Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Sabtu, 7 April 2012

DI KALA FITNAH .....

sudah lama kami tidak berhubung, lantas rindu berputik untuk bertamu. Ku simpan luapan rindu pada sahabat-sahabat yang jauh. Semoga hajat di Jun menjadi kenyataan. Mereka ingin ku peluk erat-erat. Apatah adik-adik yang menjadi peniup semangat begitu ku rindu. Si dia sahabat terakrab ku, ku tahu jenuh menunggu. Namun bbertemankan rindu sahabat-sahabat lain ku harap sabar dalam penantian.

" kalau dulu lelaki dengan perempuan pun tak boleh percaya kalau duduk berdua-duan, sekarang ni perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki pun tak boleh percaya" dia meluahkan.

Sinis padaku namun terbiasa. Mungkin mereka tidak nampak matlamatku dalam berukhuwah. Jarang ku katakan yang menyokong aku mempertahankan ukhuwah fillah. Mereka lebih suka membuat kesimpulan sendiri berbanding berhusnuzhon. Aku tidak menyalahkan. Barangkali inilah pemikiran di akhir zaman.

" Ha ah...alah saya tahu awak borak dengan siapa, dah pukul 12 malam, subuh ketuk bilik awak pun masih je gayut, macam couple dah" sindiran ditambah.

Hatiku yang berbara rindu mula terkipas dek angin fitnah. Api kemarahan mula menyala. Namun ku tahu, bukan salah mereka. Harus ku jelas kan keadaan.Ku mulakan dengan istighfar agar penjelasan ku tidak berbaur emosi.

Aku:"Urm....awak pernah dengar kisah sahabat nabi tentang beri salam?"
Mereka:"Salam? Urm macam ye tapi tak pasti cerita lah.."

mereka terpancing untuk mendengar.

Aku:" Dulu Murabbiah saya pernah bercerita, tapi saya tak pasti sahabat nabi yang mana. Mereka berebut-rebut nak beri salam, SAmpai disatu hari mereka mendengar sabda nabi siapa yang beri salam dulu akan melangkah ke syurga dulu. dan seorang sahabat nabi ni kebiasaannya akan memberi salam setiap kali bertemu dikalangan mereka. Namun keesokkan harinya dia berjumpa dengan seorang sahabat namun diam membisu. sahabat yang tidak ditegur memberi salam dan menanyakan perlakuan aneh itu.

Mereka:kenapa ye?

Aku: sahabat yang tidak menegur itu ingin sahabat yang menegurnya masuk ke syurga terlebih dahulu. Nampak tak sehingga begitu marhalah persahabat mereka.

Mereka: Subhanallah.....

Aku: Saya dulu waktu belajar di Uitm suka kaitkan kisah nabi dengan aktiviti-aktiviti yang kitorang buat contohnya waktu dipantai ketika malam. sahabat saya berbaring ketika saya bersila. Saya tersenyum mengenang kembali sirah dimana sewaktu nabi dan Abu bakar bersembunyi di gua, Nabi berbaring di ribaan Abu Bakar.

Mereka: Owh, ha ah..dan selepas itu Nabi tersedarkan bila air mata Abu Bakar menitis tiba-tiba di muka baginda.

Aku: Betul tu, Sebab Abu Bakar menahan dirinya yang disengat agar nabi lena tidur . Dan seperti itulah saya dan sahabat saya.

Mereka: Tapi jika asyik bergayut, mengalahkan couple pun tak boleh. Kitorang tak pe faham, tapi orang lain?.

Aku: Bukan 24 jam saya bergayut, melainkan selepas pukul 12 malam sebab waktu tu kitorang sama-sama free, pagi sebab saya atau sahabat saya kejutkan bangun dari tidur. Susah untuk saya cari sahabat seperti tu lagi kerana tu saya menghargai mereka. Saya rasa lapang jika dulu punya masalah dipersatuan, kelas, subjek, berjumpa dengannya membuatkan hati saya lapang.

Mereka: Owh..ha ah...saya dulu pun macam tu. Best gila susah nak cari kawan macam tu

Aku: (dalam hati)pulak?

Mereka: Ha ah susah nak cari sahabat susah senang macam tu

Aku: Sebab tu lah...saya sayang kan mereka. Walau kemana kaki jauh melangkah walau saya menjadi insan yang dilupakan saya sangat sanyang mereka.

Matlamatku dalam bersahabat hingga ke syurga. Aku tahu ramai yang memandang sinis caraku. Mungkin sikapku ysng terlalu mengambil berat mengalahkan couple itu mengundang fitnah pada mereka yang belum betul kenal siapa aku. Jika bersahabat pada ku ia satu ikatan hati yang suci yang tidak akan memberikan apa-apa balasan . berbanding keluarga utuhnya ikatan asbab darah. Lelaki dan perempuan berasbabkan perkahwinan atau keinginan yang disesuaikan menjadi satu. Namun ikatan persahabatan hanya mampu memberikan balasan keredhaan Allah selagi mana dikala sahabat mereka bersama-sama mencari mardhotillah. Tidak ada balasan dunia kecuali jika hati-hati yang diikat bersumpah untuk sama berbaris menjadi barisan kukuh memperjuangkan islam( surah as-saff ayat -4).

Aku yakin sekali. Mungkin jika pandangan yang cuba ku tunduk saat ku terpandang ikhwan untuk apa ku tunduk atau berpaling jika memandang sahabat. Seharusnya selain dari wajah kedua orang tua yang membawa bahagia dunia akhirat, Wajah sahabat-sahabat seperjuangan ini harus ku tatap dengan penuh kasih sayang. Tidak ku pandang ikhwan bukan beerti aku tidak suka atau membenci lelaki secara biologiku. Namun aku takut aku tidak berdaya melawan fitnah hati yang dihembuskan syaitan. Iman ku tidak sekukuh srikandi dizaman sahabat.


Pada mereka yang menyinisku. Aku yakin sekali apa yang aku lakukan. Jika hati pasangan dijaga kerana susah menemukan insan terbaik dalam hidup. Aku merasakan sahabat juga insan yang terpenting dalam hidup individu. Bahkan Mungkin keihlasan sahabat itu lebih lagi berbanding ikatan kekeluargaan atau perkahwinan. Kerana di jaga bukan kerana ada hubungan darah atau hubungan yang diikat syariee. Hubungan diikat bersandarkan nikmat tautan hati.

jika aku lebih suka berbicara tentang sahabat,itu lah kecintaan ku kerana saat ini berbicara tentang calon suami yang dicari-cari itu lebih lagha. Bukan pasti.Pandangan meliar mencari calon tidak kena cara dan setiap saat jika pandangan itu bermaksud ia menjadi badai fitnah tatkala hati mabuk meredah badai rindu pada dia yang tidak halal.

Bukan jika tidak berbiacara tentang lelaki aku menyukai insan sejenis ku. Aku cuma tidak mahu berbasa basi untuk hal yang tidak penting sekarang dalam hidupku. Lebih baik padaku memikirkan bagaimana mahu memantapkan tautan hati agar hati yang diikat rapi ini mampu menjadi barisan kukuh mempertahankan islam.


nota kaki: Alhamdulillah...lega rindu gila pada adikk ku yang gi camping...huhu call nape tak dapat sayang? ;,(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan