Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Isnin, 27 Februari 2012

peluang untuk Di lafazkan

kata-katanya membuat ku termanggu. Dia bijak berkata-kata. Sangat pandai emngambil hatiku. Permintaanya membuat ku senyum sendiri. Jika bukan lafaz itu dari bibirnya, sudah pasti ku melabelkan dia sama seperti mereka yang lain. Namun dalam nada bersahaja bercampur takut ku tahu, dia gementar jika mahunya dia ku tolak mentah-mentah. Ingin ku suarakan pada ibuku, namun aku sendiri binggung untuk bicara. Namun malam disaat lafaz penuh rasa malu tanpa berharap itu terucap, cukup membuatkan aku seperti disuntik semangat kasih sayang luar biasa. Moment ini sangat mengujakan.


Keesokkan harinya hari-hari yang membosankan di dalam penjara perempuan kangar ini ku teruskan. kata-kata permintaan yang terucap indah itu menjadi zikir kasih dalam ingatanku. Sungguh, aku ingin sampaikan hasrat murninya menjadi sebahagian dari keluargaku pada ibu. Namun kebimbangan juga melanda, Bimbang ibuku menolak dan membenci secara tiba-tiba. Ketika ada yang menyuarakan hasrat langsung seperti itu denganku.

Dihari penuh kesibukkan ini juga mesej penuh dalam inbox kedua telefon bimbitku. NAmun mesej juga panggilan darinya juga ku tunggu. Dia begitu ku rindu dalam senduku. teman bersama saat ku lewati bacaan al-quran dengannya. Teman yang membangkitkan aku untuk bertahajud saat berjauhan. Dia sedang ada ujian. Ku nantikan ungkapan kasih insan yang terdekat dihati ini dalam inbox ku.

"Assalamualaikum, err mak...nak tanya ni..tadi takut nak habaq..tapi dia nak tanya..kalau dia jadi anak angkat mak dengan ayah boleh?"

dengan penuh rasa bahagia ibuku memudahkan segala. Meluap-luap rasa kegembiraan...insan kesayanganku ini akan menjadi bagian dari keluargaku walau sebatas keluargaku menjadi keluarga angkatnya......


Engkau tahu pada siapa ku tuju ini....
penuh rasa kasih ku hadiahkan dirimu pada keluargaku....
aku ingin menjadi sebahagian dari hidupmu..
telah ku hadirkan segala yang aku punya padamu..
aku ingin berkongsi segala-galanya denganmu teman...
kau hadiah terindah dari Allah buatku..
ku hargai detik bersamamu..
ku rindukan mujahadah disepanjang jalan perjuangan ini setiap detik padamu...
walau kau menjauh dariku..
Allah tahu hati ku penub dengan rindukan insan yang memangkin kan aku pada agama..
sepertimu..
walau saat kita bersama itu sangat sementara..
kerana bagiku kau adalah.....
kenangan terindah dalam hidupku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan