Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Jumaat, 23 Disember 2011

DAN AKU AKAN KEMBALI!!!!

Hari ini jari ku mula rancak menaip kembali. Menarikan tinta hati agar terlakar untuk simpanan peribadi sekaligus menjadi koleksi untuk aku muhasabah kembali.

terpisah dari dunia impian,
terpisah dari sahabat seperjuangan,
Harga perpisahan ini untuk sebuah hikmah yang masih belum tersingkap,
Hati ini belum cukup sabar,
Lalu ku pujuk diri,
Gabungan antara sahabat yang menyintai agama selama ini umpama pohon,
dan aku tercampak kesini kerana kematangan ku,
Matang untuk bercambah ditempat baharu,
Dan aku akan kembali kepada mereka menjadi insan baharu,
sekali pun tidak segah dahulu,
Dan akan aku bina diri sendiri,
Larut dalam sendu,
Dalam usaha ku membina jaya,
aku sering kejatuhan,
bukan kerana diriku sendiri,
Tapi kemahuan Allah yang tahu untuk apa itu diciptakan,
Walau hati sarat rasa kecewa,
aku tahu bagiku Allah menguji berjaya itu tidak semudah insan biasa,
Allah ingin aku melalui tarbiah berbeza,
Cuma hati ini ku minta kelapangan,
Ku harapkan penemanku suatu ketika nanti memahami inginku,
memartabatkan diri menjadi insan yang berilmu,
agar menjadi dikalangan penyumbang agama no 1,

Cita-citaku ku yakini tidak terhad disini. Walau ku tahu realitinya kaki ku tidak lagi berpijak di bumi UiTM. Aku yakin Allah akan memberi kejayaan yang lebih besar lagi. Aku hanya perlu membayar kejayaan itu dengan sabar, usaha dan tawakal ku yang berterusan. Dunia ini tidak selebar daun kelor. Niatku hanya Allah yang tahu. Hanya Allah yang tahu. Jika pena ini rancak menari. Semangat ku juga akan terus berapi. tak mengapa bermula dari bawah wahai diri. sekurang-kurangnya dirimu masih berpeluang sebelum mati! ingat masih berpeluang sebelum mati!...Jangan diendahkan pandangan hina orang terhadapmu! Yakinlah Allah sentiasa menguji untuk menjadikan kau hamba yang unggul hati dan juga prestasi diri.

DAN AKU AKAN KEMBALI!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan