Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Ahad, 5 Februari 2012

Muhasabah cinta ku


Muhasabah cinta.....
rutin harian ku di kolej pada pagi ini. solat subuh, sarapan pagi, basuh kain dan berping pong....Alhamdulillah sahabat kristian yang menjadi teman untuk aku memuaskan kerinduan hati pada sukan yang satu ini.

berkenalan dengannya menambah pengetahuanku. TJC????

apa itu? baru ku tahu TJC bermaksud True Jesus Church....Sepanjang berada dengannya disini banyak yang telah ku peroleh. Namun semakin ku tahu aku semakin dahagakannya. Ibarat si dahaga yang minum air laut bukan menghilang dahaga bahkan menambahnya. Banyak benar kekurangan diri. Bah kan pengetahuan ku sendiri dalam beragama.


Sepetang waktu bersama dengannya beberapa hari yang lalu, membuat kan aku semakin ingin mengkaji keistimewaan islam. Jauh disudut hati aku takut tersasar. Namun muhasabah cintaku sedang bermula...sejak pagi tadi. Ketika aku menanyakan soalan padanya. Killer question ku kira.

" Apa yang menghalang awak untuk memeluk islam??????"

dan jawapan aku yang menghalang aku pada kristian adalah..apabila Nabi Isa di anak tuhankan....

dia hanya tersenyum.

dia tidak panas bahkan menghormati pendirian ku.

aku jadi tidak enak lantas soalan kedua ku ajukan.

"adakah sebab Muhammad???"

dia menganguk....diketika itu aku mula teringat saat biliknya ku ziarahi. Laptop disisi diatmbah dengan kemudahan WIFI menyenangkan ku.

aku menaip laman perbezaan antara kristian dan Islam. Ku buka web yang terpampang tentang perbezaan Muhammad dan Isa. Ternyata Nabi Muhammad hebat difitnah.

Muhasabah cinta bermula...apakah RASULULLAH TIDAK BEGITU BERSUNGGUH AKU CINTAI SEBAGAIMANA SI KRISTIAN TADI MENCINTAI ISA.

Ya Allah ampunkan hambamu yang tidak berdaya. Aku tidak mampu menghapus hebatnya fitnah mengenai Rasul Mu. Baru ku tahu akan fitnah ini yang menyebabkan si kristian tadi menjauhi indahnya akhlak nabi. Bagimana aku pula boleh dikatakan mencinta baginda???

sedangkan apa yang diajar baginda tak mampu ku laksanakan semuanya. apakah ini melayakkan aku mendapat gelaran ummat yang mencintai baginda????

Ya kerana ketidak cukupan cintaku pada Muhammad mengiyakan fitnah...
kerana ketidak cukupan cintaku pada Muhammad membenarkan sang pendusta..
manakan tidak..
banyak lelaki yang mengamalkan poligami,
kerana nafsu tanpa faham objektif sebenar,
wanita yang mengabaikan perintah menutup aurat membenarkan sangkaan,,,
apakah benar segala yang dididik Nabi Muhammad s.a.w begitu berat??????
aku terus mengkaji dan terus mengkaji...
bagaimana si kristian tadi mahu mengenali akhlaknya nabi???
sedangkan aku yang mengaku mencintai nabi masih sahaja leka hingga kini,
dan sahabat-sahabat yang ku kenali juga tak mampu ku bimbing mengubah diri...
layakkah aku dikatakan mencintai nabi Muhammad???

Baru ku sedar. Apabila aku sendiri mengabaikan suruhan rasulullah..ia membenarkan fitnah. Manakan tidak, rasul yang dituduh suka berperang dan suka berbunuhan itu dibenarkan dengan sikap sesama islam sendiri yang suka bertelagah...sedangkan dalam islam sendiri sepanjang sirah nabi Muhammad seorang yang menyenangkan...lembut tutur kata Baginda....mengapa kita membenarkan fitnah????katanya idola kita adalah Muhammad namun sikap suka bertelagah dan suka mempamerkan kemegahan kita kononnya hebat membenarkan fitnah.

ku buka lagi laman web yang mempamerkan khabar fitnah. Astghafirullah...mengucap panjang aku dibuat. Fitnah demi fitnah dipamerkan ..ku Muhasabah kembali...hal mengenai muslimin yang bangga mengatakan bahawa poligami satu kelebihan. Demi Allah yang menyelewengkan kefahaman bahawa piligami itu adalah salah satu sunnah dimana hukumnya cuma harus beerti perlu pada waktu tertentu bukan digalakkan juga menjadi fitnah. Mengiyakan bahawa nabi Muhammad adalah Miang.Sedangkan Nabi Muhammad tidak miang. Perkahwinan yang berlangsung antara baginda dan isteri punya hujah tersendiri mengapa ia menjadi harus. bahkan Baginda sendiri melarang anaknya baginda diduakan. Betapa baginda meraikan suara wanita. Poligami bertujuan mengehadkan. Bukan meramaikan. Dan harus pada keadaan tertentu..bukan cuma menghalalkan nafsu.


Muhasabah kembali....masih banyak sikap segelitir bahkan mungkin kini kebanyyakkan dari kita yang mengiyakan fitnah tersebut tanpa sedar. Mereka yang tidak mengenali islam sebebasnya melontar suara. Dan kita membenarkan kata-kata mereka dengan akhlak kita tanpa kita sedar. Kita mengaku mencintai Muhammad s.a.w..namun cinta kita yang tidak bersungguh untuk kita ikuti, hayati sunnah dan suruhan baginda menjadikan ia fitnah buat rasulullah yang sebenarnya sangat kita cinta....

mari bersama buktikan kecintaan baginda dengan mencontohi akhlak baginda. Cinta yang bukan sekadar bermain dibibir sahaja. Jika benar kita mencintai baginda....pamerkan akhlak baginda yang kita kagumi dalam diri kita. Sememangnya mustahil kerana kita insan biasa. Namun sebaik-baik contoh teladan adalah Rasulullah s.a.w..

SELAWAT KE ATAS BAGINDA NABI S.A.W...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan