Assalamualaikum....

jom kongsi..ilmu..menjadi penyuluh jiwa menerangkan hati yang digelapkan dengan kotoran debu dosa...



(Imam Nawawi)

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."



(Hassan al-Banna)

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

(Syair)

jom dakwah

"Jika seseorang mendapat hidayah lantaran kamu, kurniaan itu lebih baik daripada apa-apa yang disinari matahari"hadis riwayat al-Tabrani..

Rabu, 23 Mei 2012

YA ALLAH ENGKAU SANGAT KU RINDU

Assalamualaikum warahmatullah........ Hari ini tinta menari-nari lagi mengukir blog yang bersawang sejak berminggu lalu lantaran kesibukkan ku menimba ilmu untuk ku, bekalkan dihari perkerjaan kelak. Entah silapnya dimana. Terlalu lama aku berpuasa usrah dan tarbiah. hati yang semakin menghitam semakin sukar ku rawat lantaran kesibukkan duniawi menghambatku setiap waktu. Badanku yang lemah kegersangan motivasi terus membantut kan gerak kerja ku dalam islam. Kefahaman yang menguatkan aku untuk terus bertahan walau aku sedar aku kian lemah. Bukan menyesali masa lalu, namun luka semalam akibat keterpaksaan masih lagi berdarah disaat biodata pesakit bertaraf diploma, ijazah, master, PhD aku tatapi. Aku ingin mengejar gemilang, namun perjalanan yang sangat panjang begitu melelahkan...ku tahu Allah mengujiku, namun berjauhan dengan kelompok yang memahami islam begitu menguji sabarku. Demi Allah yang memberi waktu untuk aku merasai detik manis meneruskan pengajianku suatu ketika dahulu, aku begitu merindukan usrah dan terutama pantai-Nya yang menyejuk jiwaku disaat sedang panas. Keluasan rahmat Allah memberi ruang untuk ku rasakan kekerdilan diri. Aku begitu ingin kembali disisi siapa pun yang mendahulukan islam. Hati yang makin membusuk akibat nanah dosa yang semakin membarah ini sangat menyakitkan. Sedaya istighfar aku lafazkan, namun tanpa usrah hidup terasa mati, jiwaku kosong sama sekali. Bernafas dibumi Allah tanpa bergerak bermatlamatkan Dia apakah ada untung. Aku tahu yang berlalu tak akan mungkin kembali namun mulut ku sekadar ingin meluahkan betapa perit hati yang tertanggung ini seperti sukar untuk disembuh kembali setelah rebahku terjelopok terus. Walau pekara yang darurat itu satu keringanan, namun iman ku rasakan kian terhakis. sangat ku berharap agar adanya rezeki dari kakak yang ku temu untuk ada usrah, demi Allah aku ingin pantas bangun kembali meneruskan sisa hidupku bermatlamatkan syahid. Sedikit demi sedkit ingin ku bina iman ku. Walau pun cuma satu namun dia yang sefikrah dengan ku menyedarkan aku walau dosaku bertambun dan maksiatku terhadap Allah kian menggunung Allah masih sayangkan aku. Tidak ku nafikan hatiku sangat sakit namun sejak dua hari yang lalu Dia menghadiakan pemandangan Pantai yang sangat aku rindui . Di Kuala Perlis, apatah lagi krisis dengan teman sebilik semakin meruncing seolah-olah dapat ku lontarkan pada awan yang menaungi pantai disaat itu. Hati yang dilanda rindu terubat sedikit dengan kejutan dipagi hari oleh Allah padaku. Kelopak mataku bertakung kembali..." YA ALLAH ENGKAU SANGAT KU RINDU".......... Teringat suatu ketika dulu, musuh utama pada diri adalah diri sendiri..dan akan ku buktikan siapa diriku yang sebenar kerana aku bukan sang kecundang. Aku tidak ditaklifkan anak dan suami, makanya jihad adalah suamiku...gerak kerja dan mantapkan kefahaman adalah anak-anakku. Hati membeku disaat dugaan menghalalkan yang haram datang, namun ku tahu kiranya jika kusabar Allah akan mengantikan dengan yang halal walau bukan disini. Benar aku jiwang, namun salahkah dengan alam???? Ku pandang satu blog kakak yang sangat thiqah bagiku, Demi Allah aku rindu namun malu untuk bertemu dengan dia. Tahap ku, agamaku, segala-galanya antara aku dan dia seperti langit dan bumi. Demi Allah yang memelihara iman dalam dirinya, aku ingin sekali berguru dengannya. nota kaki : : Kini aku bangkit Membuktikan yang ku tak sakit Dengan segala perit yang kau berikan Kini aku pantas berjalan Bergerak ke hadapan Dan akan ku buktikan Siapa diriku yang sebenar Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. Hadiah Terbaik : Kepada kawan – Kesetiaan Kepada musuh – Kemaafan Kepada ketua – Khidmat Kepada yang muda – Contoh terbaik Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan Kepada manusia – Kebebasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan