Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 10 Mac 2012

RAJUK SI DAIE'AH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.....

Sudah berhari-hari blog ku bersawang, kerana kelekaan ku ketika belajar aku gagal formatif satu dan terpaksa mengulang, namun Pn Penyelarasku memberi semangat. Katanya ada hikmah. Aku pasrah, mungkin kecintaan mendalam ku pada psikologi ku menjadikan cabaran ini semakin mendebarkan. Aku mampu ke psikologi kecintaan ku andai ku punya sedikit ikhtiar juga tawakal dan sabar meniti waktu menhabis kan sisa usiaku.

Dari kecil motivasiku luar biasa. Trademark ku "akan berusaha hingga berjaya" digelak-gelak oleh mak cik-mak cik ku serta kakak ku. Manakan tidak aneh. seusia tujuh tahun ku sudah punya peganganku.

Walau berulang kali ku jatuh tanpa mahu, namun ku yakin sunatullah siapa yang berusaha maka Allah akan membalasi seadil-adilnya. Aku bangkit dan jatuh berulang kali. Walau pun aku meninggalkan bidang Masccom yang aku cinta namun minat mendalam terhadap meneruskan sisa perjuangan Rasulullah ini tetap ku teruskan. walau hatiku parah diamuk amarah dan ia menjadikan aku lemah. Aku berpegang pada yang satu. Andai Rasulullah merajuk dan berkecil hati kerana difitnah, digelak-gelak, dipukul dan dipermainkan, pasti nikmat islam tak mungkin akan ku rasai seperti mana aku sekarang.

Seperti pesan naqibah seusia alias sahabat ku Nurul Afifah Abdul Rahim ku pegang." Yang penting dalam perjuangan adalah kefahaman, bukan cuma semangat, Kerana jika semangat jatuh tanpa kefahaman, perjuangan akan terhenti. Namun jika punya kefahaman tika semangat jatuh, perjuangan akan tetap diteruskan." terima kasih sahabat kata-kata mu menjadi suntikkan semangat disaat ku lemah.

Ku putuskan usrah seperti biasa pada siapa yang mahu. Paling tidak, usrah pada diriku sendiri akan tetap ku istiqamahkan. Rasulullah tak pernah merajukkan? Dalam muhasabah ku kini ku teruskan perjuangan. Siapa yang mudah merajuk layakkah digelar da'ei? Begitu Allah sayang kan aku agar tidak mengambil mudah jalan perjuangan. Senior yang tidak berkenan, mereka yang merasa lebih berusia tidak mahu usrah tidak mengapa asal masih ada hati-hati yang berkehendakkan da'wah. Mungkin Allah ingin aku menghidupkan roh islam di bidang yang mungkin dipandang hina orang kerana bersentuhan dengan bukan mahram. Namun tercampaknnya aku disini menjadikan aku semakin mengerti bahawa bukan semua keadaan insan sama keadaannya dan usah terlalu mudah menghukum.

Tugasan berat yang tidak dilantik oleh mad'u.Namun jika hati itu telah sedar betapa perlu da'wah itu dihidupkan bukan kah menjadi ta'lifan dari Allah agar menegakkan kalimah-Nya disini. Masuk dalam golongan yang tidak mengetahui tanpa berpegang dengan golongan yang mengetahui sangat melemahkan pundakku yang memikul. Namun aku tahu, Allah akan menghantar bantuan disaat aku begitu memerlukan.

Aku merasa lemah pada hari ku ukir luahan kata hatiku saat ini. Aku tidak mampu mengambarkan kegusaran hatiku kerana kesilapan yang tidak ku sengajakan. rajuk ku didengar sahabat sekelas denganku. Perwatakan nya yang biasa-biasa mengajar aku berhusnuzhon disaat hatiku sarat dengan rajuk. Fatin Atiqah Abdul Rahim mengajar ku berhusnozhon. Aku jadi malu pada dirinya kerana dia tidak menzalimi usrah namun memahami erti bersangka baik tidak seperti ku.

Akan aku mulakan...
walau kaki lemah ini berat melangkah,
secara diam cinta ku bercambah...
Tidak layak ku warisi...
namun itu yang ku harap sampai ke generasi yang dahagakan didikan islami..
mengharapkan yang layak..
namun siapakah yang memahami erti beratnya da'wah mengaku..
kerana itu berat atau tidak..
da'wah perlu maju..
seiring langkah yang diuji lemah..
walau rebah dan terus rebah..
perlu maju walau hanya dengan merangkak...
aku bukan kecundang yang hanya tahu menangis...
cita-cita ku menghidupkan islam bukan sekadar memperbanyakkan peluh didahi..
namun hatiku berpaut dan akan ku didik nafsu yang mengurung diri...
suami ku adalah perjuangan yang tidak pernah mati..
kerana itu cita-cita yang tertinggi..
seperti Zulaikha yang mengenal Allah setelah mencintai Yusuf...
kecewa dunia telah membangkitkan hatinya agar berbunga-bunga mencintai Allah..
hinggakan hatinya diserahkah semata-mata kerana Allah..
bukan lagi kerana tampanan yang dipujai....

Jika ku turut jiwa yang penuh nafsu, dan islam tidak memegangku. Ku akui..terlalu banyak kehendak hati yang tak pernah melegakan dahaga nafsuku. Kegilaan itu sentiasa bertambah dan akan menjemu. kerana itu ubat jemu ku ubati syukur dan perlu sabar ku tempuh kekurangan. kerana nikmah itu sangat sedikit.

kegilaan ku mendalami jiwa mungkin menekan. memandang alam dengan pandangan kosong. sangat membosankan. cinta ku pada yang tersirat tak akan pernah surut. Kerana yang tak kelihatan zahirnya itu indah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan