Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 4 April 2012

kembali pada-Nya

Buatmu.....
tiada kini yang mampu ku pelihara,
kerana Allah telah mengujiku,
tidak ku lakukan kerana rela,
namun ku tahu pembelaan Allah itu adil-seadil-adilnya...
aku cuba menjaga,
ku rasakan sabda nabi itu sangat benarnya,
mengamalkan islam akhir zaman ini ibarat mengengam bara,
jika kau sulit memelihara mata dari fitnah wanita,
aku sulit sekali memelihara diriku kerana mehnah dunia,
kau dan aku ku harapkan sama,
walau masih samar pengetahuan sesama tentang siapa kita,
aku hanya ingin kau hadir,
bukan untuk menjagaku,
bukan juga untuk mencintaiku,
namun aku ingin menemanimu memodalkan mujahid wa mujahadah da'wah,
aku tidak punya kejernihan wajah seperti yang lainnya,
apatah lagi kesantunan yang menyejukkan jiwa,
sedaya ku pelihara diri,
namun aku tidak maksum,
aku ingin hadir meraikkan mu sebagai hamba yang ingin membela,
andai tidak berjumpa,
mungkin tangguhan ini kerana ku tahu,
matlamat kita sama,
aku tidak mampu menyanjungmu,
begitu juga denganmu,
kita cuma menyanjung Allah...




Tiada apa yang mampu mempersonakan mata yang melihat andai mata hati terpesona dengan keindahan-Nya. Tiada yang mampu meraih kesejukkan hati andai jiwa yang gersang berjaya dipelihara oleh cinta-Nya.Perjalanan jauh...namun hidup ini keadilan Allah itu selalu mengiringi,.....jauh perjalanan luas pengalaman..Husnuzhon menjadikan manusia berlapang dada. Sekurang-kurang nya masih ada peluang...walau terlambat bukan tidak ada.....Nilai disisi manusia itu sementara dan tidak statik., jika jiwa menangis..teruskan merangkak walau yang lain telah berlari. Selalu beringat, landasan setiap insan meniti kehidupan tidak pernah sama. mungkin disaat merangkak kita sedang mengumpul kekuatan untuk berlari. Tidak penting destinasi yang ingin dicari, yang penting usaha dan ibrah sepanjang proses mencari.Tiadak ramai manusia yang terpilih untuk menerima pengajaran langsung dari-Nya. jika hati berpuitis saat mengkagumi-Nya. Nikmatailah Ia, tidak semua mampu merasa. Setelah mengalami kekecewaan demi kekecewaan, ia menyedarkan, tidak ada yang indah selain mencintai Dia didunia yang fana. Dia tidak pernah menyakiti sesiapa yang mencinta-Nya. Hakikatnya cinta yang dipersembahkan itu kekal tiada pengakhirannya.........



nota kaki: huhu merindu....adik2 usrah.....Izzaty Kahaizatul, Sautul Anis, Fasaha Dania, MAriam...Bella ..hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan