Anis mendekatiku ketika pecahan biro dibuat. Aku memberitahu keadaanku. Anis mula faham. Dia meminta aku bersabar. Dipenghujung mesyuarat baru ku tahu ikhwan persatuan mengenakan ku. Nurul marah sekali . Namun hatiku berbisik. Biarlah mereka mengenakanku. Untuk yang terakhir kali.

“Akak please don’t leave me”

Mesej dari Ummu Sarah tertera di handphone ku. Setelah tiga hari dibumi UiTm aku masih belum ketemu adik kesayanganku.

“Jom Makan, Akak datang bilik”

Aku membalas ringkas.

Aku merasa badan ku lemah sekali. Pantas kaki ku malangkah dari kelas aku menuju ke Kafe Jebat. Lauk sambal Ikan Keli kegemaran Ummu ku borong.

“Assalamualaikum, Ummu..”

“Waalaikumusalam, akak…..rindunye. “

Lantas kami berpelukkan setelah sebulan cuti semester tidak bertemu. Lalu rindu terluah. Aku menarik tangannya untuk duduk. Bilik Tun Hamzah 115 itu sudah seperti bilik kedua ku. Hidung adik kesayangan dicuit. Dia begitu ku rindu.

“Akak ingat lagi waktu Ummu merajuk dekat Tun Senaja. Hahah, meeting dengan Shahidah akak tangguh dah suapkan Ummu macam ni”

Ummu hanya tersenyum dan terus mengunyah makanan yang ku suapkan ke mulutnya.

“Akak malam ni tidur bilik Ummu ya”

Ummu memujuk. Aku lantas setuju kerana ingin ku hilangkan serabut di fikiran apatah lagi terasa lapang dengan sambutan sahabat sebilik Ummu.

“Anis, malam ni akak tidur bilik Ummu”

“Akak kite nak ikut!!!!!!!

Anis menjerit seakan-akan anak kecil setelah habis program.

Lamunan ku terhenti. Kerinduan di zaman universiti terlalu membayangiku. Sahabat semalam kian menjauh. Yang ditinggalkan bersamaku hanya kenangan di angin lalu. Ummu mengkhabarkan berita gembira padaku. Dia kini hamil anak kedua. Begitu juga dengan Anis, dia dan suami bam-bam idamannya ingin membuka agensi Pelancongan. Darlina kini sibuk menghabiskan kuliahnya. Dalam takwimku walimahnya minggu hadapan berdekatan kampong halamanku. Ku rindu Nurul. Kerjaya seorang pensyarah juga penulis novel terkenal begitu membuatkan aku terasa cemburu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan