Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Isnin, 2 Januari 2012

Sebelum berubah

Assalamualaikum warahmatullah...

Ku kirimi warkah berlagu pilu menjelang beberapa detik lagi aku bukan lagi seperti yang kalian kenali. Aku menjadi insan lain dari hari aku menjejak kan kaki ku ke tempat bertemu dan bercantumnya hati-hati kita kerana kasih Dia yang Maha Satu.

Demi Allah yang sama kita kasihi. Jiwa kita saling merindu. Perpisahan ini bukan pintaku namun jujur kepergian ku sangat -sangat menyakiti ku. Jujur sahaja aku merasa sangat kejam meninggalkan kalian kerana kejahilan ku masih menebal sedangkan iman yang baru dipupuk bersama kalian masih mentah.

Sahabat tersayang demi Allah,

Kepergian ini ku rasakan bukan yang terbaik namun Allah mengetahui segalanya. Ku rindukan rajuk, tawa, gurauan semuanya. Bahkan sinonim aku bersama IZZATY KHAIZATUL, NISAH SI JoWO, DALINA EKO, AFIFAH NYDP, MINAT KU PADA AYAH SI NABILA HUDA..

SAHABATKU..

Doakan aku mengekalkan cebisan iman. Doa kalian sangat mambantuku.

2 ulasan:

  1. InsyaAllah, akak perlu kuat dlm perjuangan...
    yakin-lah pd keputusan ini..
    barangkali sesuatu yg disangka tdk baik bagi kita adalah sebenarnya yg terbaik buat diri kita... dan sesuatu yg disangka baik sebenarnya bukanlah yg terbaik buat kita...

    wahai ukhti,
    anggaplah pabila sayap melebar ke angkasa...
    maka sebenarnya, dirimu sedang menyebarkan...
    benih untuk mencambahkn tunas pd dimensi baru...

    selamat berjuang di dunia sana.. InsyaAllah...

    **jangan difikirkn sendu terakhir ditalian itu adalah sendu patah hatinya seorng mujahadah.. anggaplah ia sendu rindu pd suara mu ^_^

    BalasPadam