Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 28 Januari 2012

Buat mu mujahidah solehahku.

Assalamualaikum........

Ku lakarkan cebisan ataupun sisa da'wah ini khas buatmu adikku. Kasih sayang kita, da'wah kita, matlamat kita semua kerana wujud satu rasa yang menyatu. Rasa cinta kepada Allah s.w.t.

Adikku sayang, kepiluan mu akan dibalas baik oleh Allah jika engkau redha. Aku yakin kita diuji kerana kita dikasihi. Mungkin, ini adalah pelajaran buatmu. Pengajaran seperti mana aku mengalaminya suatu ketika dulu. Mengajar aku menjadi sahabat sejati. Namun sejatikah aku dimata seorang sahabat sepertimu?.

Adikku sayang, jika hatimu mula goyah saat perkhabaran semalam, usah diirungsingkan fikiranmu. Kasih yang masih tersisa dihati ini akan menuntun ku untuk meraih kembali kenangan silam. Aku akan kembali disisimu sebagai seorang kakak seperti dulu.

Adikku sayang, jadikan kasih yang terkandung didada mu sebagi satu modal da'wah untuk terus kau menyumbang tenaga mu dijalan Allah. Tidak perlu bersusah payah. Hanya dengan bertanya khabar dan memeluk erat penuh mesra juga sudah mampu mencairkan hati mad'u yang dahaga kan tarbiah.

Adikku sayang, Teruskan perjuangan mu hingga ke titisan darah. Aku disini setia mendoakanmu sebagai sahabat. Kita dulu pernah bersama-sama disatu landasan untuk destinasi terakhir kita. NAmun walau kini landasan kita berbeza yakinilah...destinasi kita insyaallah masih sama.

Adikku sayang, kelembutan mu menjadi inspirasi. Kau menyedar kan aku untuk ku bangkitkan potensi seorang penyeru. Kau mencungkil humor ku dikalangan sahabat. Kerana teguran mu aku mampu membuka mindaku yang selama ini tertutup. Sungguh kau sahabat yang ku doa selama ini agar hadir dalam lembaran kisah hidupku.

Mujahidah solehah ku.

HArga keizinan seorang suami sangat mahal. Oleh kerana itu aku sangat takut seandainya kasih sayang kita terhalang asbab pernikahan. Namun aku ingin katakan padamu, andai tiba saat itu buatmu, teruskan......agar perjuangan insan sepertimu dapat diteruskan.

Adikku sayang...ingin ku berikan sepenuh pendekatan buat kita bersama agar dapat kita meniti jalan da'wah. KAu menjadi cerminan buatku. mengapa begitu besar dugaan saat ingin ku pimpin tangan mu menuju jalan da'wah. Kita pernah mengengam impian bersama untuk mengharungi susah senang da'wah bersama . masih kah kau ingat??????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan