Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 29 Disember 2011

Pabila da'wah menjadi dating




" Kalau awak sayang saya apa buktinya?"

Seringkali ayat ini menjadi dialog popular untuk sebarang tayangan atau penulisan apabila si jejaka memancing sesuatu pada sigadis. Cinta itu tak pernah menuntut namun memberi. Tidak menghulurkan pengharapan palsu. Tiada kebimbangan. Cinta itu berpaksikan keyakinan. Cinta yang tulus adalah cinta hakiki. Meraih cinta sejati bermaharkan cinta Ilahi.

Apa itu cinta kerana Allah?

"Saya sayang dia kerana Allah. Dia selalu beri mesej tazkirah dekat saya. Kejut tahajud."

"Kenapa awak tak buat macam tu dengan sahabat sejantina?"

" Dah, tapi leceh la..diorang bukan nak benda-benda macam ni. Lagi pun bukan salah inikan da'wah! kawan -kawan kan selalu jumpa. Dengan dia saya mesej dan call je. Dating pun tak pernah. Hello..dia tu menjaga tau! tak ingat rukun ukhuwah ke? kata penda'wah. Cuba bersangka baik."

Teringat aku petikan tautan hati. Mula-mula mesej je, lepas tu call, lepas tu jumpa tapi mana ada pegang-pegang tangan, lepas tu kalau pegang tangan pun tak der lah berzina, kalau terlanjur pun tak ade la termengandung.

Mana ada penzina yang terjebak dengan niat ingin berzina. Cuma zina itu terjadi apabila hati mula berani mendekati, anggota mula melaksana, Syaitan memanipulasi niat yang baik.

Mula-mula niat nak da'wah. Lepas tu makam yang seterusnya bertukar-tukar pendapat. Marhalah yang seterusnya bertukar no telefon dan alamat. Marhalah seterusnya hati mula merasakan desakkan jiwa remaja yang ingin berteman, kemudian terlaksana pertemuan, dan akhirnya menjebakkan diri ke kancah ZINA!.

Akuilah wahai jiwa remaja. Sekiranya anda normal, jiwa remaja anda tak mampu menidak kan hasrat hati apabila selalu berhubung. Persahabatan akrab antara lelaki dan perempuan itu ada penghalangnya. Penghalangnya adalah cinta.

Jika cinta kerana Ilahi, halal haram pasti dikira. Pasti masa depan sidia yang dicenderungi kita lindungi. Bahkan menyuarakan hasrat hati juga pasti sangat berhati-hati. Bimbang kita merosak kan masa depan sidia dengan perasaan diri sendiri
.

Terlebih dahulu menjelaskan maksud cinta itu sendiri. Cinta adalah kecenderungan. Jika mencintai sesuatu kerana Ilahi, tentu kecendrungan kita kerana Allah hanya akan terlaksana sesuai apa yang Allah tetapkan.

Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”(QS.Al Israa’:32)



Jelas apabila berhubung tanpa urusan ( x melibatkan kemasahalatan ummat dengan bahasa dan juga keadaan yang tidak sesekali mengundang fitnah disisi masyarakat juga hati) dengan ikhwan mendekati zina.

Asbab berda'wah juga sangat popular.

Akhowat : "mengapa tidak kenalkan pada akhowat ( para wanita)"

Ikhwan :"Mereka yang bertudung labuh dilabelkan sombong. Kami cuma berda'wah pada free hair. Salah korang tak nak dekat dengan golongan macam ni. Kami open pada sesiapa tak syadid! "

Akhowat : Beerti anda membenarkan sangkaan diorang yang mengatakan akhowat bertudung labuh itu sombong. Husnuzhon pada akhowat. Usaha yang bagaimana perlu kami tunjukkan pada kalian agar da'wah kami mendekati insan-insan seperti ini. Apa kata kalian sekiranya kami menerima lamaran cinta lelaki jalanan berasbabkan daa'wah.? Hanya kerana ia terang-terang kan? Tidak takutkah kalian pada fitnah wanita? Usaha da'wah kami punya cara tersendiri. Apa perlu diumumkan kah?

Ikhwan :................( pasti ikhwan punya jawapan tersendiri)

Fitnah wanita..
Jika Ikhlas menjaga agama bukan separuh-separuh sahaja yang diamalkan. Tapi keseluruhan. Perlu waqieyah kata Ikhwan. Benar namun sesuai syarie dan situasi bukan hentam kromo.



Tak hairanlah niat murni bertukar jijik. Wanita bertudung labuh mengandung tanpa bapa. Seorang tahfiz dicekup khalwat. Pasti didikan awal mereka mendengar perkataan zina juga sudah ngeri. Tapi bagaimana hal ini boleh terjadi? cuba renungi kembali. terjagakah ikhlas ?



Bila zina mula didekati. Hati mula buta menilai. Dari da'wah menjadi dating. Percayalah tidak ada penzina yang mula menceburi diri ke kancah zina dengan niat memang ingin berzina.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan