Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Khamis, 15 Mac 2012

Assalamualaikum.......

seperti biasa, ruangan sesi luahan rasa lebih suka ku ungkap disini, kiasan hati pada insan yang hanya betul ingin benar memahami....

Huru-hara hatiku bertinta lagi, entah hari ini aku merasa iman ku berada di lekuk yang paling bawah. Lalu, tidak semena-mena mereka yang tidak bersalah menjadi palingan wajahku yang mencuka. Mood ku betul-betul dirosakkan hanya kerana ego yang wujud kerana tidak kebodohanku. Sakit dihati hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak putus-putus zikir ku ungkap untuk mengawal tangisan yang memburukkan pandangan mata yang memandang wajah ku yang bengkak dimata kerana terlalu menangis sehingga ditegur pensyarah.

Semakin down iman ku semenjak usrah ku dikurangkan. Rajuk dihati ku memerlukan pendengar yang setia. Aku menjadi begitu kecewa dengan kejatuhan imanku yang mendadak. Bercambah sifat ku yang lalai kerana tidak berapa minat ku menceburi bidang kejururawatan. Sungguh saat ini harga sebuah keikhlasan dihati kurasakan sangat-sangat mahal. Lalu zohor ku larut dalam tangisan merasakan diri semakin hancur dari waktu demi waktu.

Ku ubati hatiku memandang kehijauan alam. Namun mata ku semakin membengkak kerana tangisan ku semakin menggila. Aku menjadi seorang yang sangat lemah. Kelalaian membunuh minat ku untuk menkaji hikmah yang tersembunyi. Yang ku tahu aku perlukan kata-kata semangat untuk ku bunuh bisikan yang semakin menghancukan iman ku akibat kehancuran hati ku kerana memilih jalan yang terpaksa ku tempuh ini.

ku lihat di handphone bimbit ku nama sahabat satu persatu. Afifah Ibrahim menjawab panggilanku. Tangisan menyambut suaranya yang ceria seperti selalu. Dia cuba menghiburkan ku. Aku menjadi sangat malu padanya. Kelukaan dihatinya yang selalu terhasil dek perbuatanku tidak langsung dipertontonkan. Dia ku minta tarbiah secara langsung. Kata-kata darinya membuat aku memutuskan agar ku kumpul kekuatan. Jazakillahkhairan khatiran sahabat. Kau sangat-sangat memahami ku disaat aku perlu seorang teman untuk menyeka senduku.


Sakit dihati terawat. Ku memutuskan untuk bertahan. Kasih sayang, kecenderungan, kebencian, kejemuan tidak boleh dipaksa-paksa itu pesan ibuku. Jika sesuatu itu milik kita Allah akan permudahkan.Aku ingin membangun dari kejatuhan secara positif. Mengasihi bukan erti memiliki atau menakluki, namun hakikat kecenderungan atau perasaan kasih itu lebih bermakna andai pengorbanan kasih itu tanpa pegharapan. Dan tidak disia-siakan siapa yang sudi menghulurkan kasih disaat tidak ada sesiapa yang mahu menemani. Mungkin cemburunya sudah menjadi terlalu, lalu layak hukuman seperti tadi ku terima. Sungguh Dia begitu mencintaiku, sangat menyayangiku. Untuk apa halaan hati ini ku tujukan pada yang bukan sesiapa ??? Dia menyedarkan ku. Kasih sayangNya melebihi ibuku. Dia mendengar setiap bait-bait kata puitis dan juga hatiku yang terkadangapabila marah terlanjur marah memaki. Namun tidak terus aku dibenci bahkan Kesudiaan memaafi menjadikan aku harus malu dengan diriku sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan