Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Isnin, 28 Mei 2012

Rebana perjuangan

Assalamualaikum warahmatullah....Alhamdulillah..azamku bersama teman seperjuangan ku cik nurul Hayati memantapkan suasana perjuangan...rebana perjuangan kami talu dengan semangat perjuangan yang tidak pernah pudar walau lemah. TArbiah langsung walau tidak dari mana-mana ustazah selalu kami bincangkan..memperjuangkan sisa-sisa kefahaman agar sumbangan islam tidak terhenti walau sangat susah bahkan jika dikatakan mustahil membina identiti muslimah jururawat. Kami tetap memegang islam...aku berjanji padanya untuk menghirup kembali semangat perjuangan dikalangan sahaabat yang akan ku temu..izzaty, hanisah, darlina, afifah, nabila, kak pah..adik aiman, adik kamilah, adik hawa juga adik aida yang terlalu ku rindu tidak lupa afzan yang terlalu merinduiku...kak nora...semuanya itu hadiah dari Allah..makanya tidak akan aku jadikan mereka cuma sekadar kenangan..namun teman sepanjang hayat..bagaimana khabar Munirah????? "adik, tolong acik dik" Aku bingkas bangun dan meluru ke katil. Mengucap panjang melihat wanita yang sebaya ayah ku bersusah payah bangun sendiri untuk tidak susahkan kami, pelatih jururawat, aku beristighfar. Nikmat sihatku terasa disia-siakan namun syukur masih ku lafaz kerana diberi peringatan. "Mak cik, kalau nak apa-apa panggil saya ye jannah." Mak cik sekadar menganguk walau tanpa sebaris senyum. Skor kesakitan di tahap lima. Namun syukur dia tidak memaki ku. Aku jadi kasihan padanya. Bau nanah dikakinya ku tahan agar tidak kelihatan hidung ku yang sedang mengembang kempis. aku menghulur minuman agar tidak merasa lelah ketika kami membantunya mengalihkan diri dari kerusi roda ke katil. Pesakit: "Allah, adik oi, mak cik rasa tak tahan sangat. kaki ni berat sangat." Aku : "Mak cik sabar ye" Pesakit: "Macam mana nak sabar adik oi, mak cik rasa tak larat sangat ni" Aku : "MAk cik, syukur masih boleh baring, hari tu luka ada mak cik saya tengok kat tengah belakang lagi teruk. Pesakit: "Teruk macam mana?" Aku : "Dah macam Sundabolong mak cik, lukanya besar sangat.Tapi mak cik tu istighfar, jadi sakitnya tak terasa sangat." Pesakit: "Allahuakhbar, terima kasih la dik" Aku sekadar menganguk tanpa berkata apa-apa. Namun ku ceritakan kisah tersebut bukan untuk memalukan pesakit tapi sebagi iktibar dan motivasi agar pesakit tadi dapat bersabar menerima ujian dari Allah. Benar penulisan tentang sebuah artikel yang kubaca. Mengenai bau-bauan yang pernah ku dengar. Bau paling busuk adalah mayat manusia. Walau tidak menghidu bau jenazah secara langsung, namun Bau luka yang dijangkiti kuman cukup membuat aku agak sedkit sesak menahan hidung ku agar tidak kelihatan kembang kempis.Namun diuji begini memantapkan tubuhku agar bangun bingkas bertenaga. Bayangan ibu bapaku, diriku sendiri akan menjadi begitu dimasa hadapan. ku lakukan tugas ku dengan penuh rasa syukur kerana Allah mentarbiahku begini. Ketika berbuka puasa aku hampir muntah . Bayangan nanah yang dicuci seniorku menjamu fikiran. Namun ku singkirkan dengan istighfar. Aku tidak sebaik mana namun rasa bersalah ku masih menghantui diri. Terasa munafik namun ku harap pengampunan dari Allah diatas ketidak biasaan ku. Aku menjadi rindu pada ayah dan ibu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan