Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 29 Disember 2011

Perjalanan si mawar berduri

hidup kita hidup yang penuh misi..
ditugaskan dimuka bumi ini untuk beribadah kerana Allah semata..
seperti ayat ini ...

"Tidak aku menjadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku".
(Ad-Zariyat, ayat 56)

Lalu di perjalanan penuh berduri kita diuji,
bukan mudah menghadapinya..
dan tidak sedikit orang yang terleka...
namun ku yakin kalian bukan dikalangan mereka..
kerana kalian insan terpilih..
memelihara diri menjadi seindah mawar berduri...
memagar diri..
untuk kumbang sejati ..
agar melengkapi separuh tugasan hamba yang hakiki..
setelah kalian bergelar isteri..
jangan sesekali diserahkan hati..
pada yang bukan halal untuk dimiliki..
jelas ia merosak diri..
separuh agama yang kalian ada terjejas langsung tak dimiliki...
berpegang kata untuk kalian ku kongsi..
kalimat Ibnu Athaillah menjaga diri..

"tidak ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi, selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!"

hanya kan hadir cinta yang pasti,
setelah akad terlafaz nanti..,
walau pun halal bukan hakiki,
kerana cinta Allah cinta abadi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan