Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 22 Januari 2012

Namun Fitrah yang tidak dikawal mungkin juga bisa menjadi fitnah.


Cinta buta jika terselindung asbabnya selain Allah. Manusia akan tewas membezakan antara yang salah juga yang benar, yang syarak juga yang tidak syarak.
Hakikatnya manusia mudah mendefinasi cinta itu berdasarkan cinta itu hanya bisa terjadi antara adam dan hawa. Namun kemanakah nafsu manusia atau kecendrungan terhadap pangkat, harta dan kecantikkan, kemegahan walaupun nafsu atau kecendrungan mempertahankan agama?
Jelas kah layak hanya kerana wujud ikatan hati yang rapuh iman antara kaum berbeza jenis itu layak dipanggil cinta? Sedangkan cinta itu terlalu suci untuk didefinasikan pada sesuatu yang jelas mengundang murka Allah.
Cinta itu akan bertahan bersama tahannya sebab. Jika sebabnya rapuh maka cinta juga tidak diyakini ianya utuh.
“Saya sayang dia sebab dia baik”. Jika baiknnya hilang sayang kah kita padanya lagi?
Apakah erti cinta?
Cinta itu beerti kecendrungan.
Hadirnya cinta kerana Allah. Setiap insan yang hadir hadiah teristimewa dari Allah. Mengapa tidak mungkin tidak? Manusia itu sifatnya tidak static. Makanya jika insan yang dicintai berbeza dari pertama kali bertemu . Jika hati mula berubah kerana perubahan insan yang pernah dicendrungi.Maka muhasabah lah kembali niat atas dasar apa kecendrungan terhadapnya suatu ketika dahulu.

Cinta yang tepat mungkin mengundang cemburu. Kerana ia adalah fitrah. Namun Fitrah yang tidak dikawal mungkin juga bisa menjadi fitnah. Kerana mana mungkin ada cinta jika tidak ada cemburu. HArus diuurus.

Islam perlu difahami bukan menyekat, namun membatasi. Fitrah mencintai itu tidak salah sekiranya tidak berlebihan sehingga memudaratkan.
Pada yang mengalami kejatuhan cinta…apabila putus perhubungan maka bersyukurlah lah dan terima apa jua keadaan kerana Allah menyedarkan perasaan sakitnya dari menyekutukan Dia. Allah sangat cemburu lebih dari sesiapa pun. Diuji dirimu kerana rasa peduli. Jangan biarkan jatuh cinta selain dari-Nya menyebabkan hilang dari-Nya rasa peduli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan